Wednesday 14 September 2011

Wordless Wednesday: "Ahmad Adib" --My Nephew--













*Miss him a lots...=_='

Tuesday 13 September 2011

---- RaYa , RaYa & RaYa lagi...YAHOOO!!! ----

Salam semua... apa khabar kamu semua? harap darling sekalian sihat sejahtera sentiasa... hari demi hari kerja aku di opis ni menimbun la pulak.. ni la akibatnya kalau kita nie suka nak bertangguh dalam menyelesaikan sesuatu perkara... kan... aku rasa aku dah berpesan dah kot kat entry aku yang NIE... tapi aku still tak belajar dari pengalaman.. sekarang dah tak menang tangan aku nak settlekan kerja-kerja yang tiba-tiba datang mengunjung aku...

tapi disebabkan aku gian nak mengUPDATEkan diri aku kat sini dan masih ada rasa keterujaan berhari raya yang tak abis lagi.. aku nak meneruskan CERITERA RAYAKU yang lepas... sila jangan bosankan diri anda ya rakan-rakan sekalian... redhakanlah penulisanku ini... hehehehe...

bagi aku raya akan tak lengkap kalau tak ada sesi beraya dengan kawan-kawan.... bukan apa... masing-masing dah jadi wanita bekerja sekarang.. memang susah sangat nak bertemu, bersua muka dan berhuha-huha macam dizaman remaja dolu-dolu... tu belom lagi bagi kawan-kawan yang dah bertukar status jadi ISTERI ataupon IBU orang... bertambah-tambah la susah nya... so, time raya nie la kalau nak berkumpul ramai-ramai pon kan...

aku rasa dah hampir 3-4 tahun kami akan konvoi raya beramai-ramai... tapi apa yang menyedihkan ahli konvoi raya akan berkurangan tahun demi tahun sebab ada yang dah berkahwin dan agak sukar bagi depa nie nak join geng-geng yang masih bujang nie nak berKONVOI..  

-raya 2010-

-raya 2011-
*see..nampak tak kemorosatan ahli berKONVOI RAYA i...? huhuhuhu.... sedey-sedey....

tapi raya tahun nie ada sedikit kelainan.. kami decide nak join REUNION ALUMNI SMK SULTANAH  BAHIYAH yang tak pernah kami join pon sebelom nie... ramai jugak yang boleh join.. walaupon ada beberapa orang yang terpaksa tarik diri disaat akhir... jom layan gambaq time kami join reunion tersebut... 

-berkumpul di McD sebelom menyerbu dewan Hotel Holiday Villa... nasib baik tak kena halau...hohoho-

-cheeeesssss... IniLah Iklan Ubat GiGi Cap Peace No Wars-

-senyum jangan tak senyum... apa tak clear??? jap-jap i close up..-

-ok...dah jelas dah???-

-peace yoooo-

-cuba teka yang mana dah jadi isteri orang? jangan tunjuk i tau... i masih bujang yeerr...-

-pilih-pilih yang mana mau-
 
-SAYA MENANG MOTORRR!!!... dapat hadiah cabutan bertuah.. yahoooo-

-siap ada sesi bergambaq dan jurukamera dijemput khas... i like!!-

 -alang-alang dah dok cantik-cantik tu.. kita snap la lagi-

i do really love all my friends.. they all are so important stars in my heart to light up my entire life... i always pray for their happiness and wish we'll friends until Syurga Allah.... Insyaallah...

ok.. itu jelah kot CERITERA RAYA aku untuk kali nie... sekarang aku tengah plan untuk beraya kat rumah sahabat-sahabat aku di Kuala Lumpur pulak... so, sapa yang dok area KL yang nak aku dan rakan-rakan gi beraya rumah u'olls, sila drop comment disini yerr... akan dipertimbangkan.. (<---- sila jangan percaya statement nie..","...hohoho)
i dah nak choww nie... nanti kita cerita lagi... ok Salam Syawal semua.... daaaaaaaaaa.... ma'assalammah... (^_^)....

Thursday 8 September 2011

@---My Fabulous Raya---@

Salam Aidil Fitri semua... Maaf Zahir & Batin... wah wah wahhhhh.... beraya sakan nampak cik aa... dah raya ke-10 baru nak muncul... I'M SORRY... bila den bukak blog geng-geng kaki blogging tadi den tengok semua dok seronok bercerita al-kisah raya depa.. den pon apo lagi.. mana sonang duduk tengok yang lain berceritakan.. so den pon tongah berkoba-koba nie nak sharing caring ngan u'olls semua hal perihal raya den lak...

tapi before tu den nak koba dulu.. sure punya den akan lotak banyak gambaq-gambaq den beraya.. kalau sapa yang ada penyakit mudah pitam or ada penyakit muntah-muntah hijau kalau tengok banyak gambaq yang super-duper hot.. sila la jangan teruskan perjalanan anda untuk abiskan tengok entry raya den nie... den tak mau nya bertanggungjawab... hohohoho

sebelom den terus melompat masuk cerita raya, den nak selitkan 2 keping gambaq den berbuka puasa dengan member-member a.k.a geng zaman study kat UiTM (Mai, Su, Lin, Kurt & Wani)




ok sekarang baru kita cerita pasal raya pulak.. untuk memudahkan story line cerita aa hari ni.. aa akan bercerita mengunakan gambaq... so geng semua layankan jelah ye.. jangan sampai pitam or muntah hijau sudahhhh.... hohohoho........... laayyyyyyyyyaaaaaaaaaaaaannnn......

~~ the journey it's begin ~~

aku bertolak balik pada 4.00 petang 26 Ogos 2011 dan selamat sampai ke Kampong Gajah Mati, Pokok Sena, Kedah setelah menempuh trafic jem dan hujan yang lebat dalam lebih kurang 11 malam... dah sampai tu seperti biasa aku akan selongkar dapur bondaku... korek sana korek sini... sampai selesai agenda di dapur aku pon pi la kacau ketenteraman individu-individu yang sepatutnya dikacau keamanan dan ketenteraman macam aku pernah cerita di SINI...
keesokan hari adalah hari ke27 Ramadhan.. my gorgeous mom nak buat majlis berbuka dengan sanak-saudara yang lain... so, bala tentera mak pon dikerah untuk masak hidangan berbuka untuk lebih kurang 20-30 orang... dan menu pulak gulai daging campur batang pisang, ayam masak kicap, air asam dan air sirap soda...

proses membersihkan batang pisang

gulai daging sebelom dimasukkan batang pisang

 memang marvelous wa cakap sama tu...TERBAIKKK....
majlis berbuka yang sederhana tapi penuh bermakna....antara yang hadir memeriahkan majlis...


antara bala tentera mak untuk penyediaan juadah berbuka....dan ahli tentera yang len adalah tak lain tak bukan kak iparku dan sepupu-sepupu yang dipanggil berjuang sekali..huahuahahahaa..

ok finish cerita majlis berbuka sekarang cerita di pagi 1 Syawal...


1 Syawal 1432h
sesi photo-shoot yang sememangnya menjadi aktiviti dikala beramai-ramai menyerbu balik kampong...

~sebelom nak shoot kena set up tempat dan kanak-kanak dulu~

~setelah beberapa kali snap... rasanya yang nie la kot yang paling ok~





~puteri-puteri pengarang jantung mama ku... wahhh gitu~

~family bgE bergambaq dengan ibu tercinta... k.emah, awaludin dan adib~

~turn family bandam pulak... k.umi zulfatah, adam & afrina~

nextttt....

~kakak ngan abang chaq dan diserikan dengan si keciks~



dan nie adalah modal-modal KAMDAR yang di jemput khas.... hohohoho...




-kak na sila jangan interframe okee-


selesai ja sesi photography kami pon beramai-ramai serbu rumah pakteh yang terletak lebih kurang 100m dari rumah... ehh jap-jap rasanya macam kurang 100m ja.. mmmm maybe 50m kot... ntah la.. yang penting kalau rasa nak terberak tu sempat lagi la nak lari balik berak kat rumah... hahahahaha...



 
~my TOK yang comey... tok senyuuummmmm~

next destination umah tok chik... kami berjalan beramai-ramai serbu umah tok chik

-bila sahabat bertemu.. TokChik is My Tok's best buddy-

-with makcik yang supporting abiss-

-bersalam-salaman sebelom nak memberEDARkan diri-

lepas tu kami pi rumah kakak pulak... walaupon rumah kakak sendiri dan terletak hanya disebelah rumah mak tetap kena pi beraya jugak.. sebab kat rumah kakak ada kek lapis Sarawak... so, agenda di rumah kak adalah menghabiskan apa yang ada..huahuahuhahahaha


beraya seharusnya diteruskan sehingga malam hari.... itu adalah perkara biasa bagi orang yang biasa macam saya... Maksu sekeluarga dan Onar datang beraya di malam hari...

-Bonda bersama adik ipar kesayangan aka Maksu yang Sweet-

-acara lompat beramai-ramai sebelom balik... memandangkan banyak gambaq yang diSNAP tapi satu pon tak jadi..so, aku gabungkan gambaq-gambaq yang ada... 1, 2, 3... LOMPATTT!!!-


 
-gambaq yang digabung...hohoho-

selesailah cerita 1 Syawal... rasa macam dah letih nak masukkan cerita 2 Syawal... letih nak meng'UPLOAD' gambaq sebenarnya... dah ada ka yang termuntah??? huhuhu.... macammana nak teruskan atau tak???? any VOTE??? mmmmmm.... memandangkan aku dah lama tak update.... aku teruskan jelah erk... hohohoho

 2 Syawal 1432h
pagi-pagi raya abang-abang ku dengan gigih dan usaha jaya nya telah mengorbankan arnab-arnab peliharaan kami... 5 ekor semuanya yang terkorban... dan pengorbanan arnab-arnab nie berakhir sebagai LAUK MASAK KURMA... sodaappp wa cakap sama lu...

~Bismillahirrahmanirrahim~
~barisan rabbit yang terkorban..hukhukhuk~
~proses melapah bulu-bulu arnab.. taktau la kenapa gambaq nie nak terbalik macam nie..~
~setelah selesai dilapah~
~kemudian disalai~
~generasi baru arnab bersama-sama dengan Generasi Baru Hj Abdul Rahman Ahmad..alololo comelnya~

memandangkan family abang dan family abang cik baru sampai petang 1 Syawal.. so, second sesi photography pon diadakan...

seperti biasa operasi set up menyetup pon bermula....
~Abang Sekeluarga Bergambar dengan Ibunda~

~hasil tangkapan~
nextt
nextt nextttt
ok..for sure this one the last one...
Belakang: Abang, Aa, Dayah, Baiti, Adik, BangCik, Bandam, BangE
Tengah: Kakak, KakNin, Mummy, KakAnis, KakUmi, KakEmah dan Adib
Depan: Awaludin, Adam, ZulFatah, Amzar, Najmi dan Najla
Paling Depan: Afrina

....fuhhh lotih siot nak dapatkan gambaq yang betoi-betoi cun..tapi takpalah..yang last one tu kira jadi la tu...
seterusnya lepas selesai sesi photography kami sekeluarga berangkat ke rumah kakak kepada Ibu saya A.K.A MakLong yang Sangat Baik Hati... 


-alang-alang dah ramai kita buat tahlil sekali..kan kan kan-
~walaupon gambaq nie blurrr tahap gaban... i still nak letak jugak...sorry ye semua...=.=
~Mama, MakLong & Tok... Tiga Beranak yang cun-cun~
~time sesi photography kat rumah tadi Najmi buat perangai..so, gambaq BangCik Sekeluarga di ambil kat umah MakLong...Mie, SMILEEE....~
~aktiviti-aktiviti lain adalah...MAIN MERCUN dan BerCamping...hehehehe~


~khemah nie Abang Iparku yang buat kat belakang rumah sendiri..bergambaq sebelom Bandam nak berangkat pulang~

hahahahhaa... ada ka yang termuntah??? i told u... banyak gambaq yang i nak letak... hohohoho... sebenaqnya ada lagi tapi nanti la aku sambung... kang kalau i masukkan semua kang ada gak yang masuk ICU sebab stress.. oklah... geng sekalian... nanti aa sambung lagi Ceritera RayaKu... tungguuuuuuuu.... hehehehehehe.... daaaaaaaaaa semua... ma'asalamah ^_^....