Friday 5 August 2011

...MakCiK KepO...

Salam semua... apa khabaq kalian yang i sayang-sayang selalu...? harap semua sihat dan masih bertenaga untuk melaksanakan kewajiban sebagai umat Islam untuk berpuasa sambil menahan bukan setakat lapar dan dahaga tapi tahan diri daripada segala kerja-kerja yang tak baik dari sudut mata , telinga dan lidah... Insyaallah... semoga Allah SWT terima amalan kita semua...

ok memandangkan dah seminggu aku tak muncul dalam dunia blog nie... so banyak la yang aku nak lu langsi lu mati dengan u orang semua.. dari cerita aku balik kampong hari tu sampai laaa... mmmm tak tau la nak cakap sampai mana.. u'olls layan kan je la ye...

memang menjadi kebahagian yang teramat sangat bagi golongan perantauan yang macam aku nie kalau sekali-sekali dapat balik kampong... rasa macam WAHH BESTNYA!!!... teruja yang amat sangat-sangat-sangat... kalau tak caya u'olls pi tanya member i nie Ct Aja... dia pon merantau kat kota raya KL nie... so, kalau dah seronok tahap keseronokan takterhingga tu... seminggu sebelom balik i dah plan dah apa nak buat kat kampong... NAK kacau keamanan anak buah, NAK gather dengan member-member-kacipo,  NAK gomel-gomel-cium-cium dengan arnab-arnab kat rumah, NAK main masak-masak dengan mak kat dapur mak yang macam-macam ada, NAK pi terawih malam pertama dengan malam kedua sambil jumpa orang kampong yang dah lama rindu kat i (buuweeekkk...muntah hijau)... dan macam-macam lagi la yang den NAK buat...

seperti yang diPLANkan... sampai-sampai ja aku kat rumah dalam pukul5 pagi... dengan jayanya aku telah menganggu-gugat ketenteraman dan kesejahteraan anak buah aku yang tengah enak diulit mimpi indah… nasib la.. awak takkan aman selagi MakCik SuperHotss nie ada kat sini… huhuahahahahhahahaa (gelak jahat)… walaupon dikacau digodek digigit digomol anak menakan i  nie (Ahmad Awalludin 3 tahun aka ADIN) still bukak mata sambil senyum… wah sungguh comellll engkau ADIN…  

jam ke2 aku sampai kat rumah (dalam pukul7 pagi) mangsa kedua aku pon muncul… Ahmad Adib 11bulan… huahahauahahahaha gelak jahat lagi…. dengan rasa tidak bersalah aku meneruskan agenda aku untuk menghuru-harakan kehidupan budak kenit nie… pagi-pagi lagi dah diserang oleh aku yang memang dah lama mengidamkan saat-saat macam nie… abis dipenyet-penyet si kecik ComelGeramRasaNakGigit-Gigit… meronta-ronta dia soh aku lepaskan.. tanpa rasa belas kasihan aku tetap meneruskan misi aku… huahauahhaahhaa… jahat-jahat… 

nie la mangsa-mangsa yang kiut-miut alolololo... comel-comelnya

Awal a.k.a Adin

Adin a.k.a Awal

Adib alolololo comel-comel.... mangsa gigitan

orang kesayangan MakCik

itulah permulaan sesampai ja aku kat rumah HJH RASHADAH yang cun lagi  meletopss… sehari ke sehari aku cuba fulfill aku punya plan… bergomel-gomel dengan arnab-arnab yang dok bertambah-tambah, keluaq dengan member-member-kacipo aku (kierah, hanim dan lina), main masak-masak (bukan dengan mak tapi dengan adik aku)…ziarah pusara ABAH yang sentiasa kat hati anak ABAH yang cumel lagi kiut-miut nie walaupon dah  13 tahun ABAH pergi.. (AL-FATIHAH untuk ABAH - HJ ABDUL RAHMAN B. AHMAD)… solat terawih sambil berjumpa dengan bakal-bakal mak mertua kat masjid... dan macam-macam lagi la aku buat.. B.E.S.T.S.A.N.G.A.T.S.A.N.G.A.T.T.T.T.T.!.!.!.

4 hari ada kat kampong sememangnya tidak puas tapi apa nak buatkan, tuntutan kerja kat KotaRaya KL nie membuat aku terpaksa gagahi jugak diri nie untuk balik semula ke KL.. takpa-takpa raya nanti aku akan balik lagi… aku nak ambik cuti seminggu… weeehuuu!!!!! 

so abis cerita pasal cuti aku kat kampong… sekarang cerita aku di KL pon bermula.. seperti biasa aku terpaksa tempuhi haru-biru kota, terpaksa sedut berkilo-kilo sehari asap-asap kereta, lori, bas, motor, kilang baju, kilang kasut, kilang roti, kilang tayar, semua-semua kilang lah, hidu aroma bau ketiak mamatmamatbangla kat bazar Ramadan.. TRAFIC JEM!!!… time pegi kerja jem.. time balik keja pon jemmmmm…. 

Jem dah kepala aku nie dok mengadap jem… semua orang akan cakap.. alaa normal la tu jem kat KL.. normal beb.. normal.. tapi bukan nak tipu la… bulan puasa nie memang jem luar biasa… selalunya aku keluaq dari opis kul4.30ptg masih rilek-rilek lagi la sebab masih awal.. tapi di Bulan Puasa nie.. aku rasa semua pakat nak balik awal sebab nak buat persediaan berbuka.. sedari  (sedari??? apa tu??) keluar ja dari opis dah start jem.. selalunya kul5 macam tu aku dah boleh sampai rumah… tapi sekarang kol 5.30 macam tu baru aku sampai… kalau cerita bab pergi kerja pulak… selalu aku keluar rumah 6.45pagi pon boleh sampai opis dalam kul7.15 macam tu.. semalam aku gerak kol6.40pagi dari rumah dalam kul7.25.. nasib baik sempat nak punch card kul7.30..nyaris sioootttttt…. So, hari ni.. aku belajar dari kesilapan semalam… aku gerak kul6.33pagi.. dengan jayanya kul7.00 aku sampai… can u see clearly??… walaupon aku keluar rumah awal 7MINIT dari semalam.. aku boleh sampai awal 25MINIT kat opis… itulah KUALA LUMPUR… huuuuuwaaaaaaaaa…. aku rindukan kedamaian KAMPONGKU…

ok-ok biarkan aku melayan perasaan sasau aku tu sorang-sorang k... cerita seterusnya aku nak cerita-ceriton (bukan cintan-cinton tau..)... aku nak selit sikit cerita pasal selebriti kat Malaysia... KES PUTUS TUNANG.. pasangan pertama hero Malaysia dan pujaan ramai gadis-gadis.. Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apex.. penjaga gol Harimau Malaya dengan pasangan... pastu baru ja lepas buat-buat terkejut dengaq kisah Si Apex.. pagi tadi terdengaq pulak cerita Mr. Ally Iskandar pon dah putus tunang jugak (wahh... i minat kat u la... 8tahun lepas, time cuti tunggu result SPM i penah kol u kat MHI... u ingat tak???... ala yang buat wish ChineseNewYear tu... mangkuk tul la hang nie AA.. ada ka dia nak ingat semua caller.. dah la berzaman dah... TakDeMakneNyeDee...).. kalau tak salah aku dia bertunang dengan peserta Gadis Melayu.. 

takpa-takpa u'olls takyah nak emosi tau.. buat kalian berempat Apex & Pasangan , Ally & Pasangan..(macam la depa-depa nak bukak blog hang Cik AA oiii... berangan tul la dia nie..) ... pesanan aku.. hampa chill ja.. kalau ada jodoh konfem tak kemananya... pusing-pusing-pusing kot mana pon.. hampa akan bertemu jugak.. itu kalau betoi-betoi la jodoh hampa ada.. kalau takdak dan jodoh dengan orang lain tu.. nak buat macammana.. kena redha dan yakin dengan ketentuan ILAHI.. sesungguhnya DIA lebih mengetahui... bagi sapa-sapa yang tak kenai hamba ALLAH yang aku dok cerita nie (poyo ja kan kalau u'olls tak kenai...).. nah aku attach untuk tatapan semua.. gambaq nie aku ceduk kat SINI...

Khairul Fahmi Che Mat & Bekas Tunang


Ally Iskandar & Bekas Tunang

ok dah kenal kan.. so, kita doakan lah yang terbaik untuk depa... mmmm... dah puas dah aku melepaskan gian aku nak update ceritaku di sini... terima kasih kepada u'olls yang sudi nak berkongsi merapu-rapan aku hari nie... dan Selamat Meneruskan Perjuangan Menahan Nafsu yang juga dikategorikan sebagai BERJIHAD macam aku penah cerita kat SINI... oklah darling-darling sekalian... aku dah mau chow... nanti kalau ada cerita lagi.. aku pasti akan cerita kat blog aku nie... macam kata-kata David Teo "Bukan Janji Tapi Pasti"... daaaaaaaaaaaaaaa semua... ma'assalammah... *(=_=)*..

2 comments:

  1. hahahhaaaaa, sokong a'a..banyak betul aktiviti dia kat kampung, bestnya a'a dapat balik puasa ni, aja tak taula rase cam tak sempat berbuka kt rumah..hi3.. selamat kembali ke ibu kota..hi3

    ReplyDelete
  2. i mmg faham bebenor perasaan anak perantau nie..huhuhuhu...takpa2..yang penting dapat beraya kat kg..puasa dari jauh pon ok...kan...?

    ReplyDelete

Jangan Shy-Shy Cat la erk..silalah tulis comment anda yang bernas tu...