Wednesday, 25 May 2011

-Attitude Pemandu Yang Tak Best-

Salam semua...hari ni sesampai ja aku kat opis tadi..lepas parking kereta dengan bergegasnya aku naik bilik..berlari okeee...pastu aku cepat-cepat g tapaw breakfirst kat kantin..n sekarang aku dah kat depan PC aku sambil makan karipap yang aku tapaw tadi...fuhhhhh...akhirnya ada jugak idea nak mengarang kat blog aku hari nie..sebab tu la aku bergegas sejak aku sampai tadi...hohohohohoho...

Sebenarnya sambil aku drive nak datang opis pagi tadi punya hal la yang menyebabkan aku nak tulis dalam blog aku nie..macam-macam ragam aku tengok pemandu-pemandu kat Malaysia nie...Jom layan apa aku nak bebel kat pemandu yang punya attitude yang tak best macam kat bawah nie:

1. Tak Faham Fungsi Lane
aku memang konfius dengan pemandu yang dalam kategori nie... depa nie betoi-betoi tak tau ka or saja buat-buat tak tau... kalau dalam satu hala tu ada 2 atau 3 lane... yang lane paling kanan tu lane untuk orang memecut.. pastu lane yang paling kiri tu untuk pemandu yang rasa macam nak santai sambil bawak kereta n tak mau laju-laju sambil memegang kuat kata-kata 'biar lambat asal selamat'.. aku memang tak boleh blah kalau tengah aku memecut tetiba ada pulak kereta yang slow motion kat lane paling kanan... pastu buat-buat tak faham kalau orang dok cucuk-cucuk belakang kereta dia.. kalau nak lagi best bagi lampu tinggi sikit kan.. tapi Si Malaun ni still buat tak faham dan  maintainkan kelajuan 60km/h tu... mau tak stress kereta-kereta  kat belakang yang dok beratur macam nak beli tiket wayang cerita Nur Kasih The Movie tu kan.. memang tak faham... pastu kadang-kadang tu aku ni ada la jugak rasa nak memandu sambil ingat pesan mak aku 'nisah,bawak pelan-pelan ja..takyah nak laju-laju..bukannya nak lari pon rumah kita tu'.. so aku pon bawak la rilex-rilex sambil menikmati keindahan alam.. aku maintain la kat lane kiri sebab aku tak mau orang kat belakang aku stress macam kat belakang kereta Si Malaun kat atas tadi.. tapi dalam kes nie pulak.. aku tak faham kenapa ada kereta yang akan datang dok cucuk-cucuk belakang bontotku..opss silap bontut keretaku.. pastu macam biasa la kalau aku wat tak faham jugak dia akan bagi lampu tinggi la pulak.. yang menambahkan ketidakfahaman aku kat orang nie.. lane kanan tu kosong je kot.. kenapa dia nak kena cucuk-cucuk belakang kereta aku ni.. g jela memecut kat lane kanan tu kan.. hrmmmmmm apa kes la.. serius aku mmmeeeeemaaaanggggg tak faham...

2. Tak Bagi Signal
haaa nie lagi satu tabiat pemandu kat Malaysia nie.. susah sangat nak bagi signal... aku tengok kereta tu bukan main hebat dah.. berseries-series la, bertoyot-toyot la, berkilat semacam la, besar kedabak la... macam-macam lagi la.. tapi takkan signal takdak kot.. tak pon takkan signal rosak pon tak mampu nak g baiki kot... kalau nak masuk simpang tu main masuk ja.. pastu nak tukar lane pon main tukar ja.. nak memotong pon main potong ja.. kan bahaya tu.. buat la kereta kat belakang tu tengah memecut, ala-ala Micheal Shumachel (entah betoi ka dak, aku pon tak tau)... pastu tak sempat  nak break macammana.. kalau kita bagi signal atleast orang kat belakang kita tu dah beware.. sila la berubah...tak rugi pon bagi signal tu kan kan kan... 

3. Bagi Hon Tak Kena Tempat
nie yang jadi kat aku pagi tadi.. best-best aku bawak kereta kat lane tengah.. tetiba ada kereta kat belakang aku bagi hon.. dah la kuat hon dia.. terkejuttt akak dek non oiiii... aku pon konfius la.. aku pikir dia bagi hon kat orang lain kot... tapi bila dia potong kereta aku dari lane kanan, dia pandang ja aku... aku pon pandang balik la kot-kot dia nak cakap something or what kan.. tapi tak dak pulak dia wat isyarat apa.. dia just tengok ja kat aku.. aku lagi la konfius.. pelbagai persoalan yang timbul kat kepala aku time tu...apa yang aku dah buat??.. nak kata aku slow sangat tak la jugak sebab time tu aku bawak 80km/h... lagipon aku kat lane tengah bukannya lane kanan kan.. nak kata pintu aku tak rapat???.. aku tengok rapat je semua.. nak kata aku tertinggai beg kat atas bumbung kereta??? macam iklan kat TV yang ada perempuan tu tak breakfirst tertinggai beg atas bumbung kereta pastu ada mamat dalam lori tegur dia tapi dia ingat mamat tu nak ngorat dia  pon tak jugak sebab beg aku ada ja kat seat sebelah aku.. nak kata dia nak ngorat aku tak jugak.. sebab driver tu perempuan.. memang aku pelik sampai sekarang la jugak.. dan dok pikir dan pikir lagi.. kenapa la perempuan tadi tu hon kat aku... konfius konfiussss.....

4. Guna Lane Kecemasan Pastu Ciluk Masuk / Potong Queue
nie selalu jadi kat jalan-jalan di KL nie.. sebab tu la jalan asyik jem.. macammn tak jem..tengah best-best bawak tetiba ada lak kereta yang masuk kat depan kita dari lane kecemasan.. terpaksa la break untuk kasi chance kat kereta tu masuk.. sikit-sikit lama-lama jem la kat belakang tu.. selain tu, ada pulak yang potong barisan... sian kat orang-orang kat belakang yang dengan sabarnya beratur kat belakang tu kan... kan dah terbantut mood orang kat belakang tu kan.. sian kat depa.. (tapi sebenarnya kadang-kadang aku pon terkategori dalam driver macam nie jugak...huhuhuhu..sorry tau.. kadang-kadang tu terpaksa buat aksi-aksi macam nie kalau aku dah lambat nak g opis..huhuhuhu.. sorry tau.. Insyaallah aku akan cuba elakkan buat macam nie lagii.. seriously.. i will try...huhuhuhu)

ok.. aku dah kena chow nie.. ada discussion jap.. nanti kita jumpa lagi k... Insyaallah... daaaaaaaaa suma.. Ma'asalammah....

6 comments:

  1. aaa susah tu, nak kata takde lesen tak juga kan..
    payah kalau kita berhemah orang lain tak, sama je mengundang bahaya dan rasa marah orang lain :D

    ReplyDelete
  2. padin : thanks la erk sebab sudi bukak n follow blog aku nie...bydaway, betoi kata u..so, apa yang kita boleh buat..kita baiki diri kita dan orang terdekat kita dulu...pastu lama-lama..insyallah suma orang boleh jadi pemandu yang berhemah...

    ReplyDelete
  3. hei you budakkampunggugup.sini rupanya!!haha..sihat ka you :)

    ReplyDelete
  4. setuju dgn padin...tgk yang kes lori xde break, kereta elok2 ja, tb2 dtg lnggar dr blkg, hncur... So berhati2 la ye cik A'a...hi3

    ReplyDelete
  5. jijahdarlingku: i sihat baa...u? bila mau ketemu nie? sudah kangan bangat sama kamu nie...

    ReplyDelete
  6. aja: yang tu mmg mengundang marah..tau la 'dia' besaqkan..awak pon sama..hati-hati..sesamalah kita berhati-hati...ok bebeh...

    ReplyDelete

Jangan Shy-Shy Cat la erk..silalah tulis comment anda yang bernas tu...