Friday 29 April 2011

Saya Suka...

Salam suma...satu kerja i dah settle..tinggai lagi satu task yang i kena siapkan hari ni..so, untuk proses menyambil.. i nak update entry untuk hari ni..jom layaaaannnn... I LIKE!!

Saya Suka Hari Ni..
Saya Suka Hari Ni Sebab Hari Ni Hari Jumaat..
Saya Suka Hari Jumaat Sebab Esok Dah Weekand...
Saya Suka Esok Weekand Sebab Saya Nak Pegi Rumah Abang Saya Kat Raub...
Saya Suka Sebab Kami Sekeluarga Ramai-Ramai Nak Pi Serbu Rumah Abang...
Saya Suka Bila Kami Sekeluarga Berkumpul Ramai-Ramai...
Saya Suka Bila Huru-Hara Akan Terjadi Kat Rumah Abang...
Saya Suka Bila Suma Tergelak-Gelak Kegirangan...
Saya Suka Bila Tengok Anak-Anak Menakan Main Ramai-Ramai...
Saya Suka Bila Suma Gembira Dan Bahagia...
Saya Suka Suka Dan Suka...
Tiada Yang Lain Melainkan Suka Suka Belaka...

ada yang nak migraine dak baca post hari ni? hehehehhee...sori la darling...senang citer, esok aku dengan adik-adik aku nak gi rumah abang i kat Raub..ahli family a.k.a ahli mesyuarat tingkap yang lain pon akan pi serbu rumah abang jugak...so,nantikan post pasal perhimpunan besar-besaran yang akan i post kan nanti ye...Insyaallah...

oklah darling-darling sekalian..i nak sambung wat kijo balik nie...daaaaaaaaaaaaa....ma'asalamah (^_^)V

p/s: geng suma doakan kami sekeluarga selamat pergi dan balik tau....

Thursday 28 April 2011

Trip on My Birthday ~~Malacca~~

Salam suma... tibalah masanya aku berkongsi cerita trip i ke Melaka seperti yang telah dijanji kan.... kami bertolak dari KL hari sabtu dalam kol 2.45 petang... campur dengan sesat pastu beberapa insiden bengong yang malas nak cerita.. kami selamat check in kat motel yang murah tapi ok nie dalam kol 7.30... rehat kejap n bermulalah trip kami..enjoy the pictures k... zassssssssss........

Sabtu, 23 April 2011 (8.30pm - 1.00am)
tema: Putih itu Bersih..

Setup-menyetup perkakas sebelom nak berposing sakan...
tarrraaaaa...represent to all of u.. "geng of the trip"... maisarah (tudung pink), suliza (tudung putih berspek), kak lia (tudung hitam separuh berspek), lin (tudung jalur hitam putih dengan posing paling sakan), i aka AA (baju putih yang tak putih suma), kekurt (yang kat depan sekali n tgh wat peace tu)...bergambaq depan motel sebelom memulakan jelajahan...

1st destination lepas keluar dari motel...makan makan makan... (menu: nasi putih, sayur kailan, sotong besar 5 ikor goreng tepung, siakap sederhana besar masak tiga rasa, ikan pari sederhana besar bakar pedas, kerang bakar satu pinggan, air oren satu jag, air kosong satu jag, otak-otak sebakul dan buah potong-potong sepinggan...RM120 sorang RM20)
sebelom....

selepas....
sila abaikan 2 awek cun yang tengah berpura-pura kat depan tu ye.. fokus yang kat belakang tu... kenai dak? trade mark dia "kita bako je kita bako je".... dah kenai dah? belom jugak? ish ish ish..memang la hg ni ......... lu pikir la sendiri.....hehehhehe

2nd destination... pasar malam depan dengan Taming Sari Tower.. tetiba terjumpa pulak dengan member lama (awek yang pakai tudung cokelat tu) time belajar kat kolej dulu... dah kawen dah pon die...

nie betul-betul tau...bukan belakon konon-konon busy memilih..pilih kak pilih...

pastu dari pasar malam tadi berjalan sampai depan kapal static ni... memang wajib kot amik gambaq kat sini..
bergambaq dalam gambaq... ehh betoi ka dak tak tau.. ntah la... macam tu la lebey kurang... nie kak lia kandid...
ada gaya pelancong tak? nasib baik tiang tu kukuh... hahahahaa


Ahad, 24 April 2011 (11.30am - 7.00pm)
tema: Hijau itu Damai...

nie kat track go-kart... tapi kat sini bukan ada go-kart ja.. ada buggy n moto kecik ala-ala moto superbike sekali.. kurt , lin , mai ngan su naik go-kart.. i dah penah naik go-kart ni..

so i try naik buggy... kak lia pulak jadi photographer tetap... hahahahaha (go-kart RM10, buggy RM15)

lepas tu kami naik kereta lembu pulak.. gila strong lembu-lembu nie... bayangkan 6 orang sumbat satu keta.. nasib baik aku sorang je yang 'comel'...yang lain tu standard size...hehehehe... sian kat hang kan lembu.. menurut tuan lembu tu.. umur lembu-lembu nie 8 tahun n depa dah wat keja tarik kereta lembu nie sejak umur 2 tahun lagi... dah 6 tahun tu... cayalah ko lembu!!!...(satu kereta RM10)

destination seterusnya... Taman Mini Malaysia...(masuk RM5)

bergambar kat stage... time kami sampai ada show... nice la jugak show tu...
salah satu rumah yang kami terjah... Rumah Negeri Pulau Pinang...

sapa tak tau nie kat mana sila korek hidung sekarang... hohohohoho... nie pon salah satu tempat wajib yang akan dilawati kalau p ke Melaka nie... Kota Afamosa...(masuk free)
adik kat belakang tu pon join geng green day gak...bagus-bagus..belakang tu meriam yang telah di'deactive'kan.. yolah tu.. itu meriam tipu jelah...

muka tu kena maintain comey ye.. walaupon lotih tak terhingga untuk menapak naik kat atas.. peluh tiak den..hohohoho

itu saja la kot yang i nak show off kat u'olls suma...hehehehe...nice trip...budget pon tak mahal sangat dalam RM100-150 sorang itupon kalau hg tak bershopping sakan la...ok la kan...selain dapat bergambaq sakan, kita jugak dapat membantu menaikkan industri pelancongan negara...kan kan kan..so, pergilah bercuti..bagi siapa yang budget tak berapa banyak tu tak payah risau...dalam negara kita pon banyak tempat yang boleh pergi..tak payah la nak dibanggakan sangat kalau dapat pergi bercuti ke luar negara kalau tempat-tempat yang best kat Malaysia nie pon tak abis pergi kan kan kan...i ada mention sekali harga aktiviti yang we'olls buat sebagai rujukan...hehehehe...

ok geng suma...itu sajalah untuk hari ni....daaaaaaaaaaaaaaaa suma...ma'asalamah.....(^_^)

p/s: untuk lebih banyak gambaq sila ke mukabuku a.k.a. facebook (aacute nisah) saya k...

Wednesday 27 April 2011

26???

Salam suma... apa khabaq geng-geng ku sekalian? semoga berbahagialah hendaknya... rasa macam lama lak i tak mengarang mengarut dalam blog ni... nak kata busy tu takdak la sangat...tapi keadaan tak mengizinkan aku tuk meng'update' blog nie..

tujuan sebeno-benonya post hari ni adalah i nak wish thank you bebanyok kepada sanak-saudara, kengkawan, geng-geng yang wish birthday kat facebook "aacute nisah" aku sempena my birthday 24 April yang lepas...

"terima kasih yang tak terhingga kat hampa suma... walaupon ada yang wish tu aku dah hampir terlupa dah siapa gerangan dia dek kerana peningkatan umur nie.. alasan la tu..hg tu emangnya pelupakan... tapi dia still ingat kat aku dan berbesar hati wish untuk aku.. thanks sangat-sangat u'olls... harap-harap hubungan kita akan terus kekal... Insyaallah... luv u'olls guys..."

serius ka aku dah 26 nie??? rasa macam nak soh mak aku check semula ja date mak aku selamat melahirkan aku yang comei lagi berambut lebat ni... huhuhuhu... dusssshhhh.... ada gak nak kena ni... takkan la mak nak salah pasai time melahirkan hang kot? tak pon takkan pendaftar salah tulis date yang ada kat dalam surat beranak hang? ada sesetengah member i yang wish selamat hari menua.. wuaaaaaa... wuaaaaaa.. huhuhuhuhu.... serius ka beb aku dah tua? tengok pada angka memang rasa macam dah tua.. tapi kalau nak kenangkan pencapaian aku sekarang, aku rasa macam betoi ka aku dah hidup 26 tahun dah nie? apa yang aku dah dapat? apa yang aku dah ada? apa yang boleh aku banggakan sepanjang dah 26 tahun ni aku hidup? wah banyak betul persoalankan... rasa macam tak ready ja nak masuk umur yang melebihi separuh dekad nie... hukhukhukhuk... tapi menurut kata kakak aku "bersedia atau tidak, bolos saja dinding ituuuuuu"... tepat sekali.. memang aku kena bolos dinding 'TU'... hari ni dah 3 hari aku bolos dinding 'TU'... insyaallah semuanya akan ok... dan aku bersyukur sangat-sangat Allah masih memberi umur kepada aku sehingga hari ni... dan aku masih lagi berpeluang menikmati rahmatNYA yang tiada nilai dan tandingannya..  Alhamdulillah...

ok itu jelah untuk hari ni... n one more time... i do really appreciate all the wishes for me.. thank you again n again... daaaaaaaaaaaaaa suma.... ma'asalamah....

p/s: on my birthday 24 April tu, i ada kat Melaka... nanti i postkan cerita pasal trip i tu k geng... tunggguuuuuu!!!!

Friday 22 April 2011

AM vs FA

Salam suma… encik jumaat dah menjelma dah.. i like!!!!... esok nak p bersuka-ria ni.. tu yang rasa besh sangat nie.. tapi sebelom aku nak p bersuka-ria.. aku nak titipkan kat hampa suma gambaq depa dua nie… 

sorang tu dah nak bertunang tak lama lagi... aku doakan dia berbahagialah dengan pilihan hati dia yang katanya, wanita tersebut seorang yang sejuk bila mata memandang dan seorang doktor perubatan... wah dah pandai bergosip dah cik kak kita sorang ni..hohohoho… yang lagi sorang tu still searching dia punya soul mate setelah di ‘reject’ oleh dua orang wanita… sian dia kan kan.. takpa-takpa… jodoh, ajal, maut tu ditangan Allah SWT.. mana nak tau jodoh dia pon nanti ala-ala bakal tunang Asyraf Muslim  jugak.. dah la baik, sopan katanya , bertudung dan seorang doktor pulak tu.. kan best dapat isteri macam tu… kan kan kan… so, dun worry k buddy… 

Asyraf Muslim


 vs


Fahrin Ahmad

so,itu jelah post i untuk hari ni yang berbau gosip...huhuhuhu... selamat berhujung minggu semua.. memandangkan hari ni hari Jumaat yang penuh rahmat, i nak tinggaikan geng suma dengan sabda Rasulullah SAW... meh kita renung bersama-sama k...daaaaaaa suma ma'asalamah (^_^)T

"Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia hanya mendapat kehancuran sebagai balasan, Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan kemiskinan. Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN, Allah akan menghina keturunannya dan Barang siapa yang berkawin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim, Allah akan memberkati kedua duanya." 

Thursday 21 April 2011

Nak Pilih yang Mana?

Salam suma.. awal betul i hari ni... dengan penuh semangatnya aku nak ucap selamat hari Khamis wahai geng sekalian.. wah hari Khamis ni memang i seronok.. sebab dah nak sampai weekand dah… hohohoho… pastu weekand nie pulak i ada agenda ngan member2 i.. nantilah i cerita pasai aktiviti i tu erk…

Di hari khamis yang best ni.. aku nak mengajak geng suma berfikir sejenak yang mana satu hampa nak pilih…. Pilihan yang aku maksudkan tu adalah 1st jadi seorang yang bermuka-muka konon budget mulia tapi kat belakang macam …….. (hampa sambung la sendiri erk) dan  2nd jadi seorang yang mulut longkang yang tak tau bertapis main sound direct ja… so, dah ada pilihan atau tak??

Bagi aku pulak, keadaan yang menentukan pilihan aku tu… tapi kalau nak jadi yang 1st type tu tak dak la sampai nak kena nampak mulia macam tak dak dosa tapi kat belakang macam “………” tu kan… Cuma tak mau la tegur depan-depan sebab takot kalau-kalau akan kecikkan hati a.k.a. menyakitkan hati ataupon tak berani nak berterus-terang sebab kalau berterus-terang akan merumitkan lagi keadaan dan situasi bukan sama ja ka keadaan ngan situasi ataupon menyebabkan sesuatu yang tak diingini berlaku seperti mati terkejut ataupon heart attack…. Dah tu jangan la pulak lepas tu dok berkumpul ramai-ramai  mengumpat insan tu kan… pastu tak cukup berkumpul, mana yang tak dapat join berkumpul kita forward massage intipati umpatan kita tu kat depa… ait macam penah buat ja… sempurna sangatkah kita ni yang nak mengumpat pasal hal orang kan… sila cermin diri ye sahabat-sahabat ku sekalian… (aku pon berpesan untuk diri aku jugak nie… huhuhuhuhu… ‘aa jangan mengumpat orang dah tau kalau tak..dusshhhh’…)

Dan untuk jadi yang 2nd type pulak, bagi aku tak payah la nak kena mulut tu sampai berbau macam longkangkan sekadar mulut tu bau macam lepas makan ikan keli bakar yang sedap tu sudah la.. aku akan tegur sesiapa yang aku rasa dia akan faham niat aku tegur dia dengan erti kata lain yang aku dah kenal dia n dia pon dah kenal hati budi aku… ataupon orang yang tak dikenali dan time tu aku memang dah tak boleh nak tahan sangat dah contohnya sekumpulan makcik-makcik yang dok bersembang pastu bergelak sakan dalam surau dan menganggu orang lain tengah solat tak pon orang yang bertolak-tolak tahap cipan time nak nek train....  time tu kalau dah dasyat sangat memang la kena kita tegur.. tapi kalau nak berterus-terang ataupon nak tegur seseorang tu just tegur secara baik yang mempamerkan agama dan bangsa kita… lagipon aku rasa tegur secara baik ni lagi makan dalam bagi sapa yang kurang faham makan dalam nie adalah lebih touching dari kita nak menge‘sound’ orang membabibuta kan dah la babi opsss mak tak bagi sebut babi alamak tersebut lagi pastu buta pulak tu… memang tak bagus kan kan…

Sebenarnya kita sendiri yang bring the way who we are… memang la lain orang lain caranya.. tapi tak payah la nak cakap ‘aku ni memang dalam perut mak aku lagi dah memang macam ni..memang tak boleh nak ubah dah’… hampa toksah nak mengarut la… manusia tu adalah sebaik-baik kejadian.. dah nama pon sebaik-baik kejadian kan.. takkan la sebaik-baik kejadian nie ada attitude yang buruk sejak dalam perut mak kita lagi.. kita yang bawa diri kita sepertimana diri kita sekarang… kan kan kan… attitude beb attitude.. kena jaga sikit k…

So, sama-samalah kita cuba ubah diri kita dulu sebelom kita cuba untuk ubah saudara-saudara kita yang lain… Insyaallah… wah macam serius ja kan post i hari ni… kan kan kan… but i really mean it… jom sesame kita cuba berubah demi kebaikan… trying is better then do nothing… kan kan kan…

Orait itu sajalah bebelan aku hari ni… renung-renungkan dan selamat beramal… hohohohoho…. Daaaaaaaaaaaaaa…. Ma’asalamah (^_^)V

Wednesday 20 April 2011

...Kerja Oh Kerja....

Salam geng suma...how are you? genki desu ka? ni hau ma? apa kabo?.. nie apahal nak kena banyak kali mention benda yang sama kan...dushhhh.... harap-harap suma geng berada dalam keadaan yang baik n bahagia sentiasa Insyaallah...

Sebenarnya sekarang ni aa tengah pening dok memikir nak keja apa lak pas dah abis kontrak ngan JKR.. kontrak ngan JKR ni abis bulan 12 tahun ni.. so, pantang ada free sikit mesti i dok kodek-kodek page google cari keja... macam-macam web la yang i dah terjah.. i taip ja kerja kosong ka jawatan kosong ka job vacancy ka apa-apa lah yang berkaitan.. pastu apa ja web yang tertera kat muka google tu i redah ja malaysiancareer.com / www.kerjakosong.net / kerjakosong.biz / www.jawatankosong.biz  macam-macam ada... hohohoho... 

adehh.. puas la dok tengok kerja-kerja yang sesuai ngan jurusan i... pastu lak kalau bleh i nak kat Kedah kan kan.. pastu gaji tu nak masyuk la sikit... hohohoho... amboi-amboi memilih nampak.. kalau macam tu susah la hg nak dapat keja cik kak oiiii... apa yang ada tu rentap la dulu.. maybe rezeki hg yang tu ka kan mana la nak tau.. ntah la.. kalau ikotkan apa yang kita nak memang la susahkan.. buat masa ni, aku isi ja apa yang ada.. pastu tengok la mana yang mengena.. tapi harap sangat la dapat keja kat Kedah.. boleh dok ngan mak.. dulu belajaq pon dah dok jauh dah kat Kuantan ngan Shah Alam.. kerja pon dok jauh gak kat KL.. nanti kalau dapat kawen ngan saudagar kaya dari Brunei ka anak tokey minyak dari Arab ka.. dah kena berjauhan lagi ngan mak i.. so, alang-alang i single-mingle lagi ni nak la jugak dok lama-lama ngan mak i kan.. dulu pernah sat ja keja kat Kedah dalam 4 bulan ja... plezz sapa2 yang nak ambik saya yang cun lagi meletop lagi rajin lagi comey lagi peramah lagi baik budi bahasa lagi perasan ni sebagai pekerja anda sila titipkan komen anda di sini ye.. sapa cepat dia dapat.. n keutamaan diberikan kepada majikan di negeri Kedah Darul Aman peaca no war.... hahahahhahaa.. budget ramai la bapak-bapak or ibuk-ibuk bos jenguk blog hg nie kan... 

n bagi geng suma kalau ada information pasai jawatan kosong tu info-info la erk... jasa anda akan ku kenang selalu.. aiwahhh... alamak bos i panggil la pulak... lah tengah keja ka.. ish2 kerja-kerja pon sibuk dok berblogging lagi.. macam mana nak berkat ni.. ala kak.. jangan la marah.. i menyambil ja nie... ok suma... i've to go.. jangan lupa tau roger i kalau ada kerja kosong yang boleh i apply... daaaaaaa suma... love u'olls guys... ma'asalamah (>_<)

Monday 18 April 2011

Wanita & Kereta

Salam suma.. selamat memulakan minggu yang baru dengan penuh bersemangat… hari ni i tak mau melalut panjang sangat kat intro nie sebab i nak melalut panjang dekat entry pasal tajuk hari ni.. hohohoho

Wanita & Kereta…  wah bukan main lagi kan tajuk topik arini..berwanita la bagaikan.. sebenarnya i nak kongsi dengan pengguna / pemilik kereta yang ber‘gender’ perempuan tentang perkara basic yang anda perlu tau selain daripada tau bawak kereta n dah ada lesen memandu.. selalunya kaum hawa ni agak kurang tau pasal hal-hal kereta nie berbanding abang-abang kaum adam yang gagah perkasa lagi macho tu kan.. so, apa kata hari ni kita kongsi perkara basic yang simple untuk dipraktikkan bersama.. … ready to go everyone.. start your engine…. Vroooommmmmm….

Check minyak hitam (minyak hitam nie sebenarnya minyak pelincir)
  
Penyukat minyak hitam nie ada kat but depan kereta.. dan kedudukan penyukat ni berbeza mengikut kereta anda.. so, 1st step bukak but depan then cari kat mana letaknya penyukat ni.. anda akan nampak pemegang penyukat dari luar.. kalau nak lagi senang untuk cari penyukat ni, tanya ja terus abang or ayah or sesapa yang tau.. bila dah jumpa penyukat nie.. tarik pemegang tu then lap rod tu dengan kain or surat khabar lama yang bersih.. then masukkan balik rod tu dengan sempurna then tarik semula rod tu.. pastu tengok kat rod tu level minyak yang ada.. kalau between level max n min tu kira ok la.. tapi kalau dibawah level min.. anda kena g kedai servis kereta berdekatan untuk servis kereta anda.. tapi sebelom tu.. lap balik rod tu dengan bersih dan masukkan dengan sempurna balik ke tempat asal penyukat tu..

 
Isi Air
Air ni digunakan untuk proses cooling engine kereta kita.. rasanya la kan.. huhuhu… so, agak penting untuk kita check kandungan air dalam bekas air ni.. bekas air ni pon terletak kat bahagian but depan kereta.. level air dalam bekas air nie jelas kelihatan dari luar bekas nie.. so, kita just check level air dalam bekas tu n kalau level berada dibawah level min.. u’olls guys kena tambah air ke dalam bekas tu.. guna ja air paip yang ada kat rumah hampa tu.. takyah nak masak dulu ka filter dulu ka.. just guna air paip tu.. tapi hampa suma kena tengok betoi2 bekas tu.. jangan letak kat bekas air beteri.. bekas air beteri pon lebey kurang bekas air ni.. kalau dalam bekas air beteri tu kena letak air beteri yang kita kena beli kat kedai.. so, kalau nak senang terus tanya orang yang tau mana satu bekas air tuk cooling engine n mana satu bekas air beteri.. tapi bagi sesiapa yang guna beteri sel kering, takdak bekas air tuk air beteri ni.. air beteri nie just tuk kereta yang guna beteri jenis sel basah ja.. so, bagi sesiapa yang guna bateri jenis sel basah nie... air beteri ni pon u’olls kena check tau..

 
Isi Angin Tayar
 
Sebenarnya isi angin tayar kereta nie memang perkara basic sangat-sangat yang geng suma kena tau.. takkan selamanya kita kena bergantung kat abang ka ayah ka pakwe ka husband ka abang hensem yang lalu-lalang depan kita ka tuk isi kan angin tayar kereta kita kan.. sebenarnya senang ja tuk isi angin kat tayar nie.. kalau geng tak mau berpanas, hampa isi la pagi-pagi so tak la panaskan.. cara untuk mengisi angin tayar kereta bermula apabila kita rasa x best bila drive, rasa macam ada tak kena dengan tayar kereta kita.. pastu try tekan dengan kuat kat tayar or just tengok tayar kita tu kempis or tak.. then pegi kat stesen minyak berhampiran.. selalunya kat stesen minyak ada tempat tuk refill angin tayar.. langkah seterusnya lepas parking keta berhampiran dengan tempat nk refill angin tu, geng suma check capacity angin tayar.. bacaan KPa tu u’olls boleh check kat tempat yang i try lukis tu.. harap-harap geng suma faham la erk lukisan tu.. hehehe..  

bila dah tau bacaan KPa tu.. g kat mesin pam angin tu.. set value KPa tayar kereta kita.. then tarik wayar pam angin tu g letak kat tayar kita.. tunggu sampai mesin tu berbunyi “tit tit”… bunyi tu menunjukkan angin yang dimasukkan dah cukup dengan value KPa yang kita dah set tadi.. jangan terlebey isi angin tayar kereta kita tu tau… kalau terlebih pon x bagus sebab terlalu tegang sangat pulak tayar tu nanti.. isi angin keempat-empat tayar kereta kita then simpan balik paip angin tu ketempat asal.. n jangan lupa tutup balik penutup angin kat tayar tu tau.. 

Check Alignment Tayar
Apa yang aku tau, kalau alignment kereta ni tak ok, ianya akan effect tayar kereta kita.. aritu aku pernah g tukar tayar kereta kat kedai servis tayar kan.. then mekanik tu tunjuk la kesan kat tayar kereta i yang disebabkan alignment tak ok.. macam ada goresan kat tayar tu… so, tuk check alignment tayar kereta kita ok atau tak... time kita bawak kereta kat jalan yang straight, cuba lepas stereng kereta.. tengok samada kereta kita straight je ka or membelok kekanan or kekiri.. kalau kereta kita membelok kekanan atau kekiri itu menunjukkan alignment kita dah lari.. tapi kena make sure time kita nak test alignment kereta ni, kita berada di jalan yang keadaan trafiknya tak sesak kalau nak lagi selamat try ja kat jalan dalam taman perumahan kita tu ja.. n jangan bawak laju-laju time tu..bawak perlahan dalam 30km/h or 40km/h pon dah memadai dah.. pastu untuk betulkan balik alignment kereta kita yang dah lari jauh meninggalkan kita tu, silalah pegi ke pusat servis tayar berhampiran.. pastu cakap kat abang hensem yang kerja kat situ (harus ka cakap kat yang hensem ja..kalau suma xhensem macammn? huhuhuhu), kita nak wat balancing.. tak mahai sangat pon.. dalam RM27 – RM30 macam tu ja.. better dari kita nak tukar tayar tu kan.. lagi la mahal… 

so, ok x? senang ja kan perkara-perkara basic untuk kita check kesejahteraan kereta kita kan kan kan... bagi siapa yang rasa macam..."alah kalau setakat benda-benda ni.. adik gua yang baru lahir pon tau la beb.." or "aku pejam mata pon boleh buat benda nie.."... terima kasih la sebab baca sampai abis apa yang i dah karang ni erk.. n bagi sesiapa yang rasa macam.. "la senang ja rupanya nak wat benda-benda nie.. ingat kan susah sangat.. tak effect kuku aku yang cantik n tangan aku yang lembut nie pon.. tak yah la nak kol pakwe datang jauh2 dari penang ke KL semata-mata nak isi angin tayar keta aku dah pasni...".. i nak ucapkan selamat mencuba untuk u'olls.. 

itu jelah untuk hari ni... nanti kita bercerita pasai benda lain pulak ye.... daaaaaaaaaaa... ma'asalamah (^_^)


Friday 15 April 2011

*Saja Nak Kongsi*

Salam suma.. konichiwa (selamat tengahari)... kyo (hari ni) wa watashi (saya) wa totemo (sangat) suki (suka/seronok) desu.. tomorrow (aku dah lupa la yang ni..ampun sensei...hehehehe) wa yasumi (cuti) desu...apa yang hang dok merapu nie aa oiii..? saja nak buat orang bengang dihari jumaat nie kan...hehehehehe...maaf la ye geng sekalian...

Sebenarnya hari ni sempena hari jumaat yang mulia aku nak kongsi dengan geng suma dua ayat yang aku rasa agak berkesan untuk diri aku yang lemah dan tak sempurna ni kan..dan ayat nie aku dengaq dari mulut ustaz yang mai ceramah kat surau office aku.sebenaqnya lama dah aku dengaq ayat ni..maybe dalam awai bulan mac macam tu kot..see i still can remember what had i heard from that ustaz..nampak sangat ayat ustaz tu berkesan untuk aku kan..(beb..sepanjang ustaz tu ceramah takkan dua ja kot yang buleh ingat?...alaa ok la tu dari masuk telinga kanan keluaq telinga kiri..kan kan kan) hari ni aku rasa macam nak share ngan geng sekelian..semoga ayat ni akan menjadi pegangan dan panduan geng sekalian..jom kita sesama tengok dan amalkan sesama k..insyaallah:


ketika orang memuji kita berkatalah (^__^) 
dibibir: Alhamdullilah
dihati: Ya Allah sesungguhnya aku bersyukur kepadamu kerana Engkau menutup keaibanku 
Ya Allah....

seorang yg mengejar dunia semata-mata dan memperoleh kebahagian dan kekayaan didunia tetapi lalai untuk mengingati Allah SWT..sesungguhnya bila dia masuk ke dalam neraka hanya sesaat sahaja terus dia melupakan nikmat yang diperolehi didunia selama ini..renung-renungkan

amacam? ada kesan tak kat hati geng sekalian? so, marilah sesama kita cuba amalkan dan jadikan panduan ayat-ayat diatas ni..insyaallah.."berpesan-pesanlah demi kebaikan"...wah..boleh tahan jugak ye cik aa kita nie ..kuikuikui...oklah darling sekalian..itu jelah untuk hari ni..nanti kita jumpa lagi k...tatatititutu....daaaaaaaaaaa.... ma'asalamah...(^_^)V

Thursday 14 April 2011

@--KawaN--@

Salam suma.. ohayo gozaimasu (good morning)... selamat hari Khamis... Khamis??? wah macam sat ja dah hari khamis... kan kan kan... esok dah jumaat pastu lusa dah weekend balik... i like!!! yep yep hoooreyyy !!!... dah ready tuk spend time ngan BudaKamponGugup arini? Jom sesama kita tengok apa yang aku karang pasai tajuk arini... Jom Jom Jom...

KAWAN? Apa pendapat geng suma tentang maksud perkataan KAWAN? apa tugas seorang KAWAN? sapa KAWAN terbaik kita? Adakah kita KAWAN terbaik untuk KAWAN-KAWAN kita? sebenarnya banyak lagi persoalan yang buleh timbul hanya sebab KAWAN..sapa setuju sila garu kening sekarang…hehehehe

Bagi i KAWAN-KAWAN i adalah seseorang yang terpenting dalam hidup i selepas family i..i rasa hidup i nie lebey berwarna-warni sebab dilengkapi dengan adanya KAWAN-KAWAN disisi i..i rasa since i keluar kenai dunia luar i dah dapat KAWAN yang best..time tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, U n now kat tempat keja..suma KAWAN aku nie the best fren in the world..n aku harap aku pon jadi KAWAN yang baik untuk suma KAWAN-KAWAN aku..

So, aku nk minta maaf kat KAWAN-KAWAN aku sekiranya aku penah menyakiti atau menyingung hati dan perasan hampa suma tanpa aku sedari atau dengan aku sedari..mungkin ada kelemahan aku yang aku tak sedar..biasa la kan aku pon manusia biasa yang tak sempurna sifatnya… nama pon manusia kan..i love u’olls guys…

Semoga geng suma pon dapat KAWAN yang baik dan akan bersama-sama kita diwaktu senang mahupon diwaktu susah..dan berkawanlah sampai ke Syurga..Insyaallah..kat bawah nie ada beberapa gambaq n peranan kawan yang aku nk share ngan hampa suma pasai hidup berkawan nie...enjoy it bebeh...

-beri sokongan tanpa henti-
bear cokelat muda : sabaq ya..idup nie penuh dugaan..tempuhi dengan penuh kesabaran
bear cokelat tua : terima kasih bear cokelat muda.. sebab selalu sokong aku


-beri perlindungan yang diperlukan-
gorilla : hang jangan takot..selagi aku ada..aku akan jaga hang..Insyaallah
anak kucing : miewwww....

anak ayam : beb, tadi aku macam nampak musang lalu-lalang kat sini.. dia nak mai terkam aku la tu.. nie yang aku seram nie..
kucing : takpa-takpa hang jangan risau.. kalau dia mai terkam hang.. aku p terkam dia dulu.. k beb.. don't worry k..


-ingat mengingati-
harimau : Hang kena ingat apa yang aku selalu pesan kat hang..jangan makan rumput sesuka hati takot-takot rumput tu beracun.. ingat tau..
rabbit : baik.. hang pon sama.. kena ingat pesan aku jugak.. jangan makan spesis aku.. dah la nak pupus dah.. ingat tau...


-berkorban selagi terdaya-
monyet : beb..terima kasih sangat bagi aku tumpang kepala aku nie..pening siot kepala aku..tak tau la pasai pa
anab : tak payah la nak berterima kasih la bagai.. hang kan kawan aku... (dalam hati si anab nie: Ya Allah beratnya kepala kawan aku nie..Ya Allah sesungguhnya Kau kuatkanlah semangatku untuk membantu sahabatku ini..nyet, aku akan tolong hang selagi aku mampu..Insyaallah...)


-tolong-menolong-
tikus : beb, jauh lagi ka hospital ni? aku dah tak tahan dah nie..huhuhuhu
katak pepuru : beb.. sabaq beb.. sikit lagi nie.. tak jauh dah.. bertahan wei...

anjing : beb, pasni aku cari kutu kat bulu hang pulak.. set?
angsa ka itik tak tau : orait...ni yang aku suka ni...


-berkawan tanpa mengira darjat & keturunan-
 arnab: hang jangan la garu kuat sangat.. kuku hang tu dah la tajam.. satgi tak pasai-pasai tersiat lak isi aku yang lembut lagi enak berkrim disukai ramai ni...
rimau yang tak mengaru : ntah.. hang pon bebaik la sikit menggaru tu.. satgi mati plak kawan kita nie..
rimau yang tengah menggaru : alamak.. terkuat ka? sori la darling.. i tak sengaja la.. hehehehe

-tidak berdendam dan memaafkan-

tikus : ketty.. walaupon keturunan hang nie pemangsa utama keturunan aku.. aku tetap maafkan hang sebab hang kawan baik aku.. tapi janji hang jangan nak makan aku dari belakang pulak.. macam ada satu peribahasa 'tikam dari belakang' tu pulak.. promise??
kucing itam : hang nie.. hang kan kawan aku.. tak kan la aku nak makan hang..bydaway, thank tau sudi nak maafkan aku n sudi nak kawan ngan aku.. thank ye darling..hohohoho


pesanan dari UPIN & IPIN :
upin : ingat tau kawan-kawan sekalian.. sentiasalah bersama-sama dengan kawan-kawan kita diwaktu susah ataupon senang dia tau..iiiiingat!!!
ipin : betul betul betul...hehehehe

last i nak letak gambaq darling i nie:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tarrraaaa
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
V
-full support..always n always baru lah sahabat baik macam nie-
saiful idlan talaha : beb, good job beb..  go go go n go!!!!
safiq : cayalah, i'm proud of you lah..
aa : i love you lah safee... biaq la hang pi join pelita hari raya puasa ka pelita hari raya haji  ka pelita botoi kaca ka pelita tin ka pelita apaponlah, aku tetap sokong hang... keep up the good work k darling....hohohohohoho (nak jugak..minah nie)

selamat berkawan semua... oklah.. itu dulu untuk hari ni... daaaaaaaaaaa.... ma'asalamah (^_^)T..

Wednesday 13 April 2011

...Dinner...

Salam suma.. Khaifahaluq? (kabare).. semoga hampa suma sihat2 selalu.. Insyaallah.. Hari ni aku nak tunaikan janji aku nak cerita pasai dinner sempena 60 Tahun Kementerian Kerja Raya yang diadakan pada 8 April 2011 baru-baru ni, di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara.. Untuk memudahkan penceritaan nie, aku lampirkan bersama-sama ngan gambaq-gambaq yang telah berjaya aku snap... JOM LAYANNNNZZ.......


 time nie kami baru sampai..kami lambat siot..sepatutnya kena ada kat dewan tu kul 7.45pm..cuba tgk kat gambaq tu kami sampai kul berapa..huhuhu..time nie Dato' Shaziman (Menteri Kerja Raya bagi sesiapa yang kurang tau) pon dah sampai dah.. gila VVIP aku ngan kekurt.. hohoho         


 nie dah dalam dewan dah.. cuba tengok orang2 len kat belakang.. depa khusyuk dengaq Dato' Shaziman berucap, aku ngan kekurt sibuk bergambaq..bergambaq itu perlu.. hohoho.. ye tak geng sekalian? 



Jom Layan Menu yang ada lak :

Sampai-sampai ja roti nie memang dah tersedia kat atas meja.. yang menjadikan roti nie sedap bila makan dengan butter yang dalam bekas kecik tu..


lepas Dato' Menteri dah abis berucap, menu inilah yang bapak-bapak waiter hantaq kat tetamu-tetamu.. tak tau la apa nama menu nie.. yang ada daun-daun (salad kot) pastu ada udang yang digoreng n diletakkan nanas yang dipotong dadu ngan apa benda ntah tapi rasanya masam2 (nak kata mayonis pon tak kot)...pastu yang dalam bekas kecik tu ada tomato (yang kaler merah tu) yang lagi satu tu pon i tak tau apa..nak kata kentang tapi macam liat sikit.. ntah la..


actually tak reti den nak makan menu nie.. tapi hentam saja la labu... hohohoho


nexttttt..... hohohoho.. pastu datang pulak mushroom soup nie.. sedap jugak... depa letak siap-siap roti dalam soup nie..


aku rasa ni menu utama kot.. ayam tu dibakaq pastu disiram ngan kuah black pepper yang ada cendawan yang panjang-panjang.. aku pon tak tau nama scientific cendawan panjang tu.. pastu dilengkapi dengan sayur-sayuran yang aku pon tak tau la jenis apa.. yang oren tu carrot kecik comei sgt.. pastu yang ijau bulat, bentuk dia macam kobis tapi kecik jugak... aku beriya nak potong guna pisau yg disediakan, sekali kobis kecik tu tergolek jatuh bawah meja.. hahahaha.. harap-harap tak dak la sapa-sapa yang nampak.. hohohoho.. lupa nak cakap.. x sedap mana pon menu nie.. kalau markah penuh 10.. i kasi 4 ja tuk menu nie... sorry la ye chef.. memang x sedap mana pon.. huhuhuhu... ampuuunnn...


 nie dessert.. ada bengkang roti yang dituang madu kat atasnya.. pastu ada white coklat siap ada logo sime darby.. pastu ada aiskrim vanilla, ada buah strawberry ngan buah apa ntah yang warna oren tu.. pastu ada cream warna pink yang diputar masuk dalam kulit puff ye ye je kulit puff...huhuhu... pastu dilakarkan ziq zaq guna coklat cair.. aku rasa suma-suma menu yang disediakan, yang nie la yang paling sedap kot.. hohohoho


last sekali... datang la cik kopi nie.. tu la penutup untuk menu-menu yang disediakan...


jap-jap.. aku nak jugak tunjuk gambaq kat bawah nie...nak jugak nak jugak...hehheheehe...

 jemput makan suma....hehehehe

 untuk persembahan lak.. ada beberapa persembahan yang dipersembahkan kepada para tetamu.. ada persembahan daripada pelajar-pelajar ASWARA, pastu ada persembahan yang dibuat oleh kumpulan yang ala-ala kumpulan kopratasa.. yang main percussion yang agak ke'etnik kreatif 'an tu.. nama apa ntah kumpulan yang buat persembahan tu.. i dah lupa la pulak... tapi yang paling best ada artis jemputan.. artis tersebut adalahhhhh....
Suhaimi Meor Hassan.. bagi sesiapa yang agak tak familiar dengan nama tu.. maybe hampa suma lebih familiar kalau i cakap yang nyanyi lagu 'kalau berpacaran' dengan Altimet ngan cik Ana Raffali.. tak sangka la pulak pakcik Suhaimi nie seorang engineer.. serius aku tak tau.. cuma yang aku dengaq-dengaq, dia ni ahli masjid ngan surau.. bab yang dia ni engineer, malam nie baru i tau.. ka memang suma orang dah tau nie?? cuma i ja yang baru keluar dari tempurung???... hohohoho... kumpulan kat belakang tu la kumpulan yang aku cakap ala-ala kumpulan kopratasa tu.. buleh tahan jugak la performance depa..   

sebelom balik kami mengadakan satu lagi acara bebas... terimalahhhh.... sesi photoshot dalam toilet....hohohoho..

lagi....
dan lagi.....
 dah dah.. gambaq dalam toilet nie pon nak letak banyak-banyak.... baikkkk bosss.....

dinner tu abis dalam lebey kurang pukul 10.50 malam.. so, i tak balik rumah.. malam tu i p tidoq umah kekurt kat ampang... sebelom tidoq tu dan(sempat) jugak la aku layan cerita yang aku rasa menjadi fenomena jugak la kat Malaysia nie.. n aku rasa suma orang dah tengok kot filem nie.. untuk tidak menjadikan diri nie terkategorikan sebagai orang yang wat umah dibawah tempurung.. aku pon tengok jugak la filem tu.. filem tersebut adalah HKLBR... citer tu bagi aku boleh la kalau nak layan tu.. tapi tak berapa dasyatttt la sangat.. menurut kekurt.. maybe aku dah pernah dengaq serba sedikit pasai cerita nie dari orang len n dah tau trade mark dari HKLBR nie.. so, macam kurang impact la kan.. mmmmm... maybe la kot... alang-alang dah cerita pasai HKLBR nie.. aku nak list la serba sikit trade mark dalam HKLBR yang selalu diguna pakai oleh peminat-peminat HKLBR nie... jom layannnnn:

- cecite cecite -
- kite bako je kite bako je -
- soley soley -
- wilcha -
- sapa setuju angkat tangan macam awok -
- ii chip -
- english education -
*tu je kot yang aku ingat*

Sekian saja lah tuk arini... i mau chow chin chow dulu.... daaaaaaaaaa.... ma'asalamah (*__*)V....