Tuesday 13 September 2011

---- RaYa , RaYa & RaYa lagi...YAHOOO!!! ----

Salam semua... apa khabar kamu semua? harap darling sekalian sihat sejahtera sentiasa... hari demi hari kerja aku di opis ni menimbun la pulak.. ni la akibatnya kalau kita nie suka nak bertangguh dalam menyelesaikan sesuatu perkara... kan... aku rasa aku dah berpesan dah kot kat entry aku yang NIE... tapi aku still tak belajar dari pengalaman.. sekarang dah tak menang tangan aku nak settlekan kerja-kerja yang tiba-tiba datang mengunjung aku...

tapi disebabkan aku gian nak mengUPDATEkan diri aku kat sini dan masih ada rasa keterujaan berhari raya yang tak abis lagi.. aku nak meneruskan CERITERA RAYAKU yang lepas... sila jangan bosankan diri anda ya rakan-rakan sekalian... redhakanlah penulisanku ini... hehehehe...

bagi aku raya akan tak lengkap kalau tak ada sesi beraya dengan kawan-kawan.... bukan apa... masing-masing dah jadi wanita bekerja sekarang.. memang susah sangat nak bertemu, bersua muka dan berhuha-huha macam dizaman remaja dolu-dolu... tu belom lagi bagi kawan-kawan yang dah bertukar status jadi ISTERI ataupon IBU orang... bertambah-tambah la susah nya... so, time raya nie la kalau nak berkumpul ramai-ramai pon kan...

aku rasa dah hampir 3-4 tahun kami akan konvoi raya beramai-ramai... tapi apa yang menyedihkan ahli konvoi raya akan berkurangan tahun demi tahun sebab ada yang dah berkahwin dan agak sukar bagi depa nie nak join geng-geng yang masih bujang nie nak berKONVOI..  

-raya 2010-

-raya 2011-
*see..nampak tak kemorosatan ahli berKONVOI RAYA i...? huhuhuhu.... sedey-sedey....

tapi raya tahun nie ada sedikit kelainan.. kami decide nak join REUNION ALUMNI SMK SULTANAH  BAHIYAH yang tak pernah kami join pon sebelom nie... ramai jugak yang boleh join.. walaupon ada beberapa orang yang terpaksa tarik diri disaat akhir... jom layan gambaq time kami join reunion tersebut... 

-berkumpul di McD sebelom menyerbu dewan Hotel Holiday Villa... nasib baik tak kena halau...hohoho-

-cheeeesssss... IniLah Iklan Ubat GiGi Cap Peace No Wars-

-senyum jangan tak senyum... apa tak clear??? jap-jap i close up..-

-ok...dah jelas dah???-

-peace yoooo-

-cuba teka yang mana dah jadi isteri orang? jangan tunjuk i tau... i masih bujang yeerr...-

-pilih-pilih yang mana mau-
 
-SAYA MENANG MOTORRR!!!... dapat hadiah cabutan bertuah.. yahoooo-

-siap ada sesi bergambaq dan jurukamera dijemput khas... i like!!-

 -alang-alang dah dok cantik-cantik tu.. kita snap la lagi-

i do really love all my friends.. they all are so important stars in my heart to light up my entire life... i always pray for their happiness and wish we'll friends until Syurga Allah.... Insyaallah...

ok.. itu jelah kot CERITERA RAYA aku untuk kali nie... sekarang aku tengah plan untuk beraya kat rumah sahabat-sahabat aku di Kuala Lumpur pulak... so, sapa yang dok area KL yang nak aku dan rakan-rakan gi beraya rumah u'olls, sila drop comment disini yerr... akan dipertimbangkan.. (<---- sila jangan percaya statement nie..","...hohoho)
i dah nak choww nie... nanti kita cerita lagi... ok Salam Syawal semua.... daaaaaaaaaa.... ma'assalammah... (^_^)....

5 comments:

  1. bestnye a'a... tak ajak pon!!!!!! hahahhaaa

    ReplyDelete
  2. Wow...so exciting..

    ReplyDelete
  3. Ct Aja: superb punya best...hehehe..nak join jom la...aa ajak betoi2 nie...jom jom jom jom jom heboh heboh...','

    ReplyDelete
  4. Anonymous: Yup..absolutely excited moment...^_^

    ReplyDelete
  5. aja tag a'a..

    http://ajaratulaswad.blogspot.com/2011/09/segmen-xx-tra-followers.html

    ReplyDelete

Jangan Shy-Shy Cat la erk..silalah tulis comment anda yang bernas tu...