Tuesday 27 March 2012

LEPASAN KEGERAMAN / MEMBERONTAK / MEMPROTES

Salam Semua-Semua.... kabare kalian? waras? harap-harap semuanya waras-waras belaka..... Selamat Hari Selasa dan Selamat menempuh hari ini dengan lebih berjaya dari hari kemarin... Insyaallah...

hahahahahahahahahahahHAHAAHAHAHahhahahahhaah!!!! sepanjang perjalanan mai opis tadi memang bergelak sakan aku dengar cerita kat HOTFM... hari ni topik yag depa dok bercerita pasai kisah memberontak di zaman kanak-kanak dolu-dolu.... sebenarnya ada jugak diantara cerita-cerita yang dikongsikan caller terkena batang hidung aku sendiri... kadang-kadang bila pikirkan balik kreatif-kreatif pemikiran budak-budak kan...

seingat aku dizaman kanak-kanak aku dulu pon ada jugak aku dok memberontak nie... diantara yang aku buat tanda protes adalah seperti berikut :-

Perancangan Lari Dari Rumah:
masa nie aku rasa umur dalam 11-12 tahun kot.. taktau la aku apa sebab aku stress sangat sampai nak lari dari rumah kan... siap gali tanah simpan duit.. then buat perancangan bila duit dah banyak terkumpul nak lari beramai-ramai dengan sepupu dan adik-adik... pastu siap buat survey jalan keluar ikut hutan belakang rumah supaya tak dapat dikesan... hahahahahahaha... lawak-lawak....

Mogok Tak Makan:
aku nie adik-beradik ramai 9orang.. so, kalau time makan tu memang kena berebut, gaduh gaduh sikit baru best... pastu mak la sebagai director besar kat dapur tu dok mengagihkan makanan supaya semua dapat dan selalunya kami akan makan bersama-sama sebab itupun salah satu strategi mak aku nak bagi semua dapat makan seadanya...

aku pulak jenis pantang makan ja mesti nak lebih kan... maklum la kanak-kanak COMEL la katakan.... hahahahhaaha... satu hari tu entah kenapa ntah terlebih sensetif.. mak sound aku sebab nak bertambah je keje nye kan nye pun... pastu aku tersentap terus mogok takmau makan... aku rasa dalam 3-4hari jugak kot... bukan tak makan terus.. cuma tak makan secara official nya la.. macam Breakfirst, Lunch, Dinner DLL tu kan... aku just bukak peti ais tengok apa ada aku makan sikit... ambik roti kat atas meja makan sikit... kiranya aku tak join yang lain makan... time makan aku buat bodoh ja dok layan TV...

tapi aku pon tak ingat macam mana aku tamatkan mogok lapar aku tu.. dah lama kot 15-16tahun yang lepas... time aku 11-12 tahun... yang pastinya kan best kalau aku mogok sampai sekarang mesti slim kan... hahahahahhaahhaa... berangan berangan....

Kasi Potong Rambut ADIK:
hahahahahaha... part nie aku paling ingat... dulu zaman muda-muda dulu.... rambut i kerinting tahap kronik... hahahahahha... AMARAN: JANGAN CUBA BAYANGKAN.... so, pantang panjang sikit mesti mak i nak gondolkan kepala i... ehhh takdak la sampai gondol terus... just kasi trim smpai rapat la kan... memang takdak harapan nak berambut panjang la jawabnya... then nak jadikan cerita adik-adik aku rambut lurus... so, mak i biarkan la rambut depa panjang kan.... untuk melepaskan geram dan tanda memberontak i nie kan... i potong rambut adik i pulak.... hahahahahahaha...

masa nie adik aku yang bongsu jadi mangsa... aku rasa time tu aku 9tahun dan adik aku tu 4tahun... u'olls nak tau macammana i menjahanamkan rambut adik i tu? memang macam tukang gunting rambut professional, jadi rambut artis tu.... hahahahahhahaa.... i sikat rambut adik i kedepan... then i pegang agak-agak segengam... then i pon potong pendek... taaarrrrraaaaaaaa... jadilah fesyen rambut ABU BAKAR ELLAH....


hahahahahahaha.... pastu apa lagi mengamuk la mak i kan.... lepas mak aku tau... memang aku kena kejar sampai dapat la kan... hahahahahahaha.... gila nostagia...

bila dipikir-pikir balik.. nakal jugak rupanya aku dizaman kanak-kanak dulu... tapi semua tu asam garam yang akan dilalui di usia kanak-kanak kan... tak best la kalau baik ja memanjangkan.. tak mencabar... hohohohohoho... apa-apa pun i SANGAT SANGAT SAYANG kat mak i... HJH RASHADAH BINTI MD ZAIN.....

oklah darling-darling sekalian... nanti kita cerita lagi ok... babai... luv u'olls!!!! daaaaaaaaa.... ma'assalamah...

Thursday 15 March 2012

NO TITLE (^_^) v

Selamat hari Khamis semua... apa cer geng sekalian? bahagia? gembira? berduka? bersedih? berjaya? gagal? merajuk? bergaduh? berbaik?... mesti ada pelbagai cerita kalau nak dikumpulkan cerita-cerita yang dihadapi setiap yang bernama MANUSIA.... kan...

dan hari ni aku nak sharing is caring dengan u'olls semua keadaan aku di tempat baru... pada sesiapa yang tak tau menahu dan cuba untuk ambik tahu silalah rajin-rajin tengok kat SINI ......

ada baik dan buruk bila kita pergi ke tempat baru... dan disebabkan ini adalah pilihan aku... so, aku kena teruskan dan bertekad untuk menjadikan keputusan aku ini adalah keputusan terbaik... kerana penentu untuk kita menjadi seorang yang terbaik adalah diri kita sendiri.. iyo dokk???

jap-jap... kenapa bila aku nak tulis apa yang buruk lepas berpindah macam takdak yang terlintas kat kepala aku nie... mmmmm... aku rasa mungkin kalau nak dikategorikan keadaan di rumah dan di opis lagi mudah kot... ok cuba kita buat table macam kat bawah nie: 


Di Rumah
Di Office
Dulu
Sekarang
Dulu
Sekarang
Bangun Pagi Sendiri, Bunyi Alarm Hanset Pon Boleh Terjaga
Mengada-Ngada Mak Dah Kejut Pon Susah Nak Bangun
Rajin Bekerja…(Hahaha Tak Boleh Blah…Kalau Tak Caya P Tanya Bos I.. Hehehehe)
Takdak Keja Nak Buat…Memanjang Ber‘Fb’, Ber‘Youtube’ Dll Yang Seangkatan Dengannya…
(Woi Makan Gaji Buta Ka!!!)
Malam Kadang-Kadang Tak Makan Pon…So, Boleh La Diet Sikit
Kalau Tak Makan Tu Macam Pelik Ja…Setiap Yang Ada Kat Atas Meja Tu Semua Nak Dihabiskan…Abisss!!! Lepas Nie Kalau Ada Yang Tak Kenai Aku Jangan Pelik La Kenapa…Hohohoho
Kalau Tak Dak Keja Sangat Boleh P Kacau Member-Member Yang Tengah Sibuk Buat Keja Dan Cuba Mengucar-Kacirkan Hidup Diorang…Baru La Hidup Nie Terisi Kan Kan  Kan…Hehheheehe
Masih Malu-Malu Nak Mengacau Orang Nie..Maklum La Budak Baru La Katakan…(Daaaaaaaaaaa)
Settlekan Baju-Baju Sendiri…
Nak Basuh Baju Ja Masuk Mesin..Nanti Kakak Ipar Yang Basuhkan…Naik Lemak Lagi La I Nie Kan..Huhuhuhu
^_^ V
^_^ V

kalau part yang best tu memang la banyak... tapi untuk tujuan muhasabah diri aku nie.. so, aku nak tengok yang tak best dulu... tapi kalau nak ikutkan semua yang aku rasa tak best seperti kat atas nie semuanya datang daripada diri aku sendiri...

diri aku yang mengada-ngada nak susah bangun pagi, diri aku jugak yang tak boleh nak kawal nafsu makan aku tu, diri aku sendiri jugak yang mengada-ngada nak harapkan orang settlekan urusan basuh baju aku... dan diri aku juga yang tak cuba untuk meng"proactive"kan diri di pejabat... semuanya berpunca daripada diri aku sendiri... bukan salah orang lain... betul tak?

kalau geng semua nak tau sebenarnya coretan aku kat atas nie bukan sengaja aku lakarkan...tetapi aku ada massage (MUNGKIN MESSAGE...hahahahaa) yang aku nak terapkan kat sini... dan pada pendapat aku message itu akan terasa lebih dekat kalau kita buat contoh berkisarkan diri kita sendiri... (sapa setuju sila korek hidung... hohohohohoho)

tanpa kita sedar, kadang-kadang diri kita sendiri boleh menjadi musuh kita... dan musuh itu perlu kita tangani dengan diri kita sendiri jugak.. takdak sesiapa yang boleh tolong kita untuk kita berhadapan dengan "MUSUH" kita itu... oleh itu, kita perlulah sentiasa cuba mencari kekurangan dan kelemahan diri untuk dibaiki... kerana hanya kita yang tahu jalan untuk berdepan dengan "MUSUH" kita itu...

so, semoga kita semua cuba bermuhasabah diri untuk menjadi lebih baik pada hari esok.... chilll semua... n GOODLUCK!!!! bubai.... ma'asalammah....

p/s: kepada sesiapa yang tak faham leteran saya ini dan ingin ajukan soalan boleh titipkan soalan anda di ruang COMMENT di bawah.... hahahahhahaha... ok bai....

Saturday 3 March 2012

I AM MOVING

Salam semua... kabare geng sekalian? semoga sihat dan bahagia sentiasa... amin...

Tanggal 9 Feb yang lepas, aku dapat tau aku akan ditukarkan ke JKR Negeri Kedah pada 1 MAC 2012...time aku dapat tau berita pertukaran tu.. perasaan aku bercampur-baur... seronok, nervous, sedih, gembira dan macam-macam lah... tapi tak dapat nak nafikan banyak kepada gembira..
.
perasaan yang timbul nie terdorong oleh pelbagai sebab.... nervous sebab... harus la nervous der g tempat baru kot.... sedih sebab nak tinggalkan member-member opis dan bos yang semakin hari semakin rapat dan semakin hari semakin sayang gituuu kan....  gembira dan seronok sebab memang aku teringin sangat nak balik kerja kt kedah.. 

aku kan budak kampong aka budakampongugup.... perasaan anak jati kampong memang sukar nak ditafsirkan... rasa sentiasa dekat walaupon jauh.... rasa dah rindu walaupon belum berangkat pulang ke kota... rasa selesa dalam berbuat apa-apa ketika berada di kampong... waktu nak balik, seminggu dah buat preparation... tapi time nak balik semula ke kota, setengah jam sebelum nak bergerak balik mandi pun belum.... berat ja rasa hati nie... huhuhuhu.... 

tapi tapi tapiiiiiiii.... banyak yang akan aku rindukan saat-saat aku bermastautin di kotaraya KL... aku akan rindukan aktiviti weekand aku dengan geng-geng aka BFF aku... tabiat aku yang suka berNOMAD sana-sini ikut sesuka hati aku... buat aktiviti yang merapu-merapan dengan geng aku yang sama kepala sengal macam aku.... dan aku tak nafikan di KL memang serba serbi ada... cakap je nak apa mesti ada... tu juga akan menjadi salah satu sebab aku akan rindukan kehidupan aku di sana... 

tapi aku perlu buat pilihan antara kotaraya KL ataupun kampong halaman aku... dan untuk masa dan ketika ini, aku pilih kampongku... aku harap keputusan dan pilihan yang aku buat nie merupakan langkah terbaik untuk aku... 

coretan diatas yang aku rasa agak serius dan skema ala-ala karangan SPM ini adalah apa yang ada jauh dalam hati aku... dan aku harap semua akan mendoakan yang terbaik untuk aku... 

oklah geng semua... setakat ni dulu buat entri kali ni... aku chow... daaaaaaaaaaa.... ma'asalamah....

p/s: 

geng di KL: sahabat-sahabat saya sekalian... saya janji tidak akan lupakan kalian... kalian tetap sahabat terbaek saya dunia & akhirat... 

geng di KEDAH: JOM BERJIMBA!!!!! hohohohoho....