Monday 18 April 2011

Wanita & Kereta

Salam suma.. selamat memulakan minggu yang baru dengan penuh bersemangat… hari ni i tak mau melalut panjang sangat kat intro nie sebab i nak melalut panjang dekat entry pasal tajuk hari ni.. hohohoho

Wanita & Kereta…  wah bukan main lagi kan tajuk topik arini..berwanita la bagaikan.. sebenarnya i nak kongsi dengan pengguna / pemilik kereta yang ber‘gender’ perempuan tentang perkara basic yang anda perlu tau selain daripada tau bawak kereta n dah ada lesen memandu.. selalunya kaum hawa ni agak kurang tau pasal hal-hal kereta nie berbanding abang-abang kaum adam yang gagah perkasa lagi macho tu kan.. so, apa kata hari ni kita kongsi perkara basic yang simple untuk dipraktikkan bersama.. … ready to go everyone.. start your engine…. Vroooommmmmm….

Check minyak hitam (minyak hitam nie sebenarnya minyak pelincir)
  
Penyukat minyak hitam nie ada kat but depan kereta.. dan kedudukan penyukat ni berbeza mengikut kereta anda.. so, 1st step bukak but depan then cari kat mana letaknya penyukat ni.. anda akan nampak pemegang penyukat dari luar.. kalau nak lagi senang untuk cari penyukat ni, tanya ja terus abang or ayah or sesapa yang tau.. bila dah jumpa penyukat nie.. tarik pemegang tu then lap rod tu dengan kain or surat khabar lama yang bersih.. then masukkan balik rod tu dengan sempurna then tarik semula rod tu.. pastu tengok kat rod tu level minyak yang ada.. kalau between level max n min tu kira ok la.. tapi kalau dibawah level min.. anda kena g kedai servis kereta berdekatan untuk servis kereta anda.. tapi sebelom tu.. lap balik rod tu dengan bersih dan masukkan dengan sempurna balik ke tempat asal penyukat tu..

 
Isi Air
Air ni digunakan untuk proses cooling engine kereta kita.. rasanya la kan.. huhuhu… so, agak penting untuk kita check kandungan air dalam bekas air ni.. bekas air ni pon terletak kat bahagian but depan kereta.. level air dalam bekas air nie jelas kelihatan dari luar bekas nie.. so, kita just check level air dalam bekas tu n kalau level berada dibawah level min.. u’olls guys kena tambah air ke dalam bekas tu.. guna ja air paip yang ada kat rumah hampa tu.. takyah nak masak dulu ka filter dulu ka.. just guna air paip tu.. tapi hampa suma kena tengok betoi2 bekas tu.. jangan letak kat bekas air beteri.. bekas air beteri pon lebey kurang bekas air ni.. kalau dalam bekas air beteri tu kena letak air beteri yang kita kena beli kat kedai.. so, kalau nak senang terus tanya orang yang tau mana satu bekas air tuk cooling engine n mana satu bekas air beteri.. tapi bagi sesiapa yang guna beteri sel kering, takdak bekas air tuk air beteri ni.. air beteri nie just tuk kereta yang guna beteri jenis sel basah ja.. so, bagi sesiapa yang guna bateri jenis sel basah nie... air beteri ni pon u’olls kena check tau..

 
Isi Angin Tayar
 
Sebenarnya isi angin tayar kereta nie memang perkara basic sangat-sangat yang geng suma kena tau.. takkan selamanya kita kena bergantung kat abang ka ayah ka pakwe ka husband ka abang hensem yang lalu-lalang depan kita ka tuk isi kan angin tayar kereta kita kan.. sebenarnya senang ja tuk isi angin kat tayar nie.. kalau geng tak mau berpanas, hampa isi la pagi-pagi so tak la panaskan.. cara untuk mengisi angin tayar kereta bermula apabila kita rasa x best bila drive, rasa macam ada tak kena dengan tayar kereta kita.. pastu try tekan dengan kuat kat tayar or just tengok tayar kita tu kempis or tak.. then pegi kat stesen minyak berhampiran.. selalunya kat stesen minyak ada tempat tuk refill angin tayar.. langkah seterusnya lepas parking keta berhampiran dengan tempat nk refill angin tu, geng suma check capacity angin tayar.. bacaan KPa tu u’olls boleh check kat tempat yang i try lukis tu.. harap-harap geng suma faham la erk lukisan tu.. hehehe..  

bila dah tau bacaan KPa tu.. g kat mesin pam angin tu.. set value KPa tayar kereta kita.. then tarik wayar pam angin tu g letak kat tayar kita.. tunggu sampai mesin tu berbunyi “tit tit”… bunyi tu menunjukkan angin yang dimasukkan dah cukup dengan value KPa yang kita dah set tadi.. jangan terlebey isi angin tayar kereta kita tu tau… kalau terlebih pon x bagus sebab terlalu tegang sangat pulak tayar tu nanti.. isi angin keempat-empat tayar kereta kita then simpan balik paip angin tu ketempat asal.. n jangan lupa tutup balik penutup angin kat tayar tu tau.. 

Check Alignment Tayar
Apa yang aku tau, kalau alignment kereta ni tak ok, ianya akan effect tayar kereta kita.. aritu aku pernah g tukar tayar kereta kat kedai servis tayar kan.. then mekanik tu tunjuk la kesan kat tayar kereta i yang disebabkan alignment tak ok.. macam ada goresan kat tayar tu… so, tuk check alignment tayar kereta kita ok atau tak... time kita bawak kereta kat jalan yang straight, cuba lepas stereng kereta.. tengok samada kereta kita straight je ka or membelok kekanan or kekiri.. kalau kereta kita membelok kekanan atau kekiri itu menunjukkan alignment kita dah lari.. tapi kena make sure time kita nak test alignment kereta ni, kita berada di jalan yang keadaan trafiknya tak sesak kalau nak lagi selamat try ja kat jalan dalam taman perumahan kita tu ja.. n jangan bawak laju-laju time tu..bawak perlahan dalam 30km/h or 40km/h pon dah memadai dah.. pastu untuk betulkan balik alignment kereta kita yang dah lari jauh meninggalkan kita tu, silalah pegi ke pusat servis tayar berhampiran.. pastu cakap kat abang hensem yang kerja kat situ (harus ka cakap kat yang hensem ja..kalau suma xhensem macammn? huhuhuhu), kita nak wat balancing.. tak mahai sangat pon.. dalam RM27 – RM30 macam tu ja.. better dari kita nak tukar tayar tu kan.. lagi la mahal… 

so, ok x? senang ja kan perkara-perkara basic untuk kita check kesejahteraan kereta kita kan kan kan... bagi siapa yang rasa macam..."alah kalau setakat benda-benda ni.. adik gua yang baru lahir pon tau la beb.." or "aku pejam mata pon boleh buat benda nie.."... terima kasih la sebab baca sampai abis apa yang i dah karang ni erk.. n bagi sesiapa yang rasa macam.. "la senang ja rupanya nak wat benda-benda nie.. ingat kan susah sangat.. tak effect kuku aku yang cantik n tangan aku yang lembut nie pon.. tak yah la nak kol pakwe datang jauh2 dari penang ke KL semata-mata nak isi angin tayar keta aku dah pasni...".. i nak ucapkan selamat mencuba untuk u'olls.. 

itu jelah untuk hari ni... nanti kita bercerita pasai benda lain pulak ye.... daaaaaaaaaaa... ma'asalamah (^_^)


12 comments:

  1. tqvm very good info..akak pun tgh nk blajar2 pam tayar sendiri ni..senang je rupa2nya..

    ReplyDelete
  2. tq krn bkongsi ilmu..bguna sgt..

    ReplyDelete
  3. Lawak tapi bnyk info dapat. Tq. :)

    ReplyDelete
  4. Lawak tapi bnyk info dapat. Tq. :)

    ReplyDelete
  5. thanks, betul2 membantu kami kaum-kaum hawa ni :)

    ReplyDelete
  6. terima kasih...nak g pam tayar jap lg

    ReplyDelete
  7. Alignment ngn balancing x sama ye..
    Alignment utk prbtul kddukn roda (bile lps streng krta membelok)
    Balancing utk prbtul putaran roda ( stereng bergegar)

    ReplyDelete
  8. Lukisan tu cntikk.. tringat msa kcik kcik main krta buat dri kotak mncis.:-P

    ReplyDelete
  9. Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com

    Ada >50 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    ReplyDelete
  10. Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com

    Ada >50 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    ReplyDelete

Jangan Shy-Shy Cat la erk..silalah tulis comment anda yang bernas tu...