Thursday, 15 March 2012

NO TITLE (^_^) v

Selamat hari Khamis semua... apa cer geng sekalian? bahagia? gembira? berduka? bersedih? berjaya? gagal? merajuk? bergaduh? berbaik?... mesti ada pelbagai cerita kalau nak dikumpulkan cerita-cerita yang dihadapi setiap yang bernama MANUSIA.... kan...

dan hari ni aku nak sharing is caring dengan u'olls semua keadaan aku di tempat baru... pada sesiapa yang tak tau menahu dan cuba untuk ambik tahu silalah rajin-rajin tengok kat SINI ......

ada baik dan buruk bila kita pergi ke tempat baru... dan disebabkan ini adalah pilihan aku... so, aku kena teruskan dan bertekad untuk menjadikan keputusan aku ini adalah keputusan terbaik... kerana penentu untuk kita menjadi seorang yang terbaik adalah diri kita sendiri.. iyo dokk???

jap-jap... kenapa bila aku nak tulis apa yang buruk lepas berpindah macam takdak yang terlintas kat kepala aku nie... mmmmm... aku rasa mungkin kalau nak dikategorikan keadaan di rumah dan di opis lagi mudah kot... ok cuba kita buat table macam kat bawah nie: 


Di Rumah
Di Office
Dulu
Sekarang
Dulu
Sekarang
Bangun Pagi Sendiri, Bunyi Alarm Hanset Pon Boleh Terjaga
Mengada-Ngada Mak Dah Kejut Pon Susah Nak Bangun
Rajin Bekerja…(Hahaha Tak Boleh Blah…Kalau Tak Caya P Tanya Bos I.. Hehehehe)
Takdak Keja Nak Buat…Memanjang Ber‘Fb’, Ber‘Youtube’ Dll Yang Seangkatan Dengannya…
(Woi Makan Gaji Buta Ka!!!)
Malam Kadang-Kadang Tak Makan Pon…So, Boleh La Diet Sikit
Kalau Tak Makan Tu Macam Pelik Ja…Setiap Yang Ada Kat Atas Meja Tu Semua Nak Dihabiskan…Abisss!!! Lepas Nie Kalau Ada Yang Tak Kenai Aku Jangan Pelik La Kenapa…Hohohoho
Kalau Tak Dak Keja Sangat Boleh P Kacau Member-Member Yang Tengah Sibuk Buat Keja Dan Cuba Mengucar-Kacirkan Hidup Diorang…Baru La Hidup Nie Terisi Kan Kan  Kan…Hehheheehe
Masih Malu-Malu Nak Mengacau Orang Nie..Maklum La Budak Baru La Katakan…(Daaaaaaaaaaa)
Settlekan Baju-Baju Sendiri…
Nak Basuh Baju Ja Masuk Mesin..Nanti Kakak Ipar Yang Basuhkan…Naik Lemak Lagi La I Nie Kan..Huhuhuhu
^_^ V
^_^ V

kalau part yang best tu memang la banyak... tapi untuk tujuan muhasabah diri aku nie.. so, aku nak tengok yang tak best dulu... tapi kalau nak ikutkan semua yang aku rasa tak best seperti kat atas nie semuanya datang daripada diri aku sendiri...

diri aku yang mengada-ngada nak susah bangun pagi, diri aku jugak yang tak boleh nak kawal nafsu makan aku tu, diri aku sendiri jugak yang mengada-ngada nak harapkan orang settlekan urusan basuh baju aku... dan diri aku juga yang tak cuba untuk meng"proactive"kan diri di pejabat... semuanya berpunca daripada diri aku sendiri... bukan salah orang lain... betul tak?

kalau geng semua nak tau sebenarnya coretan aku kat atas nie bukan sengaja aku lakarkan...tetapi aku ada massage (MUNGKIN MESSAGE...hahahahaa) yang aku nak terapkan kat sini... dan pada pendapat aku message itu akan terasa lebih dekat kalau kita buat contoh berkisarkan diri kita sendiri... (sapa setuju sila korek hidung... hohohohohoho)

tanpa kita sedar, kadang-kadang diri kita sendiri boleh menjadi musuh kita... dan musuh itu perlu kita tangani dengan diri kita sendiri jugak.. takdak sesiapa yang boleh tolong kita untuk kita berhadapan dengan "MUSUH" kita itu... oleh itu, kita perlulah sentiasa cuba mencari kekurangan dan kelemahan diri untuk dibaiki... kerana hanya kita yang tahu jalan untuk berdepan dengan "MUSUH" kita itu...

so, semoga kita semua cuba bermuhasabah diri untuk menjadi lebih baik pada hari esok.... chilll semua... n GOODLUCK!!!! bubai.... ma'asalammah....

p/s: kepada sesiapa yang tak faham leteran saya ini dan ingin ajukan soalan boleh titipkan soalan anda di ruang COMMENT di bawah.... hahahahhahaha... ok bai....

No comments:

Post a Comment

Jangan Shy-Shy Cat la erk..silalah tulis comment anda yang bernas tu...