Tuesday 31 May 2011

-Baby New Born-

Salam semua...bagi yang tengah bekerja tu..selamat bekerja..untuk students U selamat bercuti semester yang panjang....n bagi yang tengah cuti sekolah tu..akak ucapkan selamat bercuti sekolah....yeeeeeeaaaaa!!!!!!!!!!!! akak suka kalau cuti sekolah nie...apahal lak hang yang nak suka nie cik aa oiiii ???? bukan apa..banyak benda yang best kalau musim cuti sekolah..musim cuti nie..akak dapat banyaaaakkkkk sangat jemputan kenduri kawen..ramai kengkawan akak yang nak menamatkan zaman bujang depa..akak tumpang gembira dan tumpang gi makan nasik minyak kat umah depa...hehehehehe... selain tu, kalau musim cuti sekolah nie...apa yang paling best... jalan jadi kurang jem... bahagia ja akak keluaq dari rumah lewat-lewat sikit.. still dapat sampai macam biasa kat opis.. kalau tak, keluar lambat sepuluh minit pon boley menyebabkan akak lewat sejam n kengkadang hampir 2 jam sampai opis... itulah hiruk-pikuk dugaan pemandu kat kotaraya KL nie...

sorry la erk..i termelalut la pulak berintro.. huhuhuhu... ok2 jom kita balik kepangkal jalan mengenai tajuk post hari ni...kemarin aku pi melawat my lovely cousin yang baru dapat baby boy yang cutee sangat..lama jugak aku g berkampong kat wad yang sepupu aku check in selama 3hari 2malam tu..nasib baik la tak kena halau dengan misi-misi kat situ..actually, cousin aku dah bersalin pada 29May2011 (ahad) tepat jam 1.54ptg..berat jugak baby cousin i tu..3.75kg...n sepupu i bersalin secara normal...dan semuanya selamat..Alhamdullilah...dan cousin i ngan suami bercadang nak namakan anak depa dengan nama Muhammad..sempena nama Rasullulah SAW..insyaallah Muhammad akan grow up as a good Khalifah di bumi Allah nie...

so dengan ini, saya selaku sepupu yang hot lagi meletuppsss nie...nak ucapkan tahniah kat my cousin Syaza yang cun dan hubbynya saudara Wahid sebab dapat baby boy yang comel lagi sihat..dan hope u guys dapat menjalani hari-hari yang akan datang dengan lebih bahagia dan bermakna dengan kehadiran Muhammad sebagai pelengkap hidup kalian...Insyaallah...

dan untuk my dearest Muhammad, our new family's member..semoga Muhammad menjadi anak yang soleh dan sihat-sihat selalu...amin... (aku tetap nak tulis khas untuk dia..walaupon sekarang dia cuma tau nangis, minum susu, berak ngan kencing...hihihi..tapi  nanti bila dia dah pandai baca..aku akan make sure dia baca post nie...hohohohoho...)

ok..itu dulu buat hari ni..nanti insyaallah kita jumpa lagi dengan bebelan aa seterusnya.. hoohohoho... daaaaaaaaaaaaa suma... ma'asalammah...(^_^)

Saturday 28 May 2011

-SamPah-

Salam semua...atas dasar tidak puas hati yang amat sangat kat orang yang aku nampak tadi membuatkan aku yang tak rajin sangat nak bukak laptop malam-malam hari ni..terpaksa jugak bukak..sebab aku nak kongsi ketidakpuasan hati aku dengan kebengangan aku yang melampau tu kat geng sekalian..sharing is caring kan kan...

macam nie ceritanya...petang tadi aku g ambik anak menakan aku kat tadika..ondaway balik tu, aku terserempak dengan sekumpulan lelaki tengah jalan..bukan main dengan muka tak bersalah buang sampah dalam longkang..dah la beramai-ramai lak tu..nak ja aku berenti kereta pastu pi sound depa...tapi memandangkan keberanian tak cukup banyak dalam dada aku nie..so,aku pon sekadar tengok ja la..

pasai pa la susah sangat nak amalkan buang sampah kat tempat sepatutnya..bukan susah pon..kenapa nak kena buang kat dalam longkang..kadang-kadang tu saja-saja ja bawak sampah dari rumah pastu g buang dalam sungai.. ishhhh kan teruk tu...pastu kadang-kadang tu, kat lantai pon boleh jadi orang yang tak bertanggungjawab nie nak buang sampah..walhal, tong sampah ada ja kot kat situ...tanpa rasa bersalah ja depa nie buang sampah rata-rata...

nie kategori tak tau dia tengah buat salah or memang buat-buat tak tau?

kadang-kadang tu, dalam kereta tengah berenti kat traffic light or tengah stuck kat dalam traffic jem ka ataupon tengah drive kat highway or mana-mana jalan kat Malaysia nie...ada pulak kereta kat depan tu buang sampah dari dalam kereta terus keluar..macam gambaq kat bawah nie...memang pelik kan...macammana la boleh tak dak rasa bersalah..at least rasa segan kat anak-anak depa yang tengok depa buang sampah rata-rata...hrrrmmmmm..ntah la...

kenapa la ada orang macam nie??? plezzzz la....banyak kot sampah yang dia buang tu..kalau buang taik hidung tu tak kisah la sangat kan...

seingat aku, time aku kecik-kecik dulu...aku memang takot nak buang sampah rata-rata..rasa macam Allah tengok ja aku...aku rasa time tu aku dalam 7-8 tahun kot...pastu bila dah besaq nie..takdak la aku rasa macam takot Allah tengok aku buang sampah rata-rata..cuma ada rasa macam 'apa salahnya aku buang betoi-betoi dalam tong sampah kan bukannya susah pon'...

kalau geng suma nak tau...dalam keta aku memang banyak sampah..tisu, botol air, resit-resit dari kedai-kedai yang aku dok melabur duit, atm paper slip,  boucher loan persendirian yang orang selit kat kereta,  pembalut gula-gula,  macam-macam lagilah...aku akan rasa bersalah kalau pas aku guna terus aku buang keluar dari kereta...rasa bersalah yang macam tak tau nak describe macammana...so,aku just letak ja dalam kereta aku..pastu bila satu masa aku macam dah sakit mata tengok, aku akan kutip khazanah-khazanah tu masuk satu beg plastik..pastu aku buang dalam tong sampah kat umah aku...memang nampak macam 'ishh bersepahnya minah nie, buang sampah dalam kereta'...yang penting aku  try untuk tak rosakkan keindahan alam...tapi aku rasa lagi bagus dari 'muka ja cun, tapi sambil jalan pon buang sampah rata-rata'..kan kan kan...

selain tu, ada yang pelik dan unik rakyat Malaysia nie...mmmm tapi kalau nak ikotkan tak boleh la nak kata rakyat Malaysia jakan..macam tak fair la pulak...sebab kat Malaysia nie pon ramai jugak bukan rakyat Malaysia..so, aku nak mention kat sini orang yang tinggal kat Malaysia...kadang-kadang tempat tu dah terang-terang tulis jangan buang sampah di sini..tapi kat situ jugak la yang beriya-riya orang nak gi lunggok sampah.. nak kata tak tau baca tu macam pelik la jugakkan.. takkan la ramai sangat orang yang buta huruf  kat Malaysia ni...pelik pelik..memang pelik..

klik kat gambar kalau nak tengok lagi besar...pelik kan???

entah la...nak kata lebih-lebih pon tak boleh la jugak..sebab aku pon bukannya perfect sangat kan...tapi aku memang harap sangat kalau kita semua dapat jaga attitude kita dan orang sekeliling kita..jangan buang sampah merata-rata..kesian generasi lepas kita nanti..hidup dalam suasana atau environment yang penuh dengan sampah kat sana-sini.. dah la banyak haiwan ataupon pokok-pokok yang depa tak boleh nak tengok dah disebabkan dek kepupusan.. pastu keindahan alam pon nampak gayanya boleh sama-sama pupus macam haiwan ngan pokok-pokok tu jugak kalau semua orang sekarang nie tak tau nak menghargainya... takkan nak tunggu kerajaan buat undang-undang kepada pesalah yang buang sampah merata-rata macam kat Singapore baru kita nak berubah..plezzz la kawan-kawan sekalian...jangan hidup kita hanya takotkan undang-undang semata-mata..cuba ada pegangan sendiri dan working for it...

harap-harap ada yang baca post aku ni dan have a new spirit to start a new habit..lets start from very simple try...just make sure every single of rubbish from us..we put inside the right place..bukan kat dalam longkang or sungai or dalam beg kawan or atas lantai or mana-mana tempat yang tak sepatutnya lah...pastu kalau lagi bersemangat cintakan bumi nie..bolehlah amalkan kitar semula pulak..itu aku tak berapa rajin sangat..tapi i still try to work for it..chayokkk aa!!! chayokkk!!!!..lets pray and try harder to save our world to turn from place for living to a Rubbish Bin...

ok suma..tu jela kot akak nak bebel malam nie...tapi seriously, akak nak seru kat semua orang untuk memainkan peranan masing-masing..k darling-darling sekalian..i chow dulu...daaaaaaaaaaa...ma'asalammah...
(^_^)V...

Friday 27 May 2011

-HaTi-

Soalnya Hati sukar di mengerti.. apa terjadi diluar kawalan diri.. mengapa terus nak mendustai kehendak hati mungkinkah kerana kehendak hati ini terlalu sukar dimiliki kerana mempunyai banyak halangan untuk dipenuhi.. bukan aku nak menafikan kehendak hati ni.. tapi mungkin keadaan dan ruang yang terlalu sempit membuatkan aku terpaksa menafikan sepenuhnya kehendak hati nie.. kadang-kadang aku sendiri tak mengerti dengan kehendak hati aku sendiri kerana kehendak yang diterbitkan oleh hati ini tak pernah kubayangkan akan kumiliki.. pelik memang pelik.. kehendak hati yang memang pelik.. kenapa, mengapa, dan bagaimana persoalan yang memang akan wujud setelah hati mentafsirkan kehendaknya yang sukar dan hampir tidak mungkin aku langsaikan.. Ya Allah jika ini ujian yang telah Kau selitkan dalam hati aku, aku redha.. akan ku cuba untuk bertahan dan terus bersandar dan mengadu kepada Engkau Tuhan Pemilik Alam.. akanku sentiasa pasrah dengan ketentuan yang telah Engkau berikan kepada aku.. sesungguhnya jika Engkau telah tetapkan sesuatu untuk aku, akan aku redhai segala ketentuan itu..dan jika benar kehendak hati ini adalah petunjuk yang telah Engkau berikan kepada aku..aku pohon padaMu Ya Allah agar Engkau tunjukkan jalan yang sebenar-benarnya yang harus aku sandarkan.. Ya Allah hanya pada Engkau aku berserah….

p/s: biar betul hang yang tulis nie aa??? apa sudah jadi ni beb???? beb, are you ok??? hahahahahahaha… ahhhhh sudahhhh… dia buat dahhhhh.... hahahahhahaha...

Thursday 26 May 2011

@Aku Suka Dia@

Awat la susah sangat dia nak faham yang aku nie suka kat dia…aku rasa hari2 aku dah wat signal yang aku suka kat dia… tak kan dia tak perasan kot.. banyak kali dah aku berterus-terang kat dia... setiap kali aku jumpa dia mesti aku akan cakap kat dia aku suka kat dia.. aku rasa orang kat sekeliling aku pon dah tau yang aku suka kat dia.. tapi awat la dia tak faham-faham yang aku suka kat dia.. ka dia saja-saja buat-buat tak faham yang aku suka kat dia… susah betoi nak luahkan apa yang kita rasa kan.. kalau cakap direct, kata kita main-main.. kalau buat body signal dia tak faham.. kalau main mata dia ingat kita saja-saja nak kacau.. so, nak kita buat macammana lagi.. memang susah… saya suka dia.. saya nak sangat-sangat kat dia.. bilalah kita dapat disatukan kan… takpa-takpa aku akan pegang pada kata-kata 'Kalau Dah Jodoh Tak Akan Kemana'.... geng semua.. doakan saya dan dia akan bersama satu hari nanti erk... hohohohoho... ohhhhhh 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
Mr Rush....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 

 p/s: ni la penangan kalau tak dak idea nak mengarang...         hahahahahahhaahaha....

Wednesday 25 May 2011

-Attitude Pemandu Yang Tak Best-

Salam semua...hari ni sesampai ja aku kat opis tadi..lepas parking kereta dengan bergegasnya aku naik bilik..berlari okeee...pastu aku cepat-cepat g tapaw breakfirst kat kantin..n sekarang aku dah kat depan PC aku sambil makan karipap yang aku tapaw tadi...fuhhhhh...akhirnya ada jugak idea nak mengarang kat blog aku hari nie..sebab tu la aku bergegas sejak aku sampai tadi...hohohohohoho...

Sebenarnya sambil aku drive nak datang opis pagi tadi punya hal la yang menyebabkan aku nak tulis dalam blog aku nie..macam-macam ragam aku tengok pemandu-pemandu kat Malaysia nie...Jom layan apa aku nak bebel kat pemandu yang punya attitude yang tak best macam kat bawah nie:

1. Tak Faham Fungsi Lane
aku memang konfius dengan pemandu yang dalam kategori nie... depa nie betoi-betoi tak tau ka or saja buat-buat tak tau... kalau dalam satu hala tu ada 2 atau 3 lane... yang lane paling kanan tu lane untuk orang memecut.. pastu lane yang paling kiri tu untuk pemandu yang rasa macam nak santai sambil bawak kereta n tak mau laju-laju sambil memegang kuat kata-kata 'biar lambat asal selamat'.. aku memang tak boleh blah kalau tengah aku memecut tetiba ada pulak kereta yang slow motion kat lane paling kanan... pastu buat-buat tak faham kalau orang dok cucuk-cucuk belakang kereta dia.. kalau nak lagi best bagi lampu tinggi sikit kan.. tapi Si Malaun ni still buat tak faham dan  maintainkan kelajuan 60km/h tu... mau tak stress kereta-kereta  kat belakang yang dok beratur macam nak beli tiket wayang cerita Nur Kasih The Movie tu kan.. memang tak faham... pastu kadang-kadang tu aku ni ada la jugak rasa nak memandu sambil ingat pesan mak aku 'nisah,bawak pelan-pelan ja..takyah nak laju-laju..bukannya nak lari pon rumah kita tu'.. so aku pon bawak la rilex-rilex sambil menikmati keindahan alam.. aku maintain la kat lane kiri sebab aku tak mau orang kat belakang aku stress macam kat belakang kereta Si Malaun kat atas tadi.. tapi dalam kes nie pulak.. aku tak faham kenapa ada kereta yang akan datang dok cucuk-cucuk belakang bontotku..opss silap bontut keretaku.. pastu macam biasa la kalau aku wat tak faham jugak dia akan bagi lampu tinggi la pulak.. yang menambahkan ketidakfahaman aku kat orang nie.. lane kanan tu kosong je kot.. kenapa dia nak kena cucuk-cucuk belakang kereta aku ni.. g jela memecut kat lane kanan tu kan.. hrmmmmmm apa kes la.. serius aku mmmeeeeemaaaanggggg tak faham...

2. Tak Bagi Signal
haaa nie lagi satu tabiat pemandu kat Malaysia nie.. susah sangat nak bagi signal... aku tengok kereta tu bukan main hebat dah.. berseries-series la, bertoyot-toyot la, berkilat semacam la, besar kedabak la... macam-macam lagi la.. tapi takkan signal takdak kot.. tak pon takkan signal rosak pon tak mampu nak g baiki kot... kalau nak masuk simpang tu main masuk ja.. pastu nak tukar lane pon main tukar ja.. nak memotong pon main potong ja.. kan bahaya tu.. buat la kereta kat belakang tu tengah memecut, ala-ala Micheal Shumachel (entah betoi ka dak, aku pon tak tau)... pastu tak sempat  nak break macammana.. kalau kita bagi signal atleast orang kat belakang kita tu dah beware.. sila la berubah...tak rugi pon bagi signal tu kan kan kan... 

3. Bagi Hon Tak Kena Tempat
nie yang jadi kat aku pagi tadi.. best-best aku bawak kereta kat lane tengah.. tetiba ada kereta kat belakang aku bagi hon.. dah la kuat hon dia.. terkejuttt akak dek non oiiii... aku pon konfius la.. aku pikir dia bagi hon kat orang lain kot... tapi bila dia potong kereta aku dari lane kanan, dia pandang ja aku... aku pon pandang balik la kot-kot dia nak cakap something or what kan.. tapi tak dak pulak dia wat isyarat apa.. dia just tengok ja kat aku.. aku lagi la konfius.. pelbagai persoalan yang timbul kat kepala aku time tu...apa yang aku dah buat??.. nak kata aku slow sangat tak la jugak sebab time tu aku bawak 80km/h... lagipon aku kat lane tengah bukannya lane kanan kan.. nak kata pintu aku tak rapat???.. aku tengok rapat je semua.. nak kata aku tertinggai beg kat atas bumbung kereta??? macam iklan kat TV yang ada perempuan tu tak breakfirst tertinggai beg atas bumbung kereta pastu ada mamat dalam lori tegur dia tapi dia ingat mamat tu nak ngorat dia  pon tak jugak sebab beg aku ada ja kat seat sebelah aku.. nak kata dia nak ngorat aku tak jugak.. sebab driver tu perempuan.. memang aku pelik sampai sekarang la jugak.. dan dok pikir dan pikir lagi.. kenapa la perempuan tadi tu hon kat aku... konfius konfiussss.....

4. Guna Lane Kecemasan Pastu Ciluk Masuk / Potong Queue
nie selalu jadi kat jalan-jalan di KL nie.. sebab tu la jalan asyik jem.. macammn tak jem..tengah best-best bawak tetiba ada lak kereta yang masuk kat depan kita dari lane kecemasan.. terpaksa la break untuk kasi chance kat kereta tu masuk.. sikit-sikit lama-lama jem la kat belakang tu.. selain tu, ada pulak yang potong barisan... sian kat orang-orang kat belakang yang dengan sabarnya beratur kat belakang tu kan... kan dah terbantut mood orang kat belakang tu kan.. sian kat depa.. (tapi sebenarnya kadang-kadang aku pon terkategori dalam driver macam nie jugak...huhuhuhu..sorry tau.. kadang-kadang tu terpaksa buat aksi-aksi macam nie kalau aku dah lambat nak g opis..huhuhuhu.. sorry tau.. Insyaallah aku akan cuba elakkan buat macam nie lagii.. seriously.. i will try...huhuhuhu)

ok.. aku dah kena chow nie.. ada discussion jap.. nanti kita jumpa lagi k... Insyaallah... daaaaaaaaa suma.. Ma'asalammah....

Monday 23 May 2011

Kelas Loghat Utara - Part 1

Salam semua..memandangkan hari ni aku tak tau nak tulis apa kat blog comei aku nie..tapi bila aku bukak ja blog aku then my blog nie dok wat muka comey soh aku update any new post..n finally aku decide to make 1st part of my Loghat Utara's Class...hehehehee..macam, poyo la pulak den rasa...ala hampa semua layan kan jela ke'poyo'an i nie erk erk erk...haaaaa macam tu la...hohohoho

ok jom kita tengok apa yang i nak kongsi dengan u'olls hari ni...

antara perkara simple yang nak describe loghat utara kalau hujung perkataan tu huruf 'R' akan digantikan dengan huruf 'Q'...sebagai contoh :- ajar = ajaq , dengar = dengaq , lapar = lapaq , besar = besaq , keluar = keluaq , tukar = tukaq , sebenar-benarnya = sebenaq-benaqnya.... tapi kalau sebelom huruf last 'R' tu huruf 'I' macam 'LAHIR' tak la jadi 'LAHIQ' maintain 'LAHIR' ja... dan kadang-kadang kalau 'R' tu ada kat tengah-tengah perkataan pon boleh tukar jadi macam 'UTARA' jadi 'UTAQHA'... 

pastu kebanyakkan perkataan dalam loghat utara nie adalah perkataan baku..sebab maintainkan penggunaan 'A' dihujung perkataan.. kalau bahasa yang sebelah barat Malaysia tukarkan penggunaan 'A' kepada 'E' sebagai contoh :- cuba = cube , rasa = rase , masa = mase , ketua = ketue , nama = name... tapi ada juga perkataan dalam loghat utara kalau dihujung perkataan huruf 'A' akan ditambahkan dengan huruf 'K'.. sebagai contoh :- bawa = bawak , pula = pulak , bapa = bapak , juga = jugak...

selain tu ada perkataan yang dihujungnya ada 'NING' akan dibuang 'G' dan tinggal 'NIN' ja.. contohnya pening = penin , kuning = kunin...(i dah lupa la pulak apa lagi perkataan macam ni..huhuhuhu)

untuk kata ganti diri yang digunakan selain daripada panggilan nama or kedudukan dalam family macam pakngah , paklong , tok , tokwan dah sebagainya lak.. nie kiranya panggilan antara kawan-kawan.. ada dua kategori yang selalunya digunapakai dalam loghat utara nie.. yang pertama nie agak sopan sikit la.. kami = saya , hampa = kamu (1st kategori ni macam lebey kurang AWAK & SAYA).. *jangan ingat hampa tu perasaan hampa yang kecewa tu pulak tau..hehehhehehehe*...... pastu second nie yang agak sempoi.. aku = saya , hang = kamu (2nd kategori ni macam AKU & KO)... pastu kalau 'CHEK' tu pulak selalunya digunakan dalam family macam anak bahasakan diri dengan mak/ayah , adik bahasakan diri dengan abang/kakak...

so, ok dak? ada yang tak faham kat mana-mana ka? rasanya simple je kot kelas hari ni.. kan kan kan.. memang sah poyo... hohohohoho.. tu dulu la kot untuk hari ni.. kalau citer banyak-banyak, nanti taktau apa pulak nak letak kat kelas part 2.. kan kan kan.. sebenarnya i pon dah blurr perkataan apa lagi yang i nak letak... setakat sekarang, itu jelah perkataan yang terlintas kat kepala i nie untuk dikongsikan dengan u'olls semua.. insyaallah next time i tambah lagi k.. ok suma.. i nak ready g discussion kol 10.30 japgi.. wa chin chow dulu... daaaaaaaaaaaaaa... ma'asalammah...

Friday 20 May 2011

Loghat Kedah

Salam semua..Ohayo... Mina-san, ogenki desu ka? watashi wa genki desu.. (translate : Selamat pagi.. Kamu semua apa khabar? Saya sihat...)

Ramai orang cakap loghat Kedah or loghat utara nie satu bahasa yang unik dan kelakar.. betul ka? bagi aku yang sememangnya anak jati Kedah yang memang ada COP kat aku nie yang membuktikan aku nie memang anak jati Kedah.. longhat utara nie memang dah sebati dengan diri aku.. memang dah mengalir sama-sama dengan darah dalam badan aku ni.. memang tak boleh nak dinafikan lagi.. even sejak umur aku 18tahun , aku dah keluaq merantau kat negeri orang.. loghat tempat asal aku nie still lagi melekat kat aku... 

Tapi bila aku cakap dengan orang yang bukan dari utara.. aku kena control la sikit  longhat aku tu sebab kang terkeluar lak perkataan yang terlalu hard-core punya pekat.. mau ternganga lak budak-budak tu.. huhuhuhu... tapi kadang-kadang tu terlepas gak perkataan yang aku ingat semua orang tau.. tapi rupa-rupanya tu perkataan dalam loghat utara..kalau member-member rapat aku, depa pon dah terbiasa dah dengan loghat aku nie.. dah selalu sangat berborak dengan aku.. so, loghat utara yang simple-simple or hard sikit tu dah boleh paham..

Aku kalau dapat balik kampung, pastu sampai ja kat bumi Kedah tu.. bila dengaq ja orang bertutur dalam loghat utara nie.. memang rasa best sangat.. rasa macam it is real me.. macam sedap ja bunyinya.. pastu kalau nak bershopping tu memang best sangat.. boleh sesuka hati ja nak bercakap loghat utara ni takyah nak cover-cover takot orang tu tak paham apa yang aku cakap.. macam tu jugak kalau nak berurusan kat kaunter-kaunter perkhidmatan kat mana-mana.. main redah ja aku berspeaking utara nie.. takyah nak tengok orang kat kaunter tu nak kerut-kerut dahi bila aku nak tanya apa-apa... memang best.. memang aku budak kampong yang tegar...

mmmmm... aku rasa nanti aku nak wat kelas Loghat Utara la kat blog aku nie.. mana nak tau kan ada sesapa yang nak tackle awek / pakwe dari utara kan.. boleh practice kat blog aku nie.. boleh dapat bonus point sikit.. nanti nak balik umah mentua tak dak la kekok sangat.. pastu boleh paham kalau depa dok mengata kat u'olls.. hahahahhahahaa...

Nantikan kelas yang aku akan wat tak lama lagi.. hehehehehee.. Insyaallah... ok la geng sekalian.. itu dulu untuk hari ni.. nanti kita bersua lagi kat alam maya karin nie.. daaaaaaaaaaa suma.. ma'asalammah... (^_^)

Wednesday 18 May 2011

Selamat Hari Guru

Salam Suma..apa kabar kalian sekalian..harap-harap semuanya berada dalam keadaan yang sihat sejahtera sentiasa..Insyaallah...

Lama jugak rasanya aku tak mengarang karut kan..ada sesapakah yang rindu ngan coletahan i ni???...DUSHHhhhHHHH..jgn nk perasan la aa..ada ka yang rindu kamu? Tambah2 nak rindu kat coletah kamu tu???..LU PIKIR LA SENDIRI AA…huhuhu..i saja ja cakap mcm tu..kot2 la ada yang rindu kat i kan…opssss…rindu kat coretan i nie…i miss u 2,3,4…bagi yang tak rindu i tu..buat2 la rindu erk…hahahaha..panjang lak citor minah nie..ada gak aku pelem*p*a*n*g* kang…hehehehe..i’m sori…

dah-dah takyah kita nak melalut panjang..straight to the point ok..walaupon dah lebey 2 hari..i still nak wish SELAMAT HARI GURU kepada semua cikgu kat Malaysia ni..cikgu-cikgu kat Malaysia memang hebat-hebat sebab dah ramai anak-anak kat Malaysia dah berjaya..selain pengorbanan keluarga yang sentiasa mendorong kejayaan seseorang, guru pon terlibat secara langsung dengan individu yang berjaya ni..tahniah cikgu-cikgu sekalian..tanpa anda siapalah insan-insan yang berjaya sekarang..

kalau geng semua nak tau..ramai saudara-saudara dan kawan-kawan aku dah jadi cikgu..kakak aku pon seorang cikgu jugak..n kalau ikotkan cerita-cerita depa semua..sekarang tugas guru nie lagi tough dari dulu-dulu..sebab murid-murid sekarang ni selain dari ramai yang pandai-pandai, ramai jugak yang dah semakin liar, tak hormat cikgu, tak berdisplin, kurang ajar dan dah terlalu expose dengan benda-benda/perkara-perkara yang tak sepatutnya budak bawah umur tau..lepas tu pulak ibu-bapa dah turut campur tangan dengan tindakan cikgu..bukan aku nak salah kan ibu bapa yang terlalu over-protective anak-anak depakan..cuma aku rasa kalau hal-hal yang remeh tu tak payah la nak campur tangan kan..nanti takot anak-anak jadi besar kepala..sampai ada satu kes sepupu aku cerita..anak dia tak terpilih masuk dalam pasukan nasyid sekolah pon ayah pelajar tu nak campur tangan..kan tak logik tu..pastu yang aku tak faham jugak..murid-murid sekarang nie langsung tak boleh pukul..sikit pon tak boleh..bawak rotan masuk kelas pon tak boleh..nak tunjuk jari kat anak murid pon tak boleh..nak denda anak murid diri atas kerusi pon tak boleh..it is real??? dah tu apa yang boleh?? takkan nak ikutkan je budak-budak tu..takkan nak biar je budak tu kalau dia buat silap..dah tu apa yang dapat budak tu belajar?? betul ka tanpa pukul, budak-budak di zaman sekarang nie akan terdidik? nak pukul sikit pon tak boleh? nak cubit or pulas telinga or jentik or tampar pon tak boleh??? ish ish ishhh..memang aku tak faham..aku bukan nak sokong mana-mana cikgu yang menggunakan kekerasan yang ada sesetengah kes tu sampai menyebabkan kematian or kecederaan yang serius..tapi takkan hukuman yang simple or ringan pon tak boley kan..entah lah..memang mencabarlah tugas guru-guru nie..memang i salute lah kat u'olls guys..so, harap-harap u'olls guys sentiasalah bersabar menjalankan tanggungjawab kalian dengan penuh dedikasi sebab masa depan negara memang di tangan insan-insan yang bernama cikgu ni..dan bagi murid-murid sekarang..hormatilah cikgu-cikgu hampa semua..belajar rajin-rajin dan cuba serap seberapa banyak ilmu dari cikgu adik-adik tu..depa tu banyak ilmu tau..samada ilmu tentang pelajaran ataupon pengetahuan pasai kehidupan..

bagi cikgu-cikgu saya, tadika di NURI Kampong Padang (1989-1990), Sekolah Kebangsaan Kampung Bukit (1991-1994), Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad (1995-1997), Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah (1998-2002), Kolej Poly-Tech Mara Kuantan (2003-2006), UiTM Fakulti Kejuruteraan Awam, Shah Alam (2006-2008) dan semua individu yang terlibat secara langsung atau tak langsung dalam proses pembelajaran saya sepanjang 26 tahun ni TERIMA KASIH dan SELAMAT HARI GURU...tanpa anda semua siapalah saya..kan kan kan..

itu saja untuk hari ni..babai suma...daaaaaaaaaaa...ma'asalammah...(^_^)

Friday 6 May 2011

My Mom's Birthday

Salam suma...apa khabar geng sekalian? harap semuanya berbahagia selalu.. Insyaallah... i..how??? Alhamdulillah, hari ni Allah telah memberikan umur kat i selama 26tahun 12hari...n aku pon dapat rasa hidup yang penuh warna-warni ni bak kata member i cik hanim..
"hidup ini penuh dengan suka duka..ada hitam putih merah hijau biru kuning...inilah warna-warna kehidupan..like a SMARTIES"...

Sebenarnya post hari ni khas untuk the most person i love n also the most important person in my life...n also the person who are very supportive , lovely , caring , sensitive , the best chef ever n everything for me... She is...... My MOM...
Nama : Hjh Rashadah Binti Md Zain
Umur : 61 Tahun
Tempat Lahir : Langgar, Alor Star Kedah
Tempat Tinggal : Kg Gajah Mati, Pokok Sena
Favorite Daughter : Aanisah a.k.a AA..hehehehehehehe..saja-saja nak perasan sikit...

Today is my mom's birthday...n i want to dedicate special wish for my lovely mom that truly from my heart... 

Mak, Selamat Hari Lahir ke 61
macam tak caya ja mak dah 61..mak macam sama ja macam 10 tahun lepas.. ehh bukan-bukan, macam sama ja macam 15 tahun lepas.. mmmmm... tapi rasanya 20 tahun lepas pon sama ja... cuba citer sikit apa rahsia maintain muda dan jelita nie??? tak boley jadi ni.. nak maintain gak...hohohohoho...

mungkin mak pon rasa macam tu jugakkan.. rasa macam nisah still lagi baby girl mak macam 10,15,20,26 tahun yang lepas... sebab nisah rasa kasih sayang mak tak berubah pon...sama ja..cuma dulu mak garang sekarang mak dah tak garang...hehehehe...masih lagi masak yang best-best kat nisah..masih lagi basuh telekung sembahyang nisah bila dah hampir jadi macam belacan sambil bebel-bebel..masih lagi kejut nisah bangun pagi-pagi sambil bising-bising..masih lagi beli hanfon la baju la baju kecik la kasut la macam-macam lagi walaupon nisah nie dah keja pon...masih lagi tak marah time nisah pi tidoq atas riba mak walaupon dah besaq dari mak kot huhuhuhu...masih lagi nerves lebih dari nisah time nisah nak interview yang sama macam mak nerves yang lebey dari nisah time nisah nak ambik UPSR dulu..sama tak berubah...suma sama dan sama dan sama ja...

Harap mak sihat dan berbahagia selalu disamping anak-anak mak seramai 9orang yang pelbagai ragam, menantu-menantu mak yang baik-baik belaka, cucu-cucu mak yang comey-comey yang dok ada 14 orang dah dan suma lah ahli keluarga kita...harap mak sentiasa tak jemu jadi supporter nisah yang terbaik..tak letih jadi pengkritik nisah yang paling jujur...tak fedup jawab suma soklan-soklan nisah yang ntah apa-apa...tak penat dok ingatkan nisah itu dan ini...sumalah...

Terima Kasih Mak sebab mak dah jadi mak yang terbaik untuk nisah...Insyaallah nisah akan cuba jadi anak yang terbaik untuk mak...terimalah besday's song yang khas untuk mak dan bayangkan nisah tengah nyanyi dengan suara yang gemersik bak Saloma..hohohohoho:

Allah selamatkan Mak yang Cun
Allah selamatkan Mak yang Hot
Allah selamatkan Mak yang Cun lagi Hot...
Allah selamatkan Makkkk... yang Cun,Hot dan Meletoppsss...

Ok..sekian saja lah post untuk hari ni..n for the last word...HApPy BirthDaY Mak..I do Really Love U...babai suma...Ma'asalammah.....(^_^)Y

Tuesday 3 May 2011

Buruh

Salam suma... amacam hari ni? ada semangat baru tak untuk bekerja dengan penuh semangat lepas dah puas bercuti? ke macam malas nak bangun awal pagi sebab 2,3 hari lepas asyik bangun lambat??? macam cakap dengan diri sendiri je cik kak..... huhuhuhu...

apa-apa pon yang u'olls rasa... i still nak ucapkan Selamat Hari Buruh kat semua yang dah bergelar pekerja... yang mana masih belajar tu...belajar rajin-rajin ye adik-adik sekalian...buat persediaan yang terbaik sebelom melangkah ke alam pekerjaan k..wah siap bagi nasihat gitu...

kalau u'olls nak tau, sejarahnya i dulu dalam 15 tahun yang lepas..kalau sebut BURUH.. i cuma bayangkan pekerja warga asing yang bekerja kat constuction..ataupon orang-orang yang buat kerja yang berat-berat ja..i pon pelik sebab kalau setiap 1 Mei awat(why) sekolah pon nak kena cuti kan sebab kan Hari Buruh..so, sepatutnya golongan yang BURUH macam yang i pikirkan tu jela yang cuti kan...tu la kan akak dah pesan tadi belajar rajin-rajin kan dah tak tau maksud sebenar-benar BURUH...hehehehhee..

bak kata pujangga..kita kena belajar daripada pengalaman kan kan kan..so, untuk membantu golongan yang macam i time 15tahun lepas tu yang tak tau maksud sebenar BURUH tapi malu nak mengaku tu kan..i ada sediakan beberapa maksud yang berkaitan dengan BURUH yang i copy dari sini..kalau nak tengok sendiri sila la bukak.. tapi kat bawah ni pon i dah paste kan untuk u'olls.. jom kita sesama belajar...hehehehe...

Buruh
orang yg bekerja dgn mendapat upah; pekerja dlm perusahaan dsb
 
Buruh Mahir
buruh yg mempunyai kepakaran khusus yg diperoleh drpd latihan profesional dlm bidang tertentu, mis jurutera

Buruh Separuh Mahir
buruh yg mempunyai kepakaran dlm bidang tertentu yg diperoleh drpd pengalaman bekerja dan atau latihan separuh professional

Buruh Kontrak
buruh yg terikat oleh perjanjian bekerja dgn majikan

Buruh Kasar
buruh yg lebih memerlukan tenaga fizikal drpd keupayaan mental dlm pekerjaannya

Buruh Paksa
orang yg dipaksa melakukan kerja berat tanpa ganjaran yg sewajarnya

Tenaga Buruh
seluruh pekerja

Pasaran Buruh
pasaran yg berkaitan dgn penawaran dan permintaan tenaga manusia

oraitlah suma..i dah mau chin chow dulu...daaaaaaaaaaaaa suma...ma'asalamah..(^_^)V