Thursday 11 August 2011

"HanYa SeKePinG KeRtaS"

Salam semua.. apa khabar geng sekalian? dah ada yang ter'miss' puasa ka belom nie? u'olls jawab la sendiri erk... kalau dah ada tu.. jangan lupa take note supaya nanti time nak ganti takdak la terkial-kial nak ingat berapa hari yang ter'miss' tu kan.. 

oklah... hari ni aku ada satu soalan nak tanya kat kalian.. u'olls suka mengumpat tak? aku nak mengaku yang aku nie kadang-kadang suka gak mengumpat.. (yelah tu kadang-kadang.. :p).. dan tadi aku mengemas almari kat opis aku nie.. tetiba aku terjumpa sehelai kertas yang kat atas ada tajuk "MENGUMPAT".. aku pon baca la apa yang tertulis kat kertas tu kan... jom aku kongsi dengan geng semua apa yang aku baca tu.. boleh jugak berkongi ilmu kan..sudi-sudikanlah nak baca sampai abis ye kengkawanku sekalian:

sumber : Kitab Riyadus Solihin (Imam Abu Zakaria An Nawawi)
Disediakan oleh : Ustaz Syed Mohd Norhisyam al-Idrus

Ta'rif : Engkau menyebut sesuatu tentang saudaramu yang dia akan marah sekiranya dia mengetahuinya

"dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani" 
(Al-Hujuraat , 12)

Mengumpat Yang Diharuskan
  1. Meminta fatwa (contohnya: menceritakan perangai buruk suami @ isteri kepada qhadi untuk meminta hukum)
  2. Seseorang yang dizalimi mengadu kepada pihak berkenaan untuk mendapatkan haknya.
  3. Seseorang yang melakukan kefasikan secara terang-terangan ( arak / judi / merampas hak orang lain )
  4. Meminta tolong untuk menghilangkan kemungkaran (contohnya: menceritakan kepada PIHAK YANG MAMPU mengubahnya)
  5. Memberi amaran kepada masyarakat tentang kejahatan seseorang supaya tidak menjadi mangsa kejahatannya (contohnya: dedahkan keburukan perawi hadis / calon menantu / seseorang yang hendak diserahkan amanah kepadanya / seseorang pemimpin yang menyeleweng dan lain-lain)
 sumber: Miss Lolyta

so, bagi sesiapa yang suka sangat nak mengumpat tu.. ada la topik yang hampa semua boleh pilih untuk mengumpat.. TAPI hampa semua kena MAKE SURE yang topik dan dengan sapa u'olls nak mengumpat tu MEMENUHI syarat-syarat kat atas tu... INGATTTT !!!!!!

ok.. itu jelah kot yang AA nak kongsi dengan u'olls hari ni... nanti kita cerita lagi... daaaaaaaaaaa semua... ma'assalammah...

8 comments:

  1. wah kene kurangkan la pasni...hi3, kadang2 luar kawalan, tambah2 bila nak marah..hi3

    ReplyDelete
  2. tu la kan... aa pon macam tu jugak... takpa kita try yang semampu kita utk jdi yg terbaik.. kan.. InsyaAllah...

    ReplyDelete
  3. Salam kenal....nasib baik tak tergolong dalam golongan ni...hehehe

    ReplyDelete
  4. Salam kenal...mudah-mudahan ALLAH menjauhkan kita kan..tapi nama pon manusia selalu teralpa..saya la tu..huhuhuhu..sadis..

    ReplyDelete
  5. kadang2 xt'kawal la beb huhu..cmna nih..

    ReplyDelete
  6. me too..huhuhuhu..tapi klu kita cuba pon dh ok..at least kita CUBA..huhuhu..

    ReplyDelete
  7. wah dah berwajah baru, a'a letak la chat shoutmix 2, sng org nak tinggal jejak...hi3

    TUTORIAL aja biasa amek sini:

    http://www.lyssasecret.com/p/tutorial.html

    ReplyDelete
  8. saja-saja i ubah angin..hohoho...aa dah tgk link yg aja bagi tu..nnti aa try..aa nie tak tau sgt nak lebih2 nie..yg basic-basic aje..huhuhuhu

    ReplyDelete

Jangan Shy-Shy Cat la erk..silalah tulis comment anda yang bernas tu...