Thursday 25 August 2011

Hang Pi Mana? KELANTAN??? CECITE CECITE....

Salam semua... lama bebenor aku tak update blog nie.. almost 2 weeks rasanya.. BUSY nampak cik non???? memang cheq agak busy sejak dua-tiga-menjak nie... ada kes nak kena gi audit kat KELANTAN.. kes tak besar cuma dah dapat arahan kan.. so, aku dengan team dengan penuh semangat berkobar-kobar p la ke bumi KELANTAN...

rasanya last aku pi KELANTAN time darjah 5 kot 15thn lepas... so, keterujaan tu agak tinggi untuk menerpa masuk bumi Kelantan... hohohoho... bila dah balik dari Kelantan hari ni.. apa yang aku paling ingat sekali adalah kesedapan NASI KERABU yang memang aku dah lama mengidam.. perrrhhhhh wa cakap sama luuu... memang terbaik woookkk.... aku ingat nak snap gambaq tapi tak sempat nak snap dah licin.. so maap la ye kawan-kawan sekalian... pastu sebelom balik kami sempat pi PASAR KHADIJAH yang aku rasa dikenali ramai.. kat situ aku sempat sambar kuih TAIK ITIK, KUIH KAYA, KEPOK LOSONG NGAN CICAH dan KERONGSANG RAYA... 1st time tu i makan taik itik nie.. rasa ok jugak dan manis-manis gitu.. so i yang memang dah sweet nie jadi bertambah-tambah la sweet... buweeekkkk perah santan tul la minah nie.. ingat nak gi cari MERTABAK DIRAJA.. tapi semua tempat yang kami pegi cari semua dah abis.. laris siot itu barang... kempunan cheq.. huhuhuhu

Apa lagi yang best erk kat KELANTAN nie???? mmmmm... bagi aku, KELANTAN nie unik sebab terasa ciri-ciri keislaman kat sana dari aspek yang berbeza dari negeri-negeri lain di MALAYSIA nie... kat setiap signboard kedai mesti ada dalam tulisan jawi.. even nama kedai tu dalam bahasa english.. contohnya kedai tu nama ALL ONE then akan ada kat atas tu tulisan dalam tulisan JAWI pulak ALIF LAM-WAU NUN... macam tu la lebih kurang... pastu nama-nama kedai or jalan-jalan kat sana pon melambangkan keislaman jugak... contohnya WAKAF TOK GURU, PASAR KHADIJAH, mmmm apa lagi erk contoh?? lupa la pulak... lagi satu yang menjadi keterujaan aku bila tengok time masuk waktu solat... bunyi ja azan akan berpusu-pusu orang gi masjid... rasa macam hari jumaat pon ada... selalunya orang akan gi masjid beramai-ramai time nak solat jumaat.. tapi kat sana solat zohor pon nampak macam ramai.. jatuh cinta jap bila i tengok abang-abang muda yang hensem-hensem-comel-comel gi solat kat masjid sambil sinsing lengan baju kemeja dan seluar slack pakai gi kerja tu... memang cair doooo....

pastu kebanyakkan orang lelaki kat sana akan pakai lebai... tambah-tambah kalau yang berumur 40++ tu... dan agak susah la nak cari kakak-kakak yang seksi meksi kat sana... kalau free hair pon pakaian tak la keterlaluan sangat... haaaaaa lagi satu kalau gambaq kat signboard/banner/kain-kain rentang/promotion yang ada gambaq wanita kebanyakkan wanita-wanita tu akan pakai tudung... manis dan ayu gitu... lagi satu apa yang aku suka LOGHAT tempatan kat sana... lain dan best.. ada yang aku boleh grab ada yang blurrrr abis... hohohoho =.='

 nampak tak gambaq wanita-wanita tu??? pastu tulisan jawi tu??? klik kat gambaq kasi besaq dan jelas....

itu semua cuma observation selama 2hari 1malam aku kat sana... apa yang aku nampak apa yang aku lihat dan apa yang aku dengaq... walaupon sekejap tapi insyaallah aku akan ingat... dan KELANTAN nantikan ketibaan aku lagi kat sana... aku nak pi cari Mertabak Diraja jugak... ehehehe ^_^...

ok la.. itu jelah kot yang aku nak cerita pasal trip aku ke KELANTAN DARUL NAIM nie... bagi anak-anak KELANTAN.. apa yang aa nak cakap, u'olls should be so proud to be KELANTANIES... very interesting and unique from others... daaaaaaaaaaaaaa semua... ma'asalammah... (*_*)v...

Thursday 11 August 2011

"HanYa SeKePinG KeRtaS"

Salam semua.. apa khabar geng sekalian? dah ada yang ter'miss' puasa ka belom nie? u'olls jawab la sendiri erk... kalau dah ada tu.. jangan lupa take note supaya nanti time nak ganti takdak la terkial-kial nak ingat berapa hari yang ter'miss' tu kan.. 

oklah... hari ni aku ada satu soalan nak tanya kat kalian.. u'olls suka mengumpat tak? aku nak mengaku yang aku nie kadang-kadang suka gak mengumpat.. (yelah tu kadang-kadang.. :p).. dan tadi aku mengemas almari kat opis aku nie.. tetiba aku terjumpa sehelai kertas yang kat atas ada tajuk "MENGUMPAT".. aku pon baca la apa yang tertulis kat kertas tu kan... jom aku kongsi dengan geng semua apa yang aku baca tu.. boleh jugak berkongi ilmu kan..sudi-sudikanlah nak baca sampai abis ye kengkawanku sekalian:

sumber : Kitab Riyadus Solihin (Imam Abu Zakaria An Nawawi)
Disediakan oleh : Ustaz Syed Mohd Norhisyam al-Idrus

Ta'rif : Engkau menyebut sesuatu tentang saudaramu yang dia akan marah sekiranya dia mengetahuinya

"dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani" 
(Al-Hujuraat , 12)

Mengumpat Yang Diharuskan
  1. Meminta fatwa (contohnya: menceritakan perangai buruk suami @ isteri kepada qhadi untuk meminta hukum)
  2. Seseorang yang dizalimi mengadu kepada pihak berkenaan untuk mendapatkan haknya.
  3. Seseorang yang melakukan kefasikan secara terang-terangan ( arak / judi / merampas hak orang lain )
  4. Meminta tolong untuk menghilangkan kemungkaran (contohnya: menceritakan kepada PIHAK YANG MAMPU mengubahnya)
  5. Memberi amaran kepada masyarakat tentang kejahatan seseorang supaya tidak menjadi mangsa kejahatannya (contohnya: dedahkan keburukan perawi hadis / calon menantu / seseorang yang hendak diserahkan amanah kepadanya / seseorang pemimpin yang menyeleweng dan lain-lain)
 sumber: Miss Lolyta

so, bagi sesiapa yang suka sangat nak mengumpat tu.. ada la topik yang hampa semua boleh pilih untuk mengumpat.. TAPI hampa semua kena MAKE SURE yang topik dan dengan sapa u'olls nak mengumpat tu MEMENUHI syarat-syarat kat atas tu... INGATTTT !!!!!!

ok.. itu jelah kot yang AA nak kongsi dengan u'olls hari ni... nanti kita cerita lagi... daaaaaaaaaaa semua... ma'assalammah...

Monday 8 August 2011

facebook...

Salam semua... SELAMAT HARI ISNIN... sampai ja kat opis member aku cakap "AA facebook boleh bukak la pagi ni..diorang tak block"... pastu dengan pantasnya aku pon bukak la facebook..SERIUS??? admin tak block... yahhhoooooo... selalunya facebook hanya available waktu lunch kol 1-2 dan dilajakkan lagi sejam ke kol 3.. so, boleh berFACEBOOK dari kol 1-3 sahaja.. tapi harini pagi-pagi lagi dah boleh bukak... ada member den MISS CT AJA invite den join 4 group khas untuk bloggers... kalau geng semua nak join pon boleh.. pegi la jengok-jengok pages group kat bawah nie:



ok itu jelah untuk hari nie.. nanti kita cerita-cerita-cerita lagi...babai semua...ma'asalammah...

Friday 5 August 2011

...MakCiK KepO...

Salam semua... apa khabaq kalian yang i sayang-sayang selalu...? harap semua sihat dan masih bertenaga untuk melaksanakan kewajiban sebagai umat Islam untuk berpuasa sambil menahan bukan setakat lapar dan dahaga tapi tahan diri daripada segala kerja-kerja yang tak baik dari sudut mata , telinga dan lidah... Insyaallah... semoga Allah SWT terima amalan kita semua...

ok memandangkan dah seminggu aku tak muncul dalam dunia blog nie... so banyak la yang aku nak lu langsi lu mati dengan u orang semua.. dari cerita aku balik kampong hari tu sampai laaa... mmmm tak tau la nak cakap sampai mana.. u'olls layan kan je la ye...

memang menjadi kebahagian yang teramat sangat bagi golongan perantauan yang macam aku nie kalau sekali-sekali dapat balik kampong... rasa macam WAHH BESTNYA!!!... teruja yang amat sangat-sangat-sangat... kalau tak caya u'olls pi tanya member i nie Ct Aja... dia pon merantau kat kota raya KL nie... so, kalau dah seronok tahap keseronokan takterhingga tu... seminggu sebelom balik i dah plan dah apa nak buat kat kampong... NAK kacau keamanan anak buah, NAK gather dengan member-member-kacipo,  NAK gomel-gomel-cium-cium dengan arnab-arnab kat rumah, NAK main masak-masak dengan mak kat dapur mak yang macam-macam ada, NAK pi terawih malam pertama dengan malam kedua sambil jumpa orang kampong yang dah lama rindu kat i (buuweeekkk...muntah hijau)... dan macam-macam lagi la yang den NAK buat...

seperti yang diPLANkan... sampai-sampai ja aku kat rumah dalam pukul5 pagi... dengan jayanya aku telah menganggu-gugat ketenteraman dan kesejahteraan anak buah aku yang tengah enak diulit mimpi indah… nasib la.. awak takkan aman selagi MakCik SuperHotss nie ada kat sini… huhuahahahahhahahaa (gelak jahat)… walaupon dikacau digodek digigit digomol anak menakan i  nie (Ahmad Awalludin 3 tahun aka ADIN) still bukak mata sambil senyum… wah sungguh comellll engkau ADIN…  

jam ke2 aku sampai kat rumah (dalam pukul7 pagi) mangsa kedua aku pon muncul… Ahmad Adib 11bulan… huahahauahahahaha gelak jahat lagi…. dengan rasa tidak bersalah aku meneruskan agenda aku untuk menghuru-harakan kehidupan budak kenit nie… pagi-pagi lagi dah diserang oleh aku yang memang dah lama mengidamkan saat-saat macam nie… abis dipenyet-penyet si kecik ComelGeramRasaNakGigit-Gigit… meronta-ronta dia soh aku lepaskan.. tanpa rasa belas kasihan aku tetap meneruskan misi aku… huahauahhaahhaa… jahat-jahat… 

nie la mangsa-mangsa yang kiut-miut alolololo... comel-comelnya

Awal a.k.a Adin

Adin a.k.a Awal

Adib alolololo comel-comel.... mangsa gigitan

orang kesayangan MakCik

itulah permulaan sesampai ja aku kat rumah HJH RASHADAH yang cun lagi  meletopss… sehari ke sehari aku cuba fulfill aku punya plan… bergomel-gomel dengan arnab-arnab yang dok bertambah-tambah, keluaq dengan member-member-kacipo aku (kierah, hanim dan lina), main masak-masak (bukan dengan mak tapi dengan adik aku)…ziarah pusara ABAH yang sentiasa kat hati anak ABAH yang cumel lagi kiut-miut nie walaupon dah  13 tahun ABAH pergi.. (AL-FATIHAH untuk ABAH - HJ ABDUL RAHMAN B. AHMAD)… solat terawih sambil berjumpa dengan bakal-bakal mak mertua kat masjid... dan macam-macam lagi la aku buat.. B.E.S.T.S.A.N.G.A.T.S.A.N.G.A.T.T.T.T.T.!.!.!.

4 hari ada kat kampong sememangnya tidak puas tapi apa nak buatkan, tuntutan kerja kat KotaRaya KL nie membuat aku terpaksa gagahi jugak diri nie untuk balik semula ke KL.. takpa-takpa raya nanti aku akan balik lagi… aku nak ambik cuti seminggu… weeehuuu!!!!! 

so abis cerita pasal cuti aku kat kampong… sekarang cerita aku di KL pon bermula.. seperti biasa aku terpaksa tempuhi haru-biru kota, terpaksa sedut berkilo-kilo sehari asap-asap kereta, lori, bas, motor, kilang baju, kilang kasut, kilang roti, kilang tayar, semua-semua kilang lah, hidu aroma bau ketiak mamatmamatbangla kat bazar Ramadan.. TRAFIC JEM!!!… time pegi kerja jem.. time balik keja pon jemmmmm…. 

Jem dah kepala aku nie dok mengadap jem… semua orang akan cakap.. alaa normal la tu jem kat KL.. normal beb.. normal.. tapi bukan nak tipu la… bulan puasa nie memang jem luar biasa… selalunya aku keluaq dari opis kul4.30ptg masih rilek-rilek lagi la sebab masih awal.. tapi di Bulan Puasa nie.. aku rasa semua pakat nak balik awal sebab nak buat persediaan berbuka.. sedari  (sedari??? apa tu??) keluar ja dari opis dah start jem.. selalunya kul5 macam tu aku dah boleh sampai rumah… tapi sekarang kol 5.30 macam tu baru aku sampai… kalau cerita bab pergi kerja pulak… selalu aku keluar rumah 6.45pagi pon boleh sampai opis dalam kul7.15 macam tu.. semalam aku gerak kol6.40pagi dari rumah dalam kul7.25.. nasib baik sempat nak punch card kul7.30..nyaris sioootttttt…. So, hari ni.. aku belajar dari kesilapan semalam… aku gerak kul6.33pagi.. dengan jayanya kul7.00 aku sampai… can u see clearly??… walaupon aku keluar rumah awal 7MINIT dari semalam.. aku boleh sampai awal 25MINIT kat opis… itulah KUALA LUMPUR… huuuuuwaaaaaaaaa…. aku rindukan kedamaian KAMPONGKU…

ok-ok biarkan aku melayan perasaan sasau aku tu sorang-sorang k... cerita seterusnya aku nak cerita-ceriton (bukan cintan-cinton tau..)... aku nak selit sikit cerita pasal selebriti kat Malaysia... KES PUTUS TUNANG.. pasangan pertama hero Malaysia dan pujaan ramai gadis-gadis.. Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apex.. penjaga gol Harimau Malaya dengan pasangan... pastu baru ja lepas buat-buat terkejut dengaq kisah Si Apex.. pagi tadi terdengaq pulak cerita Mr. Ally Iskandar pon dah putus tunang jugak (wahh... i minat kat u la... 8tahun lepas, time cuti tunggu result SPM i penah kol u kat MHI... u ingat tak???... ala yang buat wish ChineseNewYear tu... mangkuk tul la hang nie AA.. ada ka dia nak ingat semua caller.. dah la berzaman dah... TakDeMakneNyeDee...).. kalau tak salah aku dia bertunang dengan peserta Gadis Melayu.. 

takpa-takpa u'olls takyah nak emosi tau.. buat kalian berempat Apex & Pasangan , Ally & Pasangan..(macam la depa-depa nak bukak blog hang Cik AA oiii... berangan tul la dia nie..) ... pesanan aku.. hampa chill ja.. kalau ada jodoh konfem tak kemananya... pusing-pusing-pusing kot mana pon.. hampa akan bertemu jugak.. itu kalau betoi-betoi la jodoh hampa ada.. kalau takdak dan jodoh dengan orang lain tu.. nak buat macammana.. kena redha dan yakin dengan ketentuan ILAHI.. sesungguhnya DIA lebih mengetahui... bagi sapa-sapa yang tak kenai hamba ALLAH yang aku dok cerita nie (poyo ja kan kalau u'olls tak kenai...).. nah aku attach untuk tatapan semua.. gambaq nie aku ceduk kat SINI...

Khairul Fahmi Che Mat & Bekas Tunang


Ally Iskandar & Bekas Tunang

ok dah kenal kan.. so, kita doakan lah yang terbaik untuk depa... mmmm... dah puas dah aku melepaskan gian aku nak update ceritaku di sini... terima kasih kepada u'olls yang sudi nak berkongsi merapu-rapan aku hari nie... dan Selamat Meneruskan Perjuangan Menahan Nafsu yang juga dikategorikan sebagai BERJIHAD macam aku penah cerita kat SINI... oklah darling-darling sekalian... aku dah mau chow... nanti kalau ada cerita lagi.. aku pasti akan cerita kat blog aku nie... macam kata-kata David Teo "Bukan Janji Tapi Pasti"... daaaaaaaaaaaaaaa semua... ma'assalammah... *(=_=)*..