Thursday 27 October 2011

-Memories To Remember- PART 1

Salam semua-semua... harap semuanya sihat dan berbahagia selalu... Insyaallah... wah wah wahhhhh.... lama tak update cerita yerr... buzy no ka cik non oiii? nak kata buzy tu tak la jugak... tapi keadaan, masa dan situasi menyebabkan saya tak ter'update' cerita kat dalam BudaKamponGugup... maaf la ye bagi sapa yang merindui coretan i nie... wahhh gituwww.... jom kita checkitout apa yang aa ada hari nie....

cerita aa hari nie berkisar mengenai kisah aa dan rakan-rakan berkembara ke kenangan yang pernah kami lalui 5tahun dulu... dan aa juga dah berjanji kat POST aa yang lepas nak berkongsi kisah tersebut... dan trip kami kali ini dinamakan sebagai "MEMORIES TO REMEMBER"....


berdasarkan unsur bertolak-ansur dengan tahap keloyaan yang bakal u'olls alami untuk mengadap gambaq-gambaq yang akan aku tampal disini... aku nak pecahkan jurnal trip aku nie kepada beberapa bahagian... so... jom kita tengok dulu ceritera THE JOURNEY PART 1 @_@

The Journey is Begin (7th Okt 2011 @ 8.30pm)

setelah menempuhi pelbagai ujian tekanan emosi yang sangat menguji kesihatan mental yang tinggi... kami  (Aa, Mai, Lynn & Sue) selamat sampai di Kuantan (rumah sewa FARAH aka KURT @ Indera Mahkota 8)  pada jam 2am... rest for awhile then we fetch KakLia at Terminal Makmur... lepas tu apa lagi membongkang la masing-masing sebab keletihan... mengikut tentetif yang telah disusun rapi, perjalanan esok adalah sangat memerlukan kecergasan fizikal... 

dan hari meneroka KENANGAN pon bermula seawal jam 8.30pagi @ 8 Okt 2011...

-bergambar didepan rumah penginapan kami sebelom bermula langkah-

-nampak saya tak?? PEACE NO WAR-

-tempat pertama yang kami serbu ANJUNG-

Anjung nie tempat makan yang menjadi kegilaan student Kolej Poly-Tech MARA Kuantan seperti kami... memang gila nostagia kot tempat nie... favorite menu adalah Nasi Minyak dan Air Jagung... pergghhhh walaweeiii memang best.... 
-muka kanak-kanak riang sedang menunggu salah satu makanan yang telah diidami selama 5 TAHUN-

-1,2,3 SERBUUUU.....TERBAEKKK-

-nielah MokCik ngan PokCik Anjung yang super duper sporting-

terima kasih kepada Makcik ngan PakCik Anjung yang menyambut kehadiran kami dengan sangat mesra... walaupon kami telah menghuru-harakan ketenteraman ANJUNG di pepagi hari... siap belanja we'olls minuman yang kami order... kira orait la tu... memang best... rasa Nasi Minyak ngan Air Jagung yang aa makan masih sama dengan rasa yang pernah aa makan 5 Tahun lepas... tak kurang tak lebih... memang TERBAEKKK...

-selepas dah puas buat huru-hara kat ANJUNG.. kami tak lepaskan peluang untuk masuk ke dalam KPTM-

bergambar-bergambar dan bergambar... lotih but lots of FUN...






lepas dah memalukan diri masing-masing bergambaq kat dalam kawasan Kolej dengan penuh kekanakan keriangan... kami pon meneruskan perjalanan hari PENEROKAAN kami... zaman belajar dulu-dulu... kami selalu turun bas di TERUNTUM then berjalan menuju ke MEGAMALL... so, dah kata nak meneroka KENANGAN kan...kami dengan gigihnya parking kereta di Kuantan Parade dan berjalan menuju ke MEGAMALL... nasib baik semua pon mempunyai pendapat dan pandangan yang sama... so, we had very happy walking through all the way...




destinasi yang dituju setelah selamat sampai ke MEGAMALL tak lain dan tak bukan....KUANTAN MEGA LANES:

mmmm.... aa rasa setakat nie dulu la kot.... nanti aa sambung lagi... ok?... daaaaa semua....

to be continue.....

2 comments:

  1. wooooaahhhh!!!jeles okeh..aa nanti noora nak letak entry aa ni dalam blog boleh?untuk segmen KPTM..=)

    ReplyDelete
  2. Boleh-Boleh...dipersilakan wahai Tuan PutriesNoora...nantikan sambungan ceritaku ini...hohohoho

    ReplyDelete

Jangan Shy-Shy Cat la erk..silalah tulis comment anda yang bernas tu...