Monday 18 July 2011

...Pergi Tak Kembali...Al-Fatihah

Salam semua... waduh-waduh udah seminggu aku tak mengupdate cerita kat sini... kesibukan yang aku sendiri pon taktau sibuk kat mana yang menyebabkan aku takterUPDATE any new entri.. ada kerja yang tetiba menimbun datang menyerbu, dicelah-celah tu ada kursus pulak... pastu dalam kesibukan yang melanda, mak mertua abang aku yang kebetulan tinggal dengan abang dan kak ipar aku meninggal.. menambahkan lagi sebab dan musabab aku diam seribu bahasa tanpa mengUPDATE sebarang kabar berita... aiwaaahh…
Dan hari ni aku rasa keadaan agak tenang ditambahkan lagi ketiadaan bos selama 2 hari mulai hari ni sebab beliau menghadiri Bengkel di Pulau Pinang... haaa nak mengular la tu.... aku akan mengUPDATE blog hari ni agar tidak kelihatan suram dan tak bermaya... ada kena mengena ka?? 

Mak kakak ipar aku asal dari Sarawak… aku lebih senang panggil beliau dengan panggilan NENEK… aku pon tak tau kenapa… kalau ikotkan aku kena panggil makcik la kan.. dan kat sana nenek tinggal dengan kakak kepada kakak ipar aku (kak Alin)… sejak 5 bulan yang lepas kesihatan nenek tak berapa baik… dalam bulan MEI yang lalu, abang dan kakak ipar mengambil keputusan untuk bawak beliau dan kak Alin datang tinggal bersama..

Tanggal 14 Julai 2011, nenek meninggal dunia dalam tidur… apa yang aku nak cerita sebenarnya pengurusan jenazah sangat lancar… bermula daripada mandikan jenazah (aku tengok muka nenek sama ja macam masih dalam keadaan tidur), kafankan jenazah, solat jenazah sampailah kebumikan jenazah… semuanya nampak lancar dan seperti dipermudahkan oleh ALLAH SWT… memang benar dan tiada yang sebenar-benarnya melainkan yang benar-benar belaka iaitu kuasa ALLAH SWT memang tiada hadnya… sesungguhnya kita merancang ALLAH yang menentukan… tolong sedekahkan Al-Fatihah kat NENEK (Hjh Ibot @ Habibah Binti Mohamad @ Mohamed)...

Itu cerita nenek… macamana la nasib kita pulak nanti kan? adakah akan dipermudahkan segala urusan? semua tu ditangan ALLAH… semoga kita semua bahagia di DUNIA dan di AKHIRAT… dan tak salah kadang kala kita ingatkan mati macam ada kata-kata yang pernah aku dengar:

“BerAMALah seperti kita akan mati keESOKan hari
dan
BerKERJAlah seperti kita akan hidup 100 TAHUN lagi”

renung-renungkan dan selamat berAMAL… hohohoho… oklah geng sekalian.. i dah nak chow dulu untuk hari ni… nanti kita cerita-cerita lagi ok…. daaaaaaaaaaaaaaaa semua…. ma’asalammah… (^_^)V…

2 comments:

  1. rapat ke a'a dgn dia...moga roh nya ditempatkan ditempat2 org yg beriman...amin...

    ReplyDelete
  2. aa rapat jugak dengan nenek sbb aa pon tinggal dengan abg aa jugak..kebetulan nenek ada kat rumah abg aa pon dah lama..so, aa rapat la dgn arwah.. mudah-mudahan.. amin...

    ReplyDelete

Jangan Shy-Shy Cat la erk..silalah tulis comment anda yang bernas tu...