Thursday 17 May 2012

AKU & GURU.....PART 1

Assalamualaikum & Salam SATU MALAYSIA.... eceeececeeeehhhh.... macam nak berucap pon ada.... actually entri nie sepatutnya aku post kemarin lagi sebab kemarinkan HARI GURU... tapi aku dah tak tahan nak cerita kekecewaan aku kemarin so, cerita nie aku buat hari nie.... kira aci la ye.... 

dah tajuk pon AKU & GURU rasanya semua dah boleh expect apa yang aku nak cerita dalam entri kali nie kan.... so, lets start the story... aku pon macam orang lain jugak yang sentiasa menghargai jasa baik CIKGU-CIKGU aku dan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan CIKGU-CIKGU aku tak kira dimana pon mereka berada.... perkataan CIKGU tu bagi aku sangat SUBJEKTIF dan boleh diinterpretasikan dalam pelbagai maksud... tak semestinya sesorang yang memegang jawatan sebagai GURU sahaja boleh dianggap sebagai CIKGU.... sesiapa sahaja yang telah memberikan dan berkongsi ILMU dengan kita juga boleh ditafsirkan sebagai CIKGU.... tak kisah la makcik yang jual goreng pisang sedap then dia berkongsi ILMU untuk menghasilkan goreng pisang yang sedap tu pon boleh anggap sebagai CIKGU.... so, pendek kata sesiapa jelah.... 

* ok... settle para PENDAHULUAN.... sekarang kita p kepada parenggan ISI-ISI pulak... hehehhehe

sebagai seorang yang bernama manusia, kehidupan aku dan guru memang tak dapat dipisahkan.... 

seawal kemunculan aku dimuka bumi nie MAK & ABAH orang yang bertanggungjawab untuk mendidik aku.... dan aku bersyukur sangat-sangat sebab ALLAH takdirkan HJ ABDUL RAHMAN B. AHMAD & HJH RASHADAH BT MD ZAIN menjadi ABAH & MAK aku.... aku sangat bertuah menjadi anak pasangan suami isteri ini.... ABAH yang KOOL & MAK yang GARANG membesarkan aku dan adik beradik aku yang lain dengan sesempurna yang mungkin.... walaupon kami tak mewah tetapi kami bahagia... SYUKUR YA ALLAH....

sekolah pertama yang aku masuk adalah sekolah tadika yang aku kenal sebagai NURI.... aku masuk situ sewaktu aku berusia 5 tahun.... (kalau tak salah la... ke 4tahun ntah... nanti aku balik check ngan mak aku semula... hihihihihi....).... time nie aku rasa apa ILMU yang paling penting aku dapat belajar selain dari mengenal huruf A,B,C dan nombor 1,2,3 adalah tentang KEHIDUPAN DENGAN DUNIA LUAR.... sebelum nie hanya keluarga sahaja di sekeliling aku tetapi kini kehidupan aku dah mula dikelilingi orang yang aku tak kenali... rakan-rakan seusia dan cikgu-cikgu yang ada.... aku belajar untuk BERKAWAN & BERSOSIAL.... dan aku rasa ILMU tu sangat penting dan sangat berguna untuk aku menghadapi dunia luar seperti sekarang.... TERIMA KASIH CIKGU-CIKGU di NURI KAMPUNG PADANG, POKOK SENA (1989-1990)....

di usia 6 tahun aku rasa diriku sudah cukup besar untuk ke TADIKA... aku berkeras nak ikut ABAH aku yang bertugas sebagai seorang USTAZ di sebuah sekolah kebangsaan ke sekolah tersebut... aku nak belajar macam abang-abang dan kakak aku.... aku nak belajar di SEKOLAH bukan TADIKA.... ABAH aku seorang yang sangat memahami anaknya yang kiut-miut nie.... then aku pon ikut lah ABAH aku ke sekolah time umur aku 6tahun aku masuk kelas darjah 1.... kesimpulannya aku menduduki di kelas darjah 1 sebanyak 2kali... 6 & 7 tahun.... CIKGU-CIKGU kat sini baik-baik semuanya... yang paling best aku suka bila depa cakap kat aku "COMEL BETUI ANAK USTAZ MAN NIE...." hahahahahhahahaa.... jangan marah semua... dah memang hakikatnya aku nie comei dari kecik kan.... dan sejak itu aku sukakan diri aku yang comel nie.... hohohohohoho..... TERIMA KASIH CIKGU-CIKGU di SEK.KEB. KG. BUKIT (1991-1994).....

aku bertukar sekolah time di pertengahan darjah 3.... aku tukaq sebab ABAH aku akan berpencen dan ABAH tukarkan aku di sekolah yang lebih dekat dengan rumah dan ada kemudahan bas sekolah... so, aku pon masuk ke Sek.Keb.Wan Abdul Samad.... CIKGU ZULKIFLI.... cikgu matematik darjah 5.... cikgu nie suka sangat bagi latihan banyak... dalam seminggu mau dekat 100 soalan.... aku ingat lagi dia selalu cakap.... "NIE BARU SIKIT TAU...BUDAK SEKOLAH CINA KAT SEBELAH TU SEHARI 100 TAU".... apa yang buat kami semua bengang dengan CIKGU ZULKIFLI nie... homework bagi banyak tapi jarang sangat dia semak... disebalik cerita CIKGU ZULKIFLI nie juga adalah cikgu yang buatkan aku suka nama aku yang ada 2A.... (kepada sesiapa yang tak tau nama penuh saya AANISAH...) aku selalu tulis nama aku di buku dengan 1A sahaja ANISAH.... then aku ingat lagi dia cakap kat aku "NAMA AWAK SANGAT UNIK...SATU HARI NANTI AWAK AKAN BANGGA DENGAN NAMA AWAK NIE".... betul kata cikgu.... hari nie memang saya sangat bangga dengan nama saya AANISAH.... TERIMA KASIH CIKGU....

ada sorang lagi cikgu yang membuatkan satu perubahan besar dalam hidup aku... CIKGU ROZIAH... beliau cikgu matematik darjah 6.... satu hari CIKGU ROZIAH suruh satu kelas buat soalan matematik then kami akan bincangkan... cikgu akan panggil siapa yang boleh buat soalan tu di depan.... then cikgu akan semak betul atau tidak apa yang pelajar tu buat di depan.... selalunya pelajar yang pandai la yang akan buat di hadapan.... apa yang buatkan aku tak puas hati... sekiranya jawapan betul beliau hanya cakap betul... tanpa menerangkan semula apa yang pelajar tu buat... abis tu kami yang tak tau dan yang kurang pandai nie macam mana? kami pon nak faham apa yang ditulis kat papan hitam tu kan.... balik ja sekolah aku terus mengadu kat ABAH aku.... then ABAH cuba pujuk.... "MANA YANG TAK FAHAM TU...MEH ABAH AJAQ"... memang ABAH sangat pandai mengajaq aku.... aku macam paham ja semua yang ABAH terangkan.... mungkin CIKGU ROZIAH nak aku cuba cari jawapan dan BELAJAR UNTUK SENTIASA BERUSAHA.... dan CIKGU ROZIAH juga telah mengajar aku bukan semua benda kita boleh dapat dengan mudah... kan cikgu kan... saya dah faham sekarang.... TERIMA KASIH CIKGU... 

CIKGU ZULKIFLI, CIKGU ROZIAH & ABAH KESAYANGAN AKU menyebabkan sampai hari nie aku rasa aku SANGAT SUKA DENGAN MATEMATIK....

walaupun aku hanya bercerita tentang CIKGU ZULKIFLI & CIKGU ROZIAH... tapi cikgu-cikgu lain pon sentiasa dalam ingatan aku.... dan semua cikgu-cikgu baik dengan aku dan aku sentiasa merindui depa semua.... TERIMA KASIH CIKGU-CIKGU di SEK.KEB.WAN ABDUL SAMAD (1994-1997).....

......aku rasa macam dah panjang sangat cerita aku hari nie.... nanti kita sambung boleh? kesian lak kalau aku nak sambung lagi... kang ada yang berpinau mata baca entri yang panjang sangat kan.... ok nanti aku sambung semula cerita AKU & GURU nie.... ok babai semua.... ma'assalamah..... (^_^)v

No comments:

Post a Comment

Jangan Shy-Shy Cat la erk..silalah tulis comment anda yang bernas tu...