Monday, 22 October 2012

MengKERJA, DiKERJA, & BerKERJA....

Salam Sayang-Sayang i sekalian....

amacam dengan life u'ollss? harap-harap semuanya sihat & bahagia sentiasa Insyaallah...

kalau nak diterjemahkan dalam bahasa kasar mungkin macam nie kot bunyinya.... LAMA GILAAAA  BABSSSSS HANG TAK UPDATE... hehehehe... sori geng semua... kalau ada yang merindui coretan merapu dan tunggang langgang aku nie.... 

list entri yang aku nak share ngan semua sebenaqnya dah bertimbun-timbun... cuma mungkin atas dasar kesibukan aku sekarang yang membataskan pergaulan kita.... (beb..tolong la....tak dak alasan lain dah ka... BOOORIINGGGGG!!!!)

mmmmm...kemanakah aku menghilang selama lebih kurang 4 bulan nie kan? honestly aku nak cakap aku takdak masa sangat untuk aku spend kan mengupdate stori aku kat sini... tapi aku ada bukak blog dalam bloglist aku untuk tau cerita terbaru u'olls... 

harini aku just nak share cerita salah satu kerja aku sekarang yang konon-kononnya membuatkan aku buzy giler sampai tak sempat nak update new story kan... so, jom layankan jelah ye... hehehhehehe...

Kerja-Kerja Pemulihan Cerun Di Gunung Jerai

 cecari mana satu i.... 

 sila abaikan si gadis ayu yang pegi site pakai baju kurung tu ye... i just nak tunjuk yang kotak-kotak konkrit tu adalah cap untuk soil nail...

 kerja-kerja injection micropile...

apa pandang-pandang???? (i saja kasi besar sikit gambar nie...biar jelas sikit u'olls tengok mata mamat bangla nie curi-curi pandang kamera...hohohohohoiiii......hehehehhehe)

kerja-kerja konkrit dinding penahan terpaksa dijalanklan secara doublle handling sebab lori konkrit (lori macam siput tu) tak dapat naik atas....

CHOIIIIII!!!!! angkat buang pasir oren tu... GUA TAK MAU TENGOK... kasi taruk pasir sungai... itu bukan pasir dah macam tanah dah.... cepat kasi buang.... 

ok adik-adik sekalian... rapat-rapat sikit.... akak nak bagi tau nie... yang mencacak naik tu micropile... yang melintang tu soil nail.... sapa ada soalan sila angkat tangan.... (daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....)

cerun runtuh 23 Mei 2012.... 27 Mei 2012, Tuan Pengarah JKR Kedah datang melawat dan tapak telah dipasang dengan proper Pengerusan Trafik sebaik cerun runtuh.....

 sebelum

selepas

dan selepas ?????
(kerja-kerja dijangka siap 31 Oktober 2012)

nie adalah salah satu kerja yang aku kena handle sekarang... selain tu, ada jugak kerja-kerja lain yang bagi aku kerja-kerja normal ataupon hakiki seorang Jurutera Jalan di JKR Daerah dan akan ada jugak kerja-kerja baru yang akan muncul dikala tahun 2012 dah nak sampai ke penghujungnya... harap-harap semua kerja yang kena settle dalam tahun nie dapat disiapkan dengan jayanya... Insyaallah...

so, aku harap.. sesiapa yang merindui aku tu terubatlah sikit kot rindu kalian dengan coretan aku nie kan... (pppuuuuiiiiiiiiiiiiiiii.....hehehehhehe....)

ok... setakat ini dulu buat harini.. Insyallah nantikan kemunculan aku dilain hari... ma'asalamah... (^_^)v

Wednesday, 13 June 2012

Untuk Tatapan & Renungan Bersama.....

Salam semua... tengah belek-belek-godek-godek FB... aku terbaca post yang kawan aku post kat wall dia... dan aku rasa sangat menarik untuk aku kongsikan dengan semua... aku suka dan sangat setuju dengan setiap isi dan perkara yang diperkatakan... so, have fun everyone... lets motivate our self and try to be better for the next day...

Monday, 4 June 2012

IDEA MOOD BERGABUNG MELETOPPSSS!!!

Salam Semua... diharap semuanya sihat dan sentiasa dibawah rahmat ALLAH SWT...

untuk amaran awal!!: entri kali ni sangat tak berfaedah.... dan sekadar untuk melepaskan rasa nak menhapdate blog comelku ini.....

untuk menulis atau mengarang sesuatu... kita seharusnya mempunyai BAHAN atau CERITA yang ingin dikongsikan, IDEA untuk menulis dengan gaya penulisan yang menarik agar tidak hambar dan yang paling penting MOOD mengarang yang sangat tinggi agar tenaga positif pada penulisan tersebut akan terus sampai kepada si pembaca....

sekiranya penulisan kita hanyalah dalam keadaan acuh tak acuh maka terhasilah entri sebegini.... hahahahahahaha.....

sori gengku sekalian... aku sebenarnya ada banyak cerita nak kongsi dengan u'ollss... tapi i dalam proses mengumpul gambar-gambar yang akan menyebabkan u'ollss muntah darah.... hehehehe... so, berharap sangat u'olls bersabar ye... (statement tak boleh blah kan....)

daaaaa semua.... Insyaallah kita akan bertemu dientri yang lebih ber"ISI" macam tuan dia... hahahahhaa..... ma'asalammah..... >,<....

Thursday, 17 May 2012

AKU & GURU.....PART 1

Assalamualaikum & Salam SATU MALAYSIA.... eceeececeeeehhhh.... macam nak berucap pon ada.... actually entri nie sepatutnya aku post kemarin lagi sebab kemarinkan HARI GURU... tapi aku dah tak tahan nak cerita kekecewaan aku kemarin so, cerita nie aku buat hari nie.... kira aci la ye.... 

dah tajuk pon AKU & GURU rasanya semua dah boleh expect apa yang aku nak cerita dalam entri kali nie kan.... so, lets start the story... aku pon macam orang lain jugak yang sentiasa menghargai jasa baik CIKGU-CIKGU aku dan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan CIKGU-CIKGU aku tak kira dimana pon mereka berada.... perkataan CIKGU tu bagi aku sangat SUBJEKTIF dan boleh diinterpretasikan dalam pelbagai maksud... tak semestinya sesorang yang memegang jawatan sebagai GURU sahaja boleh dianggap sebagai CIKGU.... sesiapa sahaja yang telah memberikan dan berkongsi ILMU dengan kita juga boleh ditafsirkan sebagai CIKGU.... tak kisah la makcik yang jual goreng pisang sedap then dia berkongsi ILMU untuk menghasilkan goreng pisang yang sedap tu pon boleh anggap sebagai CIKGU.... so, pendek kata sesiapa jelah.... 

* ok... settle para PENDAHULUAN.... sekarang kita p kepada parenggan ISI-ISI pulak... hehehhehe

sebagai seorang yang bernama manusia, kehidupan aku dan guru memang tak dapat dipisahkan.... 

seawal kemunculan aku dimuka bumi nie MAK & ABAH orang yang bertanggungjawab untuk mendidik aku.... dan aku bersyukur sangat-sangat sebab ALLAH takdirkan HJ ABDUL RAHMAN B. AHMAD & HJH RASHADAH BT MD ZAIN menjadi ABAH & MAK aku.... aku sangat bertuah menjadi anak pasangan suami isteri ini.... ABAH yang KOOL & MAK yang GARANG membesarkan aku dan adik beradik aku yang lain dengan sesempurna yang mungkin.... walaupon kami tak mewah tetapi kami bahagia... SYUKUR YA ALLAH....

sekolah pertama yang aku masuk adalah sekolah tadika yang aku kenal sebagai NURI.... aku masuk situ sewaktu aku berusia 5 tahun.... (kalau tak salah la... ke 4tahun ntah... nanti aku balik check ngan mak aku semula... hihihihihi....).... time nie aku rasa apa ILMU yang paling penting aku dapat belajar selain dari mengenal huruf A,B,C dan nombor 1,2,3 adalah tentang KEHIDUPAN DENGAN DUNIA LUAR.... sebelum nie hanya keluarga sahaja di sekeliling aku tetapi kini kehidupan aku dah mula dikelilingi orang yang aku tak kenali... rakan-rakan seusia dan cikgu-cikgu yang ada.... aku belajar untuk BERKAWAN & BERSOSIAL.... dan aku rasa ILMU tu sangat penting dan sangat berguna untuk aku menghadapi dunia luar seperti sekarang.... TERIMA KASIH CIKGU-CIKGU di NURI KAMPUNG PADANG, POKOK SENA (1989-1990)....

di usia 6 tahun aku rasa diriku sudah cukup besar untuk ke TADIKA... aku berkeras nak ikut ABAH aku yang bertugas sebagai seorang USTAZ di sebuah sekolah kebangsaan ke sekolah tersebut... aku nak belajar macam abang-abang dan kakak aku.... aku nak belajar di SEKOLAH bukan TADIKA.... ABAH aku seorang yang sangat memahami anaknya yang kiut-miut nie.... then aku pon ikut lah ABAH aku ke sekolah time umur aku 6tahun aku masuk kelas darjah 1.... kesimpulannya aku menduduki di kelas darjah 1 sebanyak 2kali... 6 & 7 tahun.... CIKGU-CIKGU kat sini baik-baik semuanya... yang paling best aku suka bila depa cakap kat aku "COMEL BETUI ANAK USTAZ MAN NIE...." hahahahahhahahaa.... jangan marah semua... dah memang hakikatnya aku nie comei dari kecik kan.... dan sejak itu aku sukakan diri aku yang comel nie.... hohohohohoho..... TERIMA KASIH CIKGU-CIKGU di SEK.KEB. KG. BUKIT (1991-1994).....

aku bertukar sekolah time di pertengahan darjah 3.... aku tukaq sebab ABAH aku akan berpencen dan ABAH tukarkan aku di sekolah yang lebih dekat dengan rumah dan ada kemudahan bas sekolah... so, aku pon masuk ke Sek.Keb.Wan Abdul Samad.... CIKGU ZULKIFLI.... cikgu matematik darjah 5.... cikgu nie suka sangat bagi latihan banyak... dalam seminggu mau dekat 100 soalan.... aku ingat lagi dia selalu cakap.... "NIE BARU SIKIT TAU...BUDAK SEKOLAH CINA KAT SEBELAH TU SEHARI 100 TAU".... apa yang buat kami semua bengang dengan CIKGU ZULKIFLI nie... homework bagi banyak tapi jarang sangat dia semak... disebalik cerita CIKGU ZULKIFLI nie juga adalah cikgu yang buatkan aku suka nama aku yang ada 2A.... (kepada sesiapa yang tak tau nama penuh saya AANISAH...) aku selalu tulis nama aku di buku dengan 1A sahaja ANISAH.... then aku ingat lagi dia cakap kat aku "NAMA AWAK SANGAT UNIK...SATU HARI NANTI AWAK AKAN BANGGA DENGAN NAMA AWAK NIE".... betul kata cikgu.... hari nie memang saya sangat bangga dengan nama saya AANISAH.... TERIMA KASIH CIKGU....

ada sorang lagi cikgu yang membuatkan satu perubahan besar dalam hidup aku... CIKGU ROZIAH... beliau cikgu matematik darjah 6.... satu hari CIKGU ROZIAH suruh satu kelas buat soalan matematik then kami akan bincangkan... cikgu akan panggil siapa yang boleh buat soalan tu di depan.... then cikgu akan semak betul atau tidak apa yang pelajar tu buat di depan.... selalunya pelajar yang pandai la yang akan buat di hadapan.... apa yang buatkan aku tak puas hati... sekiranya jawapan betul beliau hanya cakap betul... tanpa menerangkan semula apa yang pelajar tu buat... abis tu kami yang tak tau dan yang kurang pandai nie macam mana? kami pon nak faham apa yang ditulis kat papan hitam tu kan.... balik ja sekolah aku terus mengadu kat ABAH aku.... then ABAH cuba pujuk.... "MANA YANG TAK FAHAM TU...MEH ABAH AJAQ"... memang ABAH sangat pandai mengajaq aku.... aku macam paham ja semua yang ABAH terangkan.... mungkin CIKGU ROZIAH nak aku cuba cari jawapan dan BELAJAR UNTUK SENTIASA BERUSAHA.... dan CIKGU ROZIAH juga telah mengajar aku bukan semua benda kita boleh dapat dengan mudah... kan cikgu kan... saya dah faham sekarang.... TERIMA KASIH CIKGU... 

CIKGU ZULKIFLI, CIKGU ROZIAH & ABAH KESAYANGAN AKU menyebabkan sampai hari nie aku rasa aku SANGAT SUKA DENGAN MATEMATIK....

walaupun aku hanya bercerita tentang CIKGU ZULKIFLI & CIKGU ROZIAH... tapi cikgu-cikgu lain pon sentiasa dalam ingatan aku.... dan semua cikgu-cikgu baik dengan aku dan aku sentiasa merindui depa semua.... TERIMA KASIH CIKGU-CIKGU di SEK.KEB.WAN ABDUL SAMAD (1994-1997).....

......aku rasa macam dah panjang sangat cerita aku hari nie.... nanti kita sambung boleh? kesian lak kalau aku nak sambung lagi... kang ada yang berpinau mata baca entri yang panjang sangat kan.... ok nanti aku sambung semula cerita AKU & GURU nie.... ok babai semua.... ma'assalamah..... (^_^)v

Wednesday, 16 May 2012

KECEWA.......HE KNOWS THE BEST ^_^v

Salam semua... berabuk la pulak DIARI kesayangan semua orang aku  nie... last entri aku 10 April yang lepas.... so, dah sebulan lebey aku tak bersua-suaan dengan geng semua kan... harap maaf bagi sesiapa yang demam sebab terlalu rindu kat i kan.... hahahahahahaha... perasaan tu jangan perasan sangat boleh tak? (mak joyah bising kat den....)

actually aku ada banyak nak share ngan korang-korang-hampa-hampa semua... cerita pasai birthday aku 24 April (bagi sesiapa yang belum post hadiah...takpa kalau hampa nak post lewat2 pon...i still terima...hahahahaha).... post cerita surprise birthday's party untuk the most important person in my entire life...  my mom HJH RASHADAH MD ZAIN... dan macam-macam lagi la... tapi masa dan ketika tidak mengizinkan... so, terkuburlah niat aku tu... tapi nanti aku akan usaha kan post cerita upacara surprise untuk mak i yang cun tu.. ok...

hari nie aku nak cerita pasal ketentuan yang jadi kat aku 1-2 hari yang lepas.... ada beberapa perkara yang aku rasa agak kecewa yang menimpa diri yang kiut lagi comel nie... huhuhuhu... sapa yang rasa nak tau dan nak ambil tahu... jom layannnn sesama....

AHAD - 13 Mei (8.00pm) : time nie aku ada kat KL sebab ada kursus esoknya... then alang-alang dah smpai KL awal... aku dengan yang lain pi menghabiskan duit di MidValley... aku dengan perasaan yang berbunga-bunga nak cari komik ZINT tajuk Si Penjual Aiskrim... puas i berpusing dalam MPH n MyNews... tak jumpa... so, i pon KECEWA la....

ISNIN - 14 Mei (6.30pm) : lepas abis kursus di KL i shoot terus balik ke Kedah sebab aku ada meeting di Cinta Sayang Resort Sungai Petani esoknya... so, check in 1 malam di situ... dah settle urusan check in dalam kul 6.30 petang tu... aku ngan MekLin... beriya nak pi mandi kat swimming pool... sangat excited bila nampak signboard SWIMMING POOL time nak check-in... sampai bilik solat then cepat-cepat salin baju nak g terjun... sekali bila dah smpai ja kat pool tu... ada kenyataan TUDUNG NOT ALLOWED, LONG PANTS NOT ALLOWED, T-SHIRT NOT ALLOWED.... semua tu la yang aku tengah pakai... so, nak aku londehkan semua ka kat situ.... memang tak la kan... huhuhuhu... yang ALLOWED SWIMMING SUIT, HEAD COVER dan seangkatan dengannya... so, memang aku tak QUALIFIED la nak masuk dalam kolam depa tu kan.... (tetiba ter"emotional" kan... huhuhuhu).... sekali lagi aku TERKECEWA di situ.... huhuhuhuhu
ISNIN - 14 Mei (10.00pm) : dah abis dinner malam tu... aku ngn MekLin balik bilik.... then time tu aku tersedar HP aku tak dak... puas aku geledah satu bilik dan beg-beg aku pon aku tunggang abis semua... still tak jumpa... MekLin cuba kol no aku dan KAKAK OPERATOR yang angkat cakap "THE NOMBER U HAVE DAIL IS CANNOT BE REACH" ntah betul ke idok ntah... tapi lebey kurang macam tu la... then aku dok diam-diam pikir semula baik-baik.... baru aku teringat yang aku tertinggal kat dalam toilet time aku masuk melepaskan "HAJAT" waktu sampai dan time nak check-in... DUHHHH.... aku ngan MekLin pon pi la ke tempat kejadian semula... memang harapan tinggal harapan la kan.... HP aku memang dah tak dak kat situ.... so... kali nie AKU TERSANGAT-SANGAT KECEWA!!!!! first sebab hilang HP kot... memang semua orang akan sedey kan... second sebab HP tu mak aku yang bagi.... lagi la aku sedey.... huhuhuhuhu.....

SELASA - 15 Mei (4.00pm) : settle ja meeting di Sungai Petani... aku balik ke Alor Setar ngan member aku.... kereta aku parking di opis JKR Alor Setar sejak ari Ahad yang lepas sebelum aku bertolak ke KL... sampai ja kat kereta aku... aku pon nak cepat-cepat gerak ke MAXIS CENTER sebab aku nak ambik balik kad SIM baru dengan No yang lama... TAPI.... sekali time aku nak start engine kereta aku.... TAK BOLEHHHHHHHHHH!!!!!!!! aaarggggghhhhhhh..... dah la nak cepat kan... kang tutup pulak MAXIS CENTER tu... dengan time tu hujan dah mula turun rintik-rintik kan.... then sekali lagi aku DIKECEWAKAN... huhuhuhuhu... tapi nasib baik ada orang disekeliling yang tolong aku.... depa tolak kereta aku dan aku dok dalam try start.... so, nasib masih menyebelahi aku... untuk pastikan kereta aku nie tak buat hal lagi time aku nak ke MAXIS CENTER... then aku biarkan engine run lama sikit... mati engine n try nak start balik... nasib baik boleh... bila dah macam confident baru aku gerak ke MAXIS CENTER... nasib baik semuanya ok.... sampai aku selamat sampai rumah.... ALHAMDULILLAH....

disebalik kejadian dan perkara yang menimpa aku tu... aku cuba cari hikmah disebaliknya.... mungkin aku tak jumpa komik tu sebab ALLAH tau aku akan lalai kalau aku beli... dan aku tak dapat mandi di SWIMMING POOL tu sebab ALLAH mungkin tau aku tak sesuai dengan keadaan air dalam kolam tu.... aku hilang HP tu sebab ALLAH nak tunjuk yang semua benda yang ada kat kita bukan sentiasa akan jadi milik kita... dan kereta aku tak boleh start tu mungkin ALLAH nak tunjukkan yang bateri kereta aku tu dah week dan perlu pi tukaq dan ALLAH takdirkan time kereta aku tak boleh start tu di tempat yang ada orang untuk aku minta tolong... bukannya di kawasan yang tak dak orang ataupon di kawasan ramai orang tetapi sorang pon tak sudi nak tolong... kan....

so, kita sebagai manusia kena sentiasa bersyukur dengan apa yang ALLAH takdirkan kepada kita... jangan  mudah rasa KECEWA dan putus asa dengan kehidupan kita.... sesungguhnya ALLAH tau yang terbaik untuk kita... dan kalau kita rasa kita susah... sebenarnya masih ramai lagi kat luar sana yang lagi susah dari kita... JOM KITA BERSYUKUR..... ramai-ramai ikut.... ALHAMDULILLAH... YA ALLAH... Aku bersyukur dengan RAHMAT yang ENGKAU kurniakan kepada aku YA ALLAH.... amin YA RABBIL'ALAMIN...

sekian cerita untuk hari ini... terima kasih sebab baca sampai abis... sampai ketemu lagi... Insyaallah.... babai semua...

Tuesday, 10 April 2012

MakanMakanMakan & MakanLagi

Salam semua... selamat hari selasa... semoga semuanya bahagia selalu... insyaallah... 

bagi sesiapa yang tahu tu dah tau la ehh.. dan bagi yang taktau tu aku nak habaq hari nie dah sebulan lebey aku berpindah tempat mencari rezeki dari KL aku balik ke Kedah... dan harusnya aku masih selalu merindui saat-saat aku di sana... 

bagi menghilangkan sedikit rasa kerinduan aku nie.. jom aku sajikan u'olls semua majlis makan makan dan makan sempena pertukaran aku... dan aku masuk ja semua kategori dalam satu entry... bagi sesiapa yang rasa tak mampu nak habiskan mengadap gambaq2 yang menyelerakan kat bawah nie... aku nasihatkan u'olss serender awal-awal... sebab aku nak warning... semua gmbaq2 nie menguji kesabaran u'olls... tambah-tambah yang berniat nak berdiet (macam akak nie kan... heheheh)... tengok tajuk pon dah tau kan... alkisah makan jelah kali nie... dan bagi sesiapa yang tak sabo dah tu... jom kita layan sama-sama.... ssssaaaaa'aaaasssssssssss......... 

KATEGORI: HAPPY FAMILY
VENUE: FULLHOUSE, WANGSA WALK SETIAWANGSA
DATE: 25 Feb 2012 (PETANG)
Kanan Dari Depan: Ngah, Najla, MakCik Najla, Bangcik, Najmi
Kiri Dari Depan: Adik (wei, baju aku mai balik...), My Super Mama, Daus

Tambahan Peserta: 
Kiri Depan: Baiti aka Benton Bakal Pengantin....

My Mama with "Forest Mushroom Soup" yang Supr Duper SEDAPPPPP....

Mushroom Soup yang dikongsi bersama-sama... sharing is caring whattt.... hehehehehe

Black Forst Chocolate Cup???? kalau tak salah la... nyummyyyyy.... cetengok muka budak cute kat bawah nie setelah cik CUP yang mengoda nie sampai kat dia...

 
One Two Three.....SERANGGGGG!!!!!!!!

nie ape kes nie? tau la sedap kan... hehehehe... my hot sis in law... kak nin... 

nie menu kak nin "CROQUE MONSIEUR" dari pandangan atas... carrot tu yang best tu... siap jadi reben lagi...

dan nie rupa dalam buku menu....

Chocolate Brownies nie My Super Hero Najmi yamg punya.... this cute boy is very kind and willing to share this yummy cake with everyone... so sweeettttt darling....

WOK-SEAR CHICKEN CHOP yang menjadi pilihan My Mom, BangCik, Baiti, Daus dan Najla

i tetap setia dengan ALFREDO SPAGHETTI... sentiasa di hati setelah try sekali di SINI

Adik pilih VONGOLE SPAGHETTI... sedap sangat sampai tak sempat nak snap gambaqkan...

Najla takmau Pulangkan buku Menu nie sebab best dok melayan komik kat dalam dan seriously totemo kawaii desu ne...(sangat comeyyyy)...

time nie semua dah tersandar dah... dok final touch ja...

sebelum mem"blah"kan diri... sesi photography dijalankan... dan kita gunakan sepenuhnya khidmat kakitangan yang bertugas... baru la semua muka masuk... kata bayar service tax kan... 

rasanya tempat wajib orang dok bergambar kalau datang sini... bergambar dengan "Mr. MINI"...

KATEGORI: KELUARGA BAHAGIA
VENUE: AL-RAWSHA RESTAURANT, KG PANDAN KL
DATE: 26 Feb 2012 (malam)
My Superb Mama tengah dok memikio nama makanan yang nak di"order"... dan restaurant nie request by my mama sebab pernah tengok kat Jalan-Jalan-Cari-Makan

tak ingat nama apa... tapi yang penting sedap... pilihan ustazah pilihan Baiti... heheheheh.. yang aku dan adik punya tak sempat nak snap gambar... sebab kami agak rushing nak ke UPM hantaq adik aku balik....

Finally sampai menu mak... mengikut insan yang i paling sayang nie last mak i makan menu macam nie kat Mekah time pegi sana dengan arwah Abah i dulu-dulu... tapi time mak i makan tu diorang just jual daging sahaja... ala-ala kebab... then lepas tu dah tak jumpa dah even Mak i p sekali lagi Mekah dengan Abang i pulak... kat kedai makanan arab yang lain pon tak jumpa jugak... since dah tunjuk kat JJCM.. mak i pon request kat i nak try makan kat sini....

dessert yang sedapppppp sgt-sgt..... vanilla ice cream...

dah selesai dan tengah tunggu brader waiter tu bungkuskan yang tak abis... memang sangat-sangat kenyang... kalau ada rezeki nak sampai sini lagi sekali memang nak order 1 dish untuk 2orang... 

seperti biasa cake dan benton tak dapat dipisahkan... mana ada kek kat situlah ada benton... nie la buktinya... take away kek se'slice'...

KATEGORI: KANAK-KANAK RIANG
VENUE: TASIK TAMAN AMPANG HILIR
DATE: 26 Feb 2012 (PAGI-TENGAHARI)
sesampai kami perosah pasang khemah untuk kegunaan bersama...

dan nie salah satu kegunaannya:
aktiviti mengenyangkan adam dengan minuman paling berkhasiat....^_^

posing jangan tak posing makcik makcik sekalian....

dan untuk pengetahuan u'olls untuk picnic nie we'olls buat potluck stail... so, dishes adalah seperti di bawah:
 pot: Sandwich
luck: me aka AA

pot: Bihun Temurun
luck: Lynn

pot: Kek CEKELAT... lepas makan semua mintak resepi... hehehehe
Luck: MaiSarah (yang dah nak kawen...hehehehe)

pot: Buah Tembikai Susu
Luck: Puan Hazwani Husin


+

pot: spaghetti
luck: Puan Farah Huda

noted: yang tiada di gambar adalah berdozen air kotak pelbagai jenis by Affa aka "massage giri" dan berplastik jajan by Diana..

sesi photography...
Belakang Dari Kiri: Farah Huda aka Kekurt, Aa, Lynn, MaiSarah, Icha Budak Comel, Lydia, Affa...
Depan: Ibu Wani bersama heronya Adam...

dan lagi

ibu wani sempat snap gambaq nie before balik... boleh jengok-jengok blog si ibu muda dok bercerita pasai picnic kami di sini -----> BERTEMU & BERPISAH

siap-siap kemas... sampah semua dah kutip dan dibuang ditempat yang disediakan (please kasi tong sampah besaq sikit boleh dak...? jenuh kami dok menekan sampah2 yang ada kasi semua masuk tong...)  kami pon nak berangkat pulang......... yang si manis (sila paham ini ayat bodek..hehehhehe) baju kotak tu Puan Diana... dia sampai lewat dan tak ada di sesi photography untuk 1st round...

KATEGORI: TEMAN SEPERJUANGAN DI BAHAGIAN DOK AUDIT ORANG
VENUE: RESTORAN TUPAI-TUPAI, KL
DATE: 20 @ 21 Feb 2012
bersama bos terchenta Puan Siti dan officemate Puan Hani Nadzrah aka mama Hadif

Mr MC of da Day... Ahmad Suhaimi aka Sumi aka daddy baru...

sesi ucap mengucapi.... eceh eceh... berucap konon... mata dok tengok ayam masak halia yang mengoda tuuu... hehehhe 

officemate Puan Noraini (tengok je halus macam nie tapi anak dah 2 tau...) yang sama angkat kaki meninggalkan bahagian yang mempunyai bos yang SGT KOMPETEN.... hehehehe

makan time.... zzzaaaaaaasssssssssss....

mmmmmmmmmm dok menengok balik gambaq2 nie perut i pon dok berlagu sakan dah nie.... then masa pon dah sampai... so, geng sekalian... sampai sini jelah cerita i hari  nie... nanti insyaallah kita cerita lagi.... babai semua... ma'asalammah....

p/s: entry nie yang paling lama aku nak siapkan... 4 hari baru siap... so, harap-harap u'olls tak termuntah la ehh...