Friday, 20 May 2011

Loghat Kedah

Salam semua..Ohayo... Mina-san, ogenki desu ka? watashi wa genki desu.. (translate : Selamat pagi.. Kamu semua apa khabar? Saya sihat...)

Ramai orang cakap loghat Kedah or loghat utara nie satu bahasa yang unik dan kelakar.. betul ka? bagi aku yang sememangnya anak jati Kedah yang memang ada COP kat aku nie yang membuktikan aku nie memang anak jati Kedah.. longhat utara nie memang dah sebati dengan diri aku.. memang dah mengalir sama-sama dengan darah dalam badan aku ni.. memang tak boleh nak dinafikan lagi.. even sejak umur aku 18tahun , aku dah keluaq merantau kat negeri orang.. loghat tempat asal aku nie still lagi melekat kat aku... 

Tapi bila aku cakap dengan orang yang bukan dari utara.. aku kena control la sikit  longhat aku tu sebab kang terkeluar lak perkataan yang terlalu hard-core punya pekat.. mau ternganga lak budak-budak tu.. huhuhuhu... tapi kadang-kadang tu terlepas gak perkataan yang aku ingat semua orang tau.. tapi rupa-rupanya tu perkataan dalam loghat utara..kalau member-member rapat aku, depa pon dah terbiasa dah dengan loghat aku nie.. dah selalu sangat berborak dengan aku.. so, loghat utara yang simple-simple or hard sikit tu dah boleh paham..

Aku kalau dapat balik kampung, pastu sampai ja kat bumi Kedah tu.. bila dengaq ja orang bertutur dalam loghat utara nie.. memang rasa best sangat.. rasa macam it is real me.. macam sedap ja bunyinya.. pastu kalau nak bershopping tu memang best sangat.. boleh sesuka hati ja nak bercakap loghat utara ni takyah nak cover-cover takot orang tu tak paham apa yang aku cakap.. macam tu jugak kalau nak berurusan kat kaunter-kaunter perkhidmatan kat mana-mana.. main redah ja aku berspeaking utara nie.. takyah nak tengok orang kat kaunter tu nak kerut-kerut dahi bila aku nak tanya apa-apa... memang best.. memang aku budak kampong yang tegar...

mmmmm... aku rasa nanti aku nak wat kelas Loghat Utara la kat blog aku nie.. mana nak tau kan ada sesapa yang nak tackle awek / pakwe dari utara kan.. boleh practice kat blog aku nie.. boleh dapat bonus point sikit.. nanti nak balik umah mentua tak dak la kekok sangat.. pastu boleh paham kalau depa dok mengata kat u'olls.. hahahahhahahaa...

Nantikan kelas yang aku akan wat tak lama lagi.. hehehehehee.. Insyaallah... ok la geng sekalian.. itu dulu untuk hari ni.. nanti kita bersua lagi kat alam maya karin nie.. daaaaaaaaaaa suma.. ma'asalammah... (^_^)

No comments:

Post a Comment

Jangan Shy-Shy Cat la erk..silalah tulis comment anda yang bernas tu...