Monday, 2 April 2012

SETAHUN SUDAH....

Salam Semua... Selamat Berblogging... tak kisah la anda memang tengah nak walking blogging ka... tengah stalker sesiapa ka... tengah cari tips yang berguna untuk diamalkan ka.. or apa2 sajalah... sekali lagi saya ucapkan Selamat Berblogging....

Hari ni genap setahun BudaKamponGugup bertempat di Blogging World... saya selaku pemilik blog ini nak mengucapkan jutaan terima kasih kat semua yang sentiasa memberi sokongan dan galakan untuk saya terus berblogging.... sejujur-jujurnya saya sangat-sangat berterima kasih kepada semua... tak kisah la anda dah follow dan jadi Geng BudaKamponGugup ataupon sekadar pembaca gelap... perhatian anda terhadap blog nie sangat dihargai.... 

ok... sempena blog nie dah mencecah umur 1 Tahun... saya nak buat kesimpulan sikit pasal Blog BudaKamponGugup nie... layan jeeeeeeeerrrrr:

Konsep Cerita: aku rasa bercampur-baur...cerita aktiviti aku, luahan pendapat, kritikan, nasihat dan sesuka hati aku nak cerita apa... hoohohoho

Overview Setakat Hari ni: 


Audience BudaKamponGugup: Aku rasa yang negara-negara lain tu tersalah masuk la kot.... kan...

Entri Pertama: AKHIRNYA berkisar penubuhannya blog nie....

Entri Yang Paling Aku SUKA: UNSATISFIED aku suka sebab tetiba ja aku rasa macam penceramah motivasi bila tengah tulis entri nie.. it's totally not me... dan aku sendiri automatik telah TERMOTIVASIKAN diri sendiri... hehehehe.. ok la tu kan...

Geng BudaKamponGugup: 32 orang dan aku tak kisah berapa ramai yang penting aku sentiasa akan kongsi apa yang aku rasa nak berkongsi di sini... 

Total Entri: 71 termasuk yang ni.. dan aku harap aku akan sentiasa rajin nak update cerita baru... InsyaAllah...

ok itu jelah untuk review SETAHUN SUDAH BudaKamponGugup nie menyinari hari-hari anda (menyinari konon... daaaaaaaaaaaaa la wei.... hehehehe).... semoga sokongan kalian semua terhadap blog nie berpanjangan... dan nantikan review seterusnya pada 2 April 2013 akan datang... hehehehehehe

aku nak chow pi rehat sat... ok semua nanti kita jumpa lagi dilain waktu dan di entri yang akan datang... babai semua... ma'assalamah... (^_^)v

Tuesday, 27 March 2012

LEPASAN KEGERAMAN / MEMBERONTAK / MEMPROTES

Salam Semua-Semua.... kabare kalian? waras? harap-harap semuanya waras-waras belaka..... Selamat Hari Selasa dan Selamat menempuh hari ini dengan lebih berjaya dari hari kemarin... Insyaallah...

hahahahahahahahahahahHAHAAHAHAHahhahahahhaah!!!! sepanjang perjalanan mai opis tadi memang bergelak sakan aku dengar cerita kat HOTFM... hari ni topik yag depa dok bercerita pasai kisah memberontak di zaman kanak-kanak dolu-dolu.... sebenarnya ada jugak diantara cerita-cerita yang dikongsikan caller terkena batang hidung aku sendiri... kadang-kadang bila pikirkan balik kreatif-kreatif pemikiran budak-budak kan...

seingat aku dizaman kanak-kanak aku dulu pon ada jugak aku dok memberontak nie... diantara yang aku buat tanda protes adalah seperti berikut :-

Perancangan Lari Dari Rumah:
masa nie aku rasa umur dalam 11-12 tahun kot.. taktau la aku apa sebab aku stress sangat sampai nak lari dari rumah kan... siap gali tanah simpan duit.. then buat perancangan bila duit dah banyak terkumpul nak lari beramai-ramai dengan sepupu dan adik-adik... pastu siap buat survey jalan keluar ikut hutan belakang rumah supaya tak dapat dikesan... hahahahahahaha... lawak-lawak....

Mogok Tak Makan:
aku nie adik-beradik ramai 9orang.. so, kalau time makan tu memang kena berebut, gaduh gaduh sikit baru best... pastu mak la sebagai director besar kat dapur tu dok mengagihkan makanan supaya semua dapat dan selalunya kami akan makan bersama-sama sebab itupun salah satu strategi mak aku nak bagi semua dapat makan seadanya...

aku pulak jenis pantang makan ja mesti nak lebih kan... maklum la kanak-kanak COMEL la katakan.... hahahahhaaha... satu hari tu entah kenapa ntah terlebih sensetif.. mak sound aku sebab nak bertambah je keje nye kan nye pun... pastu aku tersentap terus mogok takmau makan... aku rasa dalam 3-4hari jugak kot... bukan tak makan terus.. cuma tak makan secara official nya la.. macam Breakfirst, Lunch, Dinner DLL tu kan... aku just bukak peti ais tengok apa ada aku makan sikit... ambik roti kat atas meja makan sikit... kiranya aku tak join yang lain makan... time makan aku buat bodoh ja dok layan TV...

tapi aku pon tak ingat macam mana aku tamatkan mogok lapar aku tu.. dah lama kot 15-16tahun yang lepas... time aku 11-12 tahun... yang pastinya kan best kalau aku mogok sampai sekarang mesti slim kan... hahahahahhaahhaa... berangan berangan....

Kasi Potong Rambut ADIK:
hahahahahaha... part nie aku paling ingat... dulu zaman muda-muda dulu.... rambut i kerinting tahap kronik... hahahahahha... AMARAN: JANGAN CUBA BAYANGKAN.... so, pantang panjang sikit mesti mak i nak gondolkan kepala i... ehhh takdak la sampai gondol terus... just kasi trim smpai rapat la kan... memang takdak harapan nak berambut panjang la jawabnya... then nak jadikan cerita adik-adik aku rambut lurus... so, mak i biarkan la rambut depa panjang kan.... untuk melepaskan geram dan tanda memberontak i nie kan... i potong rambut adik i pulak.... hahahahahahaha...

masa nie adik aku yang bongsu jadi mangsa... aku rasa time tu aku 9tahun dan adik aku tu 4tahun... u'olls nak tau macammana i menjahanamkan rambut adik i tu? memang macam tukang gunting rambut professional, jadi rambut artis tu.... hahahahahhahaa.... i sikat rambut adik i kedepan... then i pegang agak-agak segengam... then i pon potong pendek... taaarrrrraaaaaaaa... jadilah fesyen rambut ABU BAKAR ELLAH....


hahahahahahaha.... pastu apa lagi mengamuk la mak i kan.... lepas mak aku tau... memang aku kena kejar sampai dapat la kan... hahahahahahaha.... gila nostagia...

bila dipikir-pikir balik.. nakal jugak rupanya aku dizaman kanak-kanak dulu... tapi semua tu asam garam yang akan dilalui di usia kanak-kanak kan... tak best la kalau baik ja memanjangkan.. tak mencabar... hohohohohoho... apa-apa pun i SANGAT SANGAT SAYANG kat mak i... HJH RASHADAH BINTI MD ZAIN.....

oklah darling-darling sekalian... nanti kita cerita lagi ok... babai... luv u'olls!!!! daaaaaaaaa.... ma'assalamah...

Thursday, 15 March 2012

NO TITLE (^_^) v

Selamat hari Khamis semua... apa cer geng sekalian? bahagia? gembira? berduka? bersedih? berjaya? gagal? merajuk? bergaduh? berbaik?... mesti ada pelbagai cerita kalau nak dikumpulkan cerita-cerita yang dihadapi setiap yang bernama MANUSIA.... kan...

dan hari ni aku nak sharing is caring dengan u'olls semua keadaan aku di tempat baru... pada sesiapa yang tak tau menahu dan cuba untuk ambik tahu silalah rajin-rajin tengok kat SINI ......

ada baik dan buruk bila kita pergi ke tempat baru... dan disebabkan ini adalah pilihan aku... so, aku kena teruskan dan bertekad untuk menjadikan keputusan aku ini adalah keputusan terbaik... kerana penentu untuk kita menjadi seorang yang terbaik adalah diri kita sendiri.. iyo dokk???

jap-jap... kenapa bila aku nak tulis apa yang buruk lepas berpindah macam takdak yang terlintas kat kepala aku nie... mmmmm... aku rasa mungkin kalau nak dikategorikan keadaan di rumah dan di opis lagi mudah kot... ok cuba kita buat table macam kat bawah nie: 


Di Rumah
Di Office
Dulu
Sekarang
Dulu
Sekarang
Bangun Pagi Sendiri, Bunyi Alarm Hanset Pon Boleh Terjaga
Mengada-Ngada Mak Dah Kejut Pon Susah Nak Bangun
Rajin Bekerja…(Hahaha Tak Boleh Blah…Kalau Tak Caya P Tanya Bos I.. Hehehehe)
Takdak Keja Nak Buat…Memanjang Ber‘Fb’, Ber‘Youtube’ Dll Yang Seangkatan Dengannya…
(Woi Makan Gaji Buta Ka!!!)
Malam Kadang-Kadang Tak Makan Pon…So, Boleh La Diet Sikit
Kalau Tak Makan Tu Macam Pelik Ja…Setiap Yang Ada Kat Atas Meja Tu Semua Nak Dihabiskan…Abisss!!! Lepas Nie Kalau Ada Yang Tak Kenai Aku Jangan Pelik La Kenapa…Hohohoho
Kalau Tak Dak Keja Sangat Boleh P Kacau Member-Member Yang Tengah Sibuk Buat Keja Dan Cuba Mengucar-Kacirkan Hidup Diorang…Baru La Hidup Nie Terisi Kan Kan  Kan…Hehheheehe
Masih Malu-Malu Nak Mengacau Orang Nie..Maklum La Budak Baru La Katakan…(Daaaaaaaaaaa)
Settlekan Baju-Baju Sendiri…
Nak Basuh Baju Ja Masuk Mesin..Nanti Kakak Ipar Yang Basuhkan…Naik Lemak Lagi La I Nie Kan..Huhuhuhu
^_^ V
^_^ V

kalau part yang best tu memang la banyak... tapi untuk tujuan muhasabah diri aku nie.. so, aku nak tengok yang tak best dulu... tapi kalau nak ikutkan semua yang aku rasa tak best seperti kat atas nie semuanya datang daripada diri aku sendiri...

diri aku yang mengada-ngada nak susah bangun pagi, diri aku jugak yang tak boleh nak kawal nafsu makan aku tu, diri aku sendiri jugak yang mengada-ngada nak harapkan orang settlekan urusan basuh baju aku... dan diri aku juga yang tak cuba untuk meng"proactive"kan diri di pejabat... semuanya berpunca daripada diri aku sendiri... bukan salah orang lain... betul tak?

kalau geng semua nak tau sebenarnya coretan aku kat atas nie bukan sengaja aku lakarkan...tetapi aku ada massage (MUNGKIN MESSAGE...hahahahaa) yang aku nak terapkan kat sini... dan pada pendapat aku message itu akan terasa lebih dekat kalau kita buat contoh berkisarkan diri kita sendiri... (sapa setuju sila korek hidung... hohohohohoho)

tanpa kita sedar, kadang-kadang diri kita sendiri boleh menjadi musuh kita... dan musuh itu perlu kita tangani dengan diri kita sendiri jugak.. takdak sesiapa yang boleh tolong kita untuk kita berhadapan dengan "MUSUH" kita itu... oleh itu, kita perlulah sentiasa cuba mencari kekurangan dan kelemahan diri untuk dibaiki... kerana hanya kita yang tahu jalan untuk berdepan dengan "MUSUH" kita itu...

so, semoga kita semua cuba bermuhasabah diri untuk menjadi lebih baik pada hari esok.... chilll semua... n GOODLUCK!!!! bubai.... ma'asalammah....

p/s: kepada sesiapa yang tak faham leteran saya ini dan ingin ajukan soalan boleh titipkan soalan anda di ruang COMMENT di bawah.... hahahahhahaha... ok bai....

Saturday, 3 March 2012

I AM MOVING

Salam semua... kabare geng sekalian? semoga sihat dan bahagia sentiasa... amin...

Tanggal 9 Feb yang lepas, aku dapat tau aku akan ditukarkan ke JKR Negeri Kedah pada 1 MAC 2012...time aku dapat tau berita pertukaran tu.. perasaan aku bercampur-baur... seronok, nervous, sedih, gembira dan macam-macam lah... tapi tak dapat nak nafikan banyak kepada gembira..
.
perasaan yang timbul nie terdorong oleh pelbagai sebab.... nervous sebab... harus la nervous der g tempat baru kot.... sedih sebab nak tinggalkan member-member opis dan bos yang semakin hari semakin rapat dan semakin hari semakin sayang gituuu kan....  gembira dan seronok sebab memang aku teringin sangat nak balik kerja kt kedah.. 

aku kan budak kampong aka budakampongugup.... perasaan anak jati kampong memang sukar nak ditafsirkan... rasa sentiasa dekat walaupon jauh.... rasa dah rindu walaupon belum berangkat pulang ke kota... rasa selesa dalam berbuat apa-apa ketika berada di kampong... waktu nak balik, seminggu dah buat preparation... tapi time nak balik semula ke kota, setengah jam sebelum nak bergerak balik mandi pun belum.... berat ja rasa hati nie... huhuhuhu.... 

tapi tapi tapiiiiiiii.... banyak yang akan aku rindukan saat-saat aku bermastautin di kotaraya KL... aku akan rindukan aktiviti weekand aku dengan geng-geng aka BFF aku... tabiat aku yang suka berNOMAD sana-sini ikut sesuka hati aku... buat aktiviti yang merapu-merapan dengan geng aku yang sama kepala sengal macam aku.... dan aku tak nafikan di KL memang serba serbi ada... cakap je nak apa mesti ada... tu juga akan menjadi salah satu sebab aku akan rindukan kehidupan aku di sana... 

tapi aku perlu buat pilihan antara kotaraya KL ataupun kampong halaman aku... dan untuk masa dan ketika ini, aku pilih kampongku... aku harap keputusan dan pilihan yang aku buat nie merupakan langkah terbaik untuk aku... 

coretan diatas yang aku rasa agak serius dan skema ala-ala karangan SPM ini adalah apa yang ada jauh dalam hati aku... dan aku harap semua akan mendoakan yang terbaik untuk aku... 

oklah geng semua... setakat ni dulu buat entri kali ni... aku chow... daaaaaaaaaaa.... ma'asalamah....

p/s: 

geng di KL: sahabat-sahabat saya sekalian... saya janji tidak akan lupakan kalian... kalian tetap sahabat terbaek saya dunia & akhirat... 

geng di KEDAH: JOM BERJIMBA!!!!! hohohohoho....

Tuesday, 14 February 2012

12 FEB 2012 aka 20120212

Salam Semua... hari ni aku akan update jugak cerita nie... walau apa pon terjadi dan apa pon yang menghalang... aku tetap akan update jugak jugak jugak..... 

Tanggal 12 Feb 2012 yang lepas aku dan beberapa orang sahabat yang lain pergi mendaki BROGA HILL... Rancangan nak ke sana tu dah lama di buat... tapi kekangan masa dan kekangan komitmen dari setiap peserta yang nak join aktiviti tu, membuatkan plan nie ditunda dari sehari ke sehari.... (dusshhh dduuussshhhhh....)

Dalam plan asal, kami semua nak pergi menawan puncak Broga Hill tersebut... tetapi apa kan daya... kita hanyalah insan lemah yang hanya mampu merancang... dan DIA yang berkuasa jugak yang menentukanya... (...biar kasi gempak n suspen sikit cerita nie...)

Malam sebelum berangkat kami berkumpul di rumah salah seorang sahabat aku di Cheras.. MekLIN namanya... dan seawal 5 pagi kami bergerak dari Cheras menuju ke Semenyih dimana terletaknya Broga Hill tersebut.... 

Nie apahal dah macam karangan Bahasa Melayu nie???? malaslah nak sambung... u'olls layan la gambaq-gambaq kat bawah nie boleh?? JANJI tau... tengok sampai habis.... apa takmau??? tak mau sudahhhhh.... 

sebenarnya aku tak sampai puncak atas sekali pon... aku just sampai puncak pertama... dan masih ada 4 lagi puncak... mau tak... dah macam nak pengsan tergolekmacamtenggiri dah aku rasa.... 


 disini la puncak yang pertama tu.... kira ok la kan kan kan... n represent all the contestant
depan: kak lia
kat Bendera: MekLIN
tengah: Su, AA n MAI
Belakang: Azurah


satu-satunya peserta lelaki... ACIK (mai's brother)...


muka-muka yang berjaya sampai puncak terakhir... Suka la tu... suka la tu.... Siap kibar bendera yang tak boleh menahan tu.... takpa2.... apa-apa pon congrats untuk u'olls dude... i'm so proud of u'olls girls.... Good JOB!!!

Last Peak... suka lah sangat kamu-kamu yeerr...


Route ke Puncak yang Akak Rasa Memang TAK la kan AKAK nak meredah....



TAPI akak terMISS nak tengok VIEW-VIEW kat bawah nie secara live... tapi kira ok la kan kan kan... (ayat sedapkan hati....huhuhuhu)




dan terMISS nak berposing macam kat bawah nie.... tapi kira ok la kan kan kan... 
(again...ayat penyedap hati..... huhuhuhu)

 dan ini.....
dan ini....

^______^

i dok memikio... macamana gayanya nak turun pulak karang.... huhuhuhu... tragis...


dan inilah rupanya time nak turun... i main sliding floor... hohohohoho....


 ondaway turun... kami jumpa tempat Angkasawan kita tu shoot pre-weeding.. gila gigih naik sampai kat atas nie... ada buaian n siap gantung-gantung kasut la bagai kan.... nampak tak? kalau tak nampak cari la ye...

ohhhh POKOK kenang daku dalam doamu....

rasa-rasanya kami ada kat sini sampai pukul 10.30-11.00pagi macam tu la... then kami meneruskan aktiviti dengan menuju ke Sungai Congkak, Hulu Langat... 

mmmm... nak sambung cerita pasal kisah aktiviti berendam pulak... tapi rasa macam dah nak termuntah dah nie... belum kira orang yang membaca kan... ntah-ntah dah bebaldi-baldi dah... hohohohoho...

oklah aku stop sini dululah... nanti kita cerita lagi.... daaaaaaaaaaa semua.... ma'asalammah....

p/s: aku stay back kat opis semata-mata nak update cerita nie... memang tak senonoh betoi minah nie... huhuhuhu.... ok... time to go back home..... babai....

Thursday, 2 February 2012

UNSATISFIED!!!!

Salam semua... selamat hari Khamis... apa khabaq kalian-kalian sekalian? semoga semuanya sihat-sihat hendaknya.. Insyaallah.... 

hari  ni AA nak ajak geng semua renung-renungkan situasi-situasi yang sering berlaku dikalangan kita dan tak terlepas diri AA sendiri... jom check it out!!!!

Situasi 1
Kenapa la gaji aku ni RM1,000 je? Aku ada degree kot.. kurang-kurang RM2,000..... THEN BILA DAH NAIK GAJI... gaji dah naik RM2,000... tapi kontrak la pulak.. apesal tak tetapkan je terus aku kat sini? @#%!&(*&^) punya BOS!!!!!....
.
Situasi 2
Lotih siot hari-hari menapak naik TREN nak gi keja balik keja.... kan best kalau ada kereta.... huhuhuhu.... THEN BILA DAH DAPAT BELI KERETA IKOT KEMAMPUAN DIRI.... tak best la keta nie.. dah la kecik... tak power pulak tu... BOSAN TUL ARRRRRRR!!!!!!!!!!!

Situasi 3
hari-hari buat kerja yang sama.... takde benda lain ke yang bos aku nak bagi nie? ape ingat aku takleh buat keje ke ape? siot tul la PAKCIK nie.... THEN BILA DAH DAPAT KERJA YANG MACAM_MACAM... apahal suma kerja aku nak kena buat nie? fail aku nak kena jaga, kehadiran pon aku, barang-barang opis pon aku, prepare mesyuarat pon aku... ape ingat aku takde keje ke nak buat????? ^&*@#)()*Y^@%@&@^@%%%%$!@&(*(!@$^^&&*)@_) tul al BOS nie!!!!

# merungut-merungut dan terus merungut... tak puas hati... tak cukup dengan apa yang ada... tak happy buat kerja... semua-semualah.... 

apa yang aku nak tekankan kat sini.... kenapa kita nak kena ada sifat macam nie..? tak salah kalau kita nak punya impian untuk sentiasa lebih baik.... tapi, kan lagi baik kalau kita punya impian untuk hari esok tetapi masih bersyukur dengan apa yang kita ada pada hari nie... rasanya hidup kita akan lebih tenang dan lebih bahagia... betul tak? 

 happy working everyone \m/ (^_^) \m/

ok itu jelah cik joyah nak ngomel pagi-pagi nie... renung-renungkan dan selamat beramal.. babai suma.... ma'asalamah.....

p/s: tahniah untuk my friend CT AJA sebab dah jadi wife orang... semoga berbahagia sampai syurga.. ok bebeh... yang lain, jom kita terjah cerita HARI BAHAGIA dia nie....

Wednesday, 18 January 2012

Wordless Wednesday: Ya Allah AKu RINDU dia...

Ahmad Awaludin... Ahmad Adib's Brother







-Tanda-Tanda Orang Penting kan MASA..Pakai Jam Kiri & Kanan..hohohoho-

Thursday, 12 January 2012

Doa Kanak-Kanak

Salam Semua... hi... darling-darling sekalian... 

PERINGATAN: cerita ini adalah cerita berkisarkan kisah malam tadi..... dan cerita ini juga tiada kaitan dengan orang lain selain yang tersebut di dalam cerita ini sahaja... tujuan cerita ini adalah ingin berkongsi semata-mata dan tidak ada niat yang tersembunyi disebaliknya... oleh itu, penulis cerita ini ingin memohon maaf sekiranya cerita ini ada membuat sesiapa yang membaca terasa hati ataupun berkecil hati ataupun seangkatan dengannya... 

hahahahhaaha... gila poyokan peringatan i tu.... ok.. let's straight to the point... malam tadi sambil aku dok syiok bersembang-sembang-mengumpat-ngumpat ngan kak ipar kat bawah... anak menakan aku NAJMIRANGER RED datang sergah aku... "MAK CIK...SOLAT!!! already Isya' la".... tersentap mak u... dah la tengah sedap mengumpat kan... hohohohoho... untuk meng'cover'kan diri yang macho nie... aku pon tanya dia balik.. dia dah solat belum... dia cakap belum.. then aku soh dia g solat dulu.... kira ok la kan... boleh la aku ngelat kejap kan...

dah puas dok bercerita kat bawah.. aku pon naik atas... sekali aku tengok Najmi baru sudah solat dan tengah berdoa... u'olls nak tau tak apa yang dia tengah doa?? So funny la this Najmi... 

" please let my mother rich.... please let my mother rich... please let my mother rich....."... aku pon tak tau berapa kali dia ulang... memang terguling-guling la aku tergelak.... hahahahahaha... lawak lawak.....

orang kata doa kanak-kanak nie makbul... so, i pon apa lagi.... 

MAKCIK:       mie... doa for me also can arrr?
NAJMI    :       mmmmm.... what?
MAKCIK:      Please let MakCik marry with Kind, Rich and Handsome Man 
                       (kita gunakan peluang sebaik mungkin...hahahahhaa)
NAJMI    :      x_x  <---- (muka dia jadi macam nie...hahahaha..so cute)
MAKCIK:      please la mie.....
NAJMI    :      i finish already la MakCik... tomorrow la continue...

~~~~ tak support langsung tau... huhuhuhuhu.... ~~~~

takpe-takpe nanti i akan make sure i ingatkan dia lagi... hahahahaha....  apa-apa-pon jom layan gambaq-gambaq NAJMIRANGER RED kat bawah nie.....
my handsome n smart boy tapi comot n naughty...

 try harder to get something he want

active n very energetic boy

best buddy for his sister..

~the end~

daaaaaaaaaa... semua... ma'asalammah... *_*v

Thursday, 5 January 2012

APABaruNakWish HAPPY NEW YEAR semua!!!!!

Salam.... kabare kalian semua? harap-harap semua sihat-sihat dan sihat sentiasa.... keinginan nak mengupload cerita baru memang meluap-luap.. tapi disebabkan kekangan masa dan waktu (bukan sama je ke?..?)... membuatkan blog nie terus menyepi tanpa sebarang pembaharuan... tiada sebarang coretan baru yang termaktub didalam diari ringkas ku ini... yang ada hanya apa yang ada... yang tertera apa yang diketahui... yang tercatat apa yang dah pasti.... dah sudah... masuk ayat OMBAK RINDU la pulak.... hohohohoho... sah dah memang kes gian dah datang la nie...

apa-apa pon sebelum melangkah dengan lebih jauh... saya selaku pemilik tegar "BudaKamponGugup" ingin mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012" kepada Followers, Silent Readers, Kekasih-Kekasih Gelapku, Sahabat-Sahabatku, Musuh-Musuhku dan semua-semualah... walaupon dah 5 hari kita berda di dalam tahun ini.... aa rasa masih valid lagi tuk aa buat wish nie kan... ye dok??? -ye kan ajer-

tujuan asal a.k.a niat asal penulisan hari ini adalah... aa nak bercerita-ceriti dengan u'olls semua perihal weekend aa yang lepas.... cerita ini berkisar sambutan new year saya bersama-sama rakan-rakan-jiran-tetangga (arggghhhhhh... ayat skema muncul dan muncul lagi!!!!!).....

Malas la nak mengarang panjang-panjang.... kang keluar pulak ayat yang tak sepatutnya dibentangkan disini.... saya rasa seharusnya saya simpulkan sahaja cerita saya ini dengan gambar-gambar yang akan saya paparkan dibawah... diharap rakan dan taulan dapat menghayati dan meng'enjoy'kan diri kalian sambil menikmati paparan cerita saya kali ini.... PEACE YOOOO!!!! (saya rasa penulisan saya hari ini telah dipengaruhi oleh cara penulisan LAPORAN yang sedang saya selesaikan kebelakangan ini.... saya harap saya akan pulih seperti sediakala dalam tempoh yang segera.... huhuhuhuhu..... -_-' )

31th December 2011(SATURDAY)@8.00pm-11.30pm@Full House@Sunway Pyramid

having dinner with them ^_^V....from left: AA, SUE, LYNN, THOMAS(tuan rumah), FARIK & ADAM, WANI, KEKURT & MIE (pengantin baru)

artis yang paling meletopsss malam nie... lensa kamera asyik snap gambar awak je kan... tau la comelkan... gigit kang baru tau....

 pose jgn tak pose...

layannnnn............

recommended ALFREDO SPAGHETTI....yang nie saya punya....sedapppppp!!!!!

also recommended Chicken Chop....

celebrate birthday Kurt (belated---> 28.12.--), Lynn & Mie (in Advance----> 08.01.--)... jalan sekali daa...

Pengantin Baru di kerah meniru aksi Tuan Rumah di belakang....hohohoho....TERBAEKKKK!!!!

 tu la dia... MAster MIndnyee....

 dalam gambaq nie baru i perasan rupa-rupanya warna lampu FullHouse tu bertukar-tukar...

 2th January 2012(MONDAY)@11.30am-3.30pm@WangsaWalk

 beronggeng-rongengan....dari kiri: TOK, NAZIRAH, WANI SI KECIKSSS & AA

 
actually kami layan Bowling time nie... tapi gambaq bermainnye tidak ada...so,layan jelah ye....

ok... setakat ini dulu coretan saya... kali ini.... semoga saya tidak meng'STRESS'kan saudara saudari sekalian dengan deretan gambar yang agak padat seperti diatas.... Selain daripada itu, saya juga berharap agar kalian semua dapat mendoakan saya cepat pulih seperti sediakala dan dapat menghindari diri dari simptom-simptom gaya penulisan LAPORAN ini....hohohoho

daaaaaaaaa.... semua....... sampai ketemu lagi..... di lain waktu...... dan ketika........... ma'assalamah..... ^_^V

Thursday, 15 December 2011

How Busy i'am...?

Salam sayang semua-semua.... rindu aa tak? anggap jelah rindu ye... sori la semua... i buzy la u'olls... ni pon curik-curik update cerita sambil-sambil tengah buat kerja audit kat Kuantan... harap-harap bos-bos besar tak perasan la ka...huhuhuhu...

Aa cuma nak share jadual kerja & outstation saya yang agak padat....

AHAD
 ISNIN
 SELASA
 RABU
 KHAMIS
 JUMAAT
 SABTU




 1

 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9

 10
 11
 12
Seminar
 13
 14
Kuantan
 15
Kuantan
 16
Kuantan
17 
18 
 19
Langkawi
 20
Langkawi
 21
Langkawi
 22
23 
 24
 25
 26
 27
K.Kangsar
 28
K.Kangsar
 29
K.Kangsar
 30
 31


seminggu sebelum menuju kearah deretan kerja yang agak padat tu... saya kena bergegas siapkan semua preparation untuk outstation... selepas audit saya akan buzy menyiapkan report pulak... so, kalu saya lama tak update..JGN ingat saya lupakan u'olls tau.... yang penting i sayang sgt kat u'olls semua...

nnati kita jumpa lagi... insyaallah aa akan berusaha untuk kesejahteraan kita bersama... babai semua... saya nak menyambung semula keja saya... hohohoho (poyo je kan)... hehehehehe... babai sekali lagi... ma'assalamah wa ilalliqha'....^_^V

Friday, 2 December 2011

DOuBLE TRoubLE WonDERFuL WeeKEND

Salam semua.... akhirnya aku kembali ke sini lagi.... rasa macam lama gila tak update cerita... bukan niatku nak mengabaikan follower-follower sekalian.... cerita ada... masa pon ada.... internet pon bagus.... tapiiiiiiiiii..... taktau la apa sebab dan punca sebenar aku tak update cerita... TAPI... HARI INI aku telah bertekad nak meneruskan perjuangan aku disini....
.
HAHAHAHAHA!!!!! Intro tak boleh blah kan.... ok-ok cukup untuk intro yang merapu-rapan tu... kita balik ke tujuan asal entri kali nie.... walaupon ceritanya agak ketinggalan tapi aku rasa still available untuk dikongsikan dengan u'olls semua.... last weekend aa dan family ada family trip ke Colmar Berjaya Hill, Bukit Tinggi.... ahli trip adalah My Mama , Kakak & BangChaq , AbangE & Kak Emah , Awalludin , Adib, Zulfattah , Afrina , Adik dan Saya...

disebalik percutian kami tu ada pelbagai cerita pulak yang muncul... SO, ARE U READY GUYS???? ...dan for sure entri kali ni pasti akan sangat panjang... maklum la nak melepaskan gian mengarang la katakan... jom kita layan sesama....

aku mulakan dengan coretan dairi ringkasan...
.
25 November 2011 ( JUMAAT ) @ 3.00pm
Aku chow dari office awal dari biasa... then terus memecut ke Bukit Tinggi... aku arrive lebih kurang kul 4.30pm... journey at Bukit Tinggi is begin....

pong-pang kami sekeluarga bergumbira... sambil menghayati panorama di tanah tinggi yang parasnya 3500 kaki dari aras laut, udara yang nyaman,  dekorasi bangunan ala-ala English Style, taman-taman yang mempunyai Japanese Touch dan semua-semua lah.. kami check-out on 26th November 2011 around kul 2.00pm...

26 November 2011 ( SABTU ) @ 3.30pm
selesai urusan check-out, kami pon bergerak pulang... ondaway ke KL... temperature kereta abang E (abang aku) naik mendadak... rasanya fan air-cond yang rosak... nasib baik masa tu kami memang tengah berenti sekejap di RNR Genting Sempah... 

kebetulan pulak ada peniaga jalanan yang berhampiran kami tau no. telefon mekanik yang tinggal berdekatan... so, abang E pon call mekanik tu dan kami tunggu hampir 2jam baru kereta selesai dibaiki dan kami pon meneruskan perjalanan....

26 November 2011 ( SABTU ) @ 8.30pm
Kami selamat sampai ke rumah USJ 11,Subang Jaya dalam kul6 petang... Awaluddin (salah seorang anak buah aku, 3 tahun..anak abang E) muntah-muntah dari pagi tadi lagi... actually dia jatuh terhantuk kepala di dinding swimming pool time kami bermandi-manda di Colmar Berjaya Hill petang Jumaat... 

kami bawa Awalludin check-up di kilinik berhampiran dengan rumah... dan doktor nasihatkan bawa Awalludin check-up di hospital dan dia kena scan kepala... sebab Awalludin nampak lemah dan muntah-muntah.. minum tak sampai 3minit muntah balik... kesian sangat kat dia... 

tanpa berpikir panjang kami pon bawa Awalludin ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)... kami terus pergi ke bahagian Kecemasan Pediatrik.. selepas doktor buat pemeriksaan, Awalludin kena buat ICT SCAN then doktor cakap Awalludin kena admitted 24jam sebab doktor nak buat pemantauan... 
so, around 11.45malam Awalludin dihantar ke Wad Pediatrik 3... aku tunggu Awalludin malam tu... AbangE, KakEmah, Adik ngan ADIB balik dulu... 

27 November 2011 ( AHAD ) @ 1.00pm
Semalaman Awalludin dalam Wad... Awalludin kelihatan semakin sihat... selepas Breakfast dah tak muntah macam kemarin... Doktor yang buat pemeriksaan tengok result ICT SCAN Awalludin dan check progress kesihatan Awalludin yang semakin baik.. beliau bagitau kami yang tak dak yang serius..  dan dia pon sign surat discharge...   

27 November 2011 ( AHAD ) @ 3.00pm
Selepas dah discharge.. kami semua pon pegi berjimba di KL... tempat yang dituju adalah SOGO dan kawasan sewaktu dengannya (JALAN TAR).... wah bukan main lagi kami memborong... Awalludin yang semalam sangat lemah... hari ni bukan main lagi... berlari sana berlari sini.... bercakap tak henti-henti.... lotih MakCik mu yang Cute nie nak melayan... but i'm very glad that u get your healthy back... it's ok to chase u around the crowded people and keep try to make u behave when we have dinner then see u just lay down with wilted face....

27 November 2011 ( AHAD ) @ 11.50pm
malam ni kami akan bertolak balik ke Kedah... the reason why is NAJMI nak check-up sebelum nak bersunat 4th Dec 2011 ( AHAD ) depan... nanti Insyaallah aku cerita kisah RedRanger bersunat pulak... so, journey kami bertolak balik pon bermula... 

28 November 2011 ( ISNIN ) @ 4.30am
setelah berhempas pulas menahan mata yang mengantuk gila baban untuk terus memandu dalam keadaan sedar... kami pon tiba ke Kg Gajah Mati, Pokok Sena, Kedah dalam keadaan selamat semuanya... Alhamdullillah... sesampai ja apa lagi membontang la semua orang... krooohhhhhh krooohhhhhhh  krrooooohhhhh sampai kul 10 pagi..... hohohohoho..... TERBAEKKKK!!!!....

28 November 2011 ( ISNIN ) @ 4.00pm
settle ja buat check-up Najmi... kami pon bergerak balik ke KL.... dan selamat sampai kul10.00pm.... aku pon bergegas siap-siap untuk ke pejabat esok dan terus tidoq... harus tido awal... kang tak pasal-pasal Punch Card merah pulak kan.... 
- the end -

itulah cerita weekend saya yang lepas.... so, kalau masih mampu teruskan u'olls layan lah gambaq-gambaq kat bawah nie... ok.... check it out!!!

- BERJAYA HILLS -

- Si Cilik Afrina -

- Colmar Berjaya Hills Resort... *cantikkan awan tu -

- Kota Lama -

- JAPANESE VILLAGE -

- My MAMA & Zulfattah -

- Suka-Suka Ngan Adik.. kantoi guna kamera Hanfon ja -

- Rehat sebentar bersam Kit-Kat... yang tudung biru tu My Kakak yang berdiri tu My Abang Ipar -

- Bersama Kakak Iparku dan Adib menunggu kereta AbangE siap dibaiki -

- Awalludin dibawa ke Wad... MakCik yang SuperHot nie kena naik sekali wilcha sebab Awalludin sangat tak bermaya -

- selepas Awalludin discharge dari Wad... kami bershopping-shoppingan di SOGO... mari saya kenalkan dari depan: AbangE, Awalludin, MakCik AA SuperHot, KakakEmah dan Adib -

- Dinner at Flaming Steamboat Subang Jaya.. cetengok Awalludin yang dah kembali sihat.. bukan main duduk tak diam -

- Dari Kiri: Najmi, Awalludin & Najla.... mengkucar-kacirkan katil Tok sambil layan Ben10 di IPad Mommy.. time nie dah ada di Kampong -

- WANTED... heheheh ini selingan ondaway balik ke KL... mengantuk kot.. huhuhuhuhu -

~ finally entri ni habis jugak... hoohohoho.... sampai ketemu lagi... daaaaaaa.... ~