Friday 1 July 2011

-LaWaK MalaM JumAAt-

Salam semua... dan Selamat Pagi cinta Malaysia... hari ni aa nak cerita kejadian malam tadi a.k.a. malam jumaat... dah-dah malas nak berintro panjang jom tengok apa yang ada hari nie...

malam tadi seperti biasa anak menakan aku najla dengan najmi bergaduh.. kang sorang jerit kang sorang lagi nangis.. kang sorang lari menyorok sebab takot kena pukul yang lagi sorang berlari sambil pegang sword Ben10.. terjerit-jerit kat bawah.. macam kat dalam medan perang dah kat bawah tu.. 

aku yang tengah layan cerita "CITA & CINTA" kat TV9 (besh ooo cerita nie...disyorkan untuk layannnn this drama) kat atas nie memang stress la.. tadi time aku turun aku dah buatkan susu dah sorang satu.. pastu aku ajak naik depa takmau.. nak main masak-masak katanya.. aku memang dah agak dah kejap ja boleh main secara aman dan damai.. mesti najmi akan bosan sebab namapon mainan perempuankan.. kalau main perang-perang baru la selari dengan jiwa lelaki yang ada kat dia tu.. hohohoho...

....cerita yang sempoi tapi best dan boleh layan....

Nak dijadikan cerita aku pon turun la untuk menjadi HERO aits bukan ka hang tu perempuan... ok-ok kita tukar ayat nie... nak dijadikan cerita aku pon turun la untuk menjadi HEROIN kat mangsa peperangan ataupon mangsa serangan Ben10 nie..

Aku pon tarik tangan najmi paksa naik atas.. biar najla kat bawah main masak-masak dengan Ngah (kakak kepada kakak ipar aku) depa kat bawah.. yang Si Ben10 nie biar aku yang uruskan kat atas.. sebanarnya kalau aku bawak dia kat atas, boleh la aku tengok cerita CITA & CINTA tu dengan aman.. so, dalam keadaan terpaksa dia pon join la aku tengok cerita tu... bagus tak taktik MakCik superduperhot nie...

Sambil-sambil aku tengok cerita tu.. aku pon berbual la dengan Ben10 nie... dan perbualan tersebut adalah seperti dibawah (ayat skema tak ingat..hang tengah taip surat ka apa...) :

MakCik : mie, why u always disturb people, hit people... why arrr? U think Ben10 like to hit people or not? 

Mie        : No.. Ben10 never hit people.. Ben10 hit bad people only...

MakCik : See.. then why u hit Najla?.. U think Najla bad people arrr?

*kat bawah nie..Jawapan Najmi yang membuatkan aku gelak sampai nangis... Hahahhahahahahaaahahhaa*

Mie        : Something control my body laaa... i cannot stop it... 'he' inside my tummy.... (boleh bayang dak budak 6 tahun cakap macam nie.. aku memang tak boleh blah time dia cakap macam nie dengan muka yang serius...apa lagi tergelak sakan la aku nie)

MakCik : *sambil menahan gelak aku tanya lagi dia* so, when u hit people that mean it's not u, right?

Mie        : *dengan muka serius jugak dia jawab* noooo, it's me..but i just can't handle 'him'... (gila jujur jawapan dia) 

-aku gelak dan gelak dan gelak lagi-

Mie       : why u laughing? u think funny arrr? (lagi la aku tergelak... hahahahhaahhahahaa)

p/s: sila abaikan grammar yang kucar-kacir...

kesimpulan dari perbualan aku dengan Najmi ni... aku rasa apa yang dia maksudkan 'he' yang kat dalam badan dia tu.. maybe nafsu budak-budak yang membuak-buak kat dalam badan budak lelaki yang baru nak membesar.. betul tak? tapi gila jujur dia jawab setiap soklan aku.. memang betul la orang cakap kanak-kanak tu jujur..
....nie la Ben10 a.k.a RedRangerNajmi yang cute lagi jujur tahap gaban....

ok itu jelah untuk hari ni.. dan selamat berhujung minggu semua... daaaaaaaaaa... ma'asalammah (^_^)V...

No comments:

Post a Comment

Jangan Shy-Shy Cat la erk..silalah tulis comment anda yang bernas tu...