Monday 4 July 2011

…Pentingkan Diri Sendiri…

Salam semua… selamat memulakan minggu baru dengan penuh bersemangat dan azam yang baru untuk terus Berjaya dan Berjaya…YEHHHH…. wah.. apahal semangat semacam ja aa hari nie??? Sebenarnya aku nie dalam proses memotivasikan diri untuk terus bersemangat di pagi Isnin walaupon betapa sukar nak bukak mata pagi tadi kan..huhuhu…

PENTINGKAN DIRI SENDIRI ataupon JUAL IKAN ataupon SELFISH ataupon CUMA PIKIAQ DIRI DIA JA TAK PIKIAQ ORANG LAIN PON.. ataupon apa-apa jelah.. yang penting aku tau u’olls semua fahamkan apa maksud PENTINGKAN DIRI SENDIRI kan kan kan… apa yang u’olls rasa dengan 3 perkataan nie? Kalau ada orang disekeliling anda yang mempunyai sifat begini? Ataupon u’olls rasa sifat dari 3 perkataan nie kadang kala perlu dipraktikkan? 

Seperti biasa selain daripada aku tnya apa yang u’olls rasa mesti aku pon nak nyatakan apa yang aku rasa jugakkan.. apa-apa pon u’olls layankan jelah k…

Bagi aku… sifat pentingkan diri sendiri nie kadangkala perlu jugak diamalkan… bukannya apa.. kadang-kadang kita perlu pikir kepentingan kita jugak… sebagai contoh… kalau kita asyik disuruh itu disuruh ini sampai mengabaikan kerja kita yang mutlak lagi hakiki… so, dalam keadaan begini kita perlu bertindak PENTINGKAN DIRI SENDIRI dengan mengabaikan permintaan member yang datang kat kita sambil buat muka kesian mintak tolong kita settlekan kerja mereka.. Right?

Selain daripada itu… ada pulak yang asyik pinjam duit kat kita walaupon dah berkali-kali dia pinjam dan tak pernah nak bayar balik duit yang dia dah pinjam dari kita tu… sambil dalam hati dia berdoa agar kita dengan ikhlas kasi hangus itu hutang-piutang… takdemaknenyedee aku nak kasi hanguih hutang tu weiii jangan harap la… So, dalam keadaan begini kalau orang yang sama datang lagi dengan muka tahap longkang pecah kat kita untuk pinjam lagi duit kita… time nielah kita perlu bertindak untuk PENTINGKAN DIRI SENDIRI dengan mengabaikan muka dia yang tengah kucar-kacir dibebani masalah itu dan ini… yang lepas pon belum bayar sesen nie nak tambah lagi… dah tu bila nak abis hutang hang nak bayaq beb? Cehabaq Sikit? 

Dan kadang kala tu, ada orang yang SELALU sangat mintak tolong kita macam-macam… sampai kadang –kadang tu menyusahkan kita dan membuatkan kita rasa stress… dengan berbekalkan ayat-ayat merentap jiwa.. depa-depa nie mai kat kita untuk mintak tolong kita dari pelbagai aspek… dan kadang kala permintaan depa tu akan menyebabkan kita terpaksa berjalan berpuluh-puluh meter demi nak memenuhi permintaan tu… takpon menyebabkan kita terpaksa batalkan janji kita dengan orang lain semata-mata nak fulfill dia punya wish… so, dalam keadaan ni… kalau dia datang lagi dan lagi kat kita dengan penuh harapan agar kita dapat tolong dia sekali lagi… time nie kita kena teruskan sifat PENTINGKAN DIRI SENDIRI… right? Bukannya apa takot kalau-kalau dia akan terus dan terus bergantung kat kita dan mempergunakan kita… 

Semua kat atas nie contoh-contoh keadaan yang menyebabkan kita terpaksa mengamalkan sifat PENTINGKAN DIRI SENDIRI… tapi dalam niat kita untuk PENTINGKAN DIRI SENDIRI nie… mesti kita akan tetap rasa KESIAN, SIMPATI, NAK TOLONG LAGI, TAK SAMPAI HATI, RASA BERSALAH dan macam-macam lagilah… membuatkan kita pikir, pikir, pikir dan pikir lagi… lastly kita still lupakan kepentingan diri kita tu dan cuba fulfill permintaan tersebut… betul tak? kenapa la kena ada rasa semua tu? kenapa la nak kena pikir pasal orang lain? dah tu kita nie macammana pulak? Ishhh… memang merumitkan kalau kita berada dalam keadaan nie… tersepit untuk buat keputusan… 

Senang cerita… kalau aku nak jugak tolong orang-orang yang macam golongan kat contoh-contoh kat atas tadi.. aku cuma berpegang ALLAH Maha Adil… dan cuba tolong seikhlas yang mungkin walaupon untuk ikhlas tu sangat la susah dan kadang-kadang tak ikhlas pon supaya pertolongan yang kita bagi tu walaupon tak dapat balasan kat dunia maybe kita akan dapat balasan kat akhirat.. dan berharap ada hikmah disebalik setiap ranjau yang kita hadapi… eeewaaahhhhh…

Ok.. itu jelah coretan aku hari nie… thanks kepada sesiapa yang sudi baca sampai titik yang last… hehehehe.. oklah darling-darling sekalian… aku chow duluu… daaaaaaaaaaaaa…. ma’assalammah “(*_*)”….

5 comments:

  1. betul 2 a'a... kdg2 pntg diri sendiri tu penting gak, tp pntg dr sndri spy kt tdk dipijak di perbodoh@dipermainkan.... byk2 kan bersabar pd org2 yg sebegini....hi3

    ReplyDelete
  2. kan kan kan..sekali sekala pentingkan diri sendiri tu ok kan..so, oklah..xdak la rasa bersalah sgt..hehehehehe

    ReplyDelete
  3. yup aku setuju ada masa memang kita perlu pentingkan diri untuk keperluan diri.. kalau boleh berfikir secara rasional, takde masalah untuk membezakan keadaan yang perlu atau tak :D

    ReplyDelete
  4. kita memang perlukan kesihatan mental (macam kenai dak ayat nie?) untuk berfikir secara rasional kan...

    ReplyDelete
  5. Setuju.. Macam saya pun pernah kena ade kawan saya pernah cakap depan2 kawan2 yang lain " MINTAK MAAF LA SAYA BULI AWAK" dan dia ni terus menerus suka membuli pada sape2 yang suka menolong org lain & tidak berani untuk kate "TIDAK" atau membantah arahan dia. Padahal tukang buli tu seorang student master umo dh 26 perempuan. Sejak dari peristiwa tu, sy terus kuar dari umah sewa tu & start muhasabah diri. Kita tidak boleh zalim diri kita sendiri, & tujuan kita hidup untuk beribadat pada Allah bukan taat pada manusia. Tak dosa pun klu kita tegas tidak taat perintah kawan kita tu. Dan sesungguhnya Allah itu Maha Adil & Maha Melihat.

    ReplyDelete

Jangan Shy-Shy Cat la erk..silalah tulis comment anda yang bernas tu...