Tuesday 14 June 2011

B.O.S.A.N

Salam semua…rindu i tak? takpa-takpa aku anggap ja hampa semua rindu kat aku la ye…sori la lama tak update new entry kat blog aku nie…ada beberapa kekangan yang menyebabkan beberapa hari aku tak boleh nak mencorat-coret kat sini…ok sebelom aku melalut dengan lebih jitu baik aku just tegak kepada titik aka straight to the point…

BOSAN bermula bila seseorang itu berasa seakan putaran jam pada hari tu sangat lambat..rasa macam petang tu lambat ja nak sampai…tak tau nak buat apa…kadang-kadang asyik buat benda yang sama, makan benda yang sama hari-hari selama 366 hari pon akan menyebabkan kita jadi BOSAN…

BOSAN nie pulak ada beberapa kategori…mula-mula kita akan rasa BOSAN yang biasa-biasa ja…dan kalau perasaan BOSAN tu terus-menerus akan masuk ke stage BOSAN yang agak melampau…dan tahap yang teratas kategori BOSAN nie adalah BOSAN TAHAP CIPANZI…dan sekarang aku dah masuk BOSAN TAHAP CIPANZI dah….arrghhhhhh…bosan siot…rasa macam nak pecah kepala ja…wah hyperbola nampak..shuuudddd..diam la..saja ja nak melebih-lebih sikit….

Bila dah namanya tengah bosan nie kan..aku pon buat la sedikit research..research tuuuu..kenapa kita rasa BOSAN?..dan aku cuba keluarkan maksud BOSAN dari perkataan BOSAN tu sendiri..jom kita tengok:

B = Badan Rasa Tak Boleh Adapt Dengan Persekitaran
O = Otak Dah Terlalu Tepu Mengadap Benda Yang Sama
S = Suasana Persekitaran Yang Tidak Mencapai Tahap Keinginan Hati
A = Akal Tidak Boleh Berfikir Secara Kreatif Dan Kritis
N = Naluri Sentiasa Memberontak Untuk Keluar Dari Keadaan Sekarang But Don’t
       Know How

So, untuk menghilangkan rasa BOSAN yang kita alami tu..kita cuba elak segala kemungkinan yang akan menyebabkan kita akan rasa BOSAN atau sebab-musabab yang akan meningkat level keBOSANan kita tu…jom layan antara perkara yang aku buat time aku BOSAN:

Kat Office:
  1. Melukis
  2. Menulis Kata-Kata Yang Memotivasikan Aku
  3. Ber ‘Blog Walking’
  4. Cari Kerja Kosong
  5. Baca NewsPaper Setiap Page
  6. Planning dan Schedulekan Aktiviti Weekend
  7. Tengok Kalender Pastu Arrange Cuti
  8. Pergi Library Cari Buku-Buku Yang Boleh Layan (nie memang poyo)
 
Kat Rumah:
  1. Tengok TV
  2. Susun Balik Baju-Baju yang ada dalam Almari
  3. Keluarkan Stock CD lama pastu layan sampai muntah...
  4. Main Sudoku..
  5. Kol member ajak keluar abiskan duit..
  6. Korek-Korek apa yang ada dalam peti ais tu pastu masak ikot resepi sendiri..
  7. Kacau anak menakan yang tengah aman bermain..
  8. Tidoq..ZzzZZzzZZzz (nie yang paling best)

Itulah antara beberapa perkara yang aku buat untuk menghilangkan perasaan BOSAN yang aku alami…harap-harap geng sekalian ada cara tersendiri untuk mengelakkan dari perasaan BOSAN menyelumbungi hampa..bahaya kalau kita biarkan hidup kita sentiasa BOSAN..kita akan mengalami kemurungan dan akan menyebabkan kita menjadi seorang yang pasif dan tidak proaktif…

Selain tu, orang yang terlalu membiarkan perasaan BOSAN nie terus-menerus tanpa mencuba untuk mengurangkan perasaan tu akan menyebabkan individu tu mengalami STRESS yang teruk dan kemungkinan akan menyebabkan tekanan perasaan yang serius…bila tekanan tu memberontak untuk mencari jalan keluar…mula la timbul isu amukan, cubaan bunuh diri, kewarasan tidak stabil dan membuat perkara yang diluar kewarasan manusia biasa…seperti bunuh anak, simbah asid kat orang lain, bakar rumah sendiri dan macam-macam lagi..

BOSAN memang perkara remeh kalau kita nak fikirkan..tapi perkara remeh nie akan menjadi perkara yang serius kalau kita tak cuba kawal sejak dari awal…so, jom sesama kita cuba kawal sebaiknya perasaan BOSAN kita nie dari terus menguasai diri kita…chayookkk aa!!! Chayokkk Semua!!!

Ok..itu dulu untuk hari ni..Insyaallah nanti kita jumpa lagi k..daaaaaaaaaaaaaaa suma….Maasalammah (^.^)V

No comments:

Post a Comment

Jangan Shy-Shy Cat la erk..silalah tulis comment anda yang bernas tu...