Thursday 21 April 2011

Nak Pilih yang Mana?

Salam suma.. awal betul i hari ni... dengan penuh semangatnya aku nak ucap selamat hari Khamis wahai geng sekalian.. wah hari Khamis ni memang i seronok.. sebab dah nak sampai weekand dah… hohohoho… pastu weekand nie pulak i ada agenda ngan member2 i.. nantilah i cerita pasai aktiviti i tu erk…

Di hari khamis yang best ni.. aku nak mengajak geng suma berfikir sejenak yang mana satu hampa nak pilih…. Pilihan yang aku maksudkan tu adalah 1st jadi seorang yang bermuka-muka konon budget mulia tapi kat belakang macam …….. (hampa sambung la sendiri erk) dan  2nd jadi seorang yang mulut longkang yang tak tau bertapis main sound direct ja… so, dah ada pilihan atau tak??

Bagi aku pulak, keadaan yang menentukan pilihan aku tu… tapi kalau nak jadi yang 1st type tu tak dak la sampai nak kena nampak mulia macam tak dak dosa tapi kat belakang macam “………” tu kan… Cuma tak mau la tegur depan-depan sebab takot kalau-kalau akan kecikkan hati a.k.a. menyakitkan hati ataupon tak berani nak berterus-terang sebab kalau berterus-terang akan merumitkan lagi keadaan dan situasi bukan sama ja ka keadaan ngan situasi ataupon menyebabkan sesuatu yang tak diingini berlaku seperti mati terkejut ataupon heart attack…. Dah tu jangan la pulak lepas tu dok berkumpul ramai-ramai  mengumpat insan tu kan… pastu tak cukup berkumpul, mana yang tak dapat join berkumpul kita forward massage intipati umpatan kita tu kat depa… ait macam penah buat ja… sempurna sangatkah kita ni yang nak mengumpat pasal hal orang kan… sila cermin diri ye sahabat-sahabat ku sekalian… (aku pon berpesan untuk diri aku jugak nie… huhuhuhuhu… ‘aa jangan mengumpat orang dah tau kalau tak..dusshhhh’…)

Dan untuk jadi yang 2nd type pulak, bagi aku tak payah la nak kena mulut tu sampai berbau macam longkangkan sekadar mulut tu bau macam lepas makan ikan keli bakar yang sedap tu sudah la.. aku akan tegur sesiapa yang aku rasa dia akan faham niat aku tegur dia dengan erti kata lain yang aku dah kenal dia n dia pon dah kenal hati budi aku… ataupon orang yang tak dikenali dan time tu aku memang dah tak boleh nak tahan sangat dah contohnya sekumpulan makcik-makcik yang dok bersembang pastu bergelak sakan dalam surau dan menganggu orang lain tengah solat tak pon orang yang bertolak-tolak tahap cipan time nak nek train....  time tu kalau dah dasyat sangat memang la kena kita tegur.. tapi kalau nak berterus-terang ataupon nak tegur seseorang tu just tegur secara baik yang mempamerkan agama dan bangsa kita… lagipon aku rasa tegur secara baik ni lagi makan dalam bagi sapa yang kurang faham makan dalam nie adalah lebih touching dari kita nak menge‘sound’ orang membabibuta kan dah la babi opsss mak tak bagi sebut babi alamak tersebut lagi pastu buta pulak tu… memang tak bagus kan kan…

Sebenarnya kita sendiri yang bring the way who we are… memang la lain orang lain caranya.. tapi tak payah la nak cakap ‘aku ni memang dalam perut mak aku lagi dah memang macam ni..memang tak boleh nak ubah dah’… hampa toksah nak mengarut la… manusia tu adalah sebaik-baik kejadian.. dah nama pon sebaik-baik kejadian kan.. takkan la sebaik-baik kejadian nie ada attitude yang buruk sejak dalam perut mak kita lagi.. kita yang bawa diri kita sepertimana diri kita sekarang… kan kan kan… attitude beb attitude.. kena jaga sikit k…

So, sama-samalah kita cuba ubah diri kita dulu sebelom kita cuba untuk ubah saudara-saudara kita yang lain… Insyaallah… wah macam serius ja kan post i hari ni… kan kan kan… but i really mean it… jom sesame kita cuba berubah demi kebaikan… trying is better then do nothing… kan kan kan…

Orait itu sajalah bebelan aku hari ni… renung-renungkan dan selamat beramal… hohohohoho…. Daaaaaaaaaaaaaa…. Ma’asalamah (^_^)V

4 comments:

  1. xdak ke hei apa2 lah.. saja ja nak membebel bila tengok ragam manusia yang macam-macam ada ni.... hohohohoho... ada gaya cikgu syariah tengah beletiaq dak?

    ReplyDelete
  2. takut kalau nak tegur orang yang tak kenal. kena kumpul kekuatan. apa-apa pun, kena selalu betulkan diri sendiri sebelum betulkan orang lain.

    ReplyDelete
  3. tepat sekali wahai cik/encik/puan anonymous....tiada yg tepat melainkan tepat2 belaka...

    ReplyDelete

Jangan Shy-Shy Cat la erk..silalah tulis comment anda yang bernas tu...