Wednesday 29 June 2011

Sama Ka???

Salam semua.. memandangkan ada beberapa hal a.k.a kerja yang i nak kena settlekan.. membuatkan blog i nie sedikit berhabuk.. tapi takpa.. rasanya tak tebai sangat kot habuk-habuk yang berkepok kat sini kan kan.. 

Weekand lepas aku dengan member aku Cik Lin pi menghuru-harakan majlis GLC's OPENDAY kat dewan apantahkenamanya dekat KLCC.. maklum la aku nie bakal menghadapi zaman mencari kerja macam dulu-dulu time lepas abis belajar... ini semua angkara kontrak aku dengan JabatanKerjaRaya nie dah nak tamat hujung tahun nie... so, kami berdua pon pergilah meng'DROP' resume a.k.a CV kami kat company-company yang related dengan field Civil Engineering nie sambil buat muka kesian... kalau tak caya tengok muka kesian kami kat bawah nie...

nie bukan muka kesian la beb... nie muka chill bebeh...

Kami bergambaq sakan lebih dari tujuan asal yang nak drop RESUME sambil buat muka kesian kan... aku rasa ada la dalam 6-7 company ja yang suit dengan degree kami.. so, thats mean dalam 6-7 company jugak la yang kami sempat kasi RESUME... tapi aku rasa dekat 20 ke 30 gambaq yang di SNAP kat situ... hohohoho... kalau dah kata kaki bergambaq tu memang tak boleh nak buat apa lakan...

Pastu tengah tengok2 balik gambaq yang dengan jayanya di SNAP tu.. Cik Lin cakap kat aku... "Weh aa, gambaq yang nie muka hang sama macam adik hang la.." aku tanya la yang mana satu sebab aku ada dua adik.. pastu dia cakap "Baiti".. haaa? biaq betoi? sat-sat cuba geng suma tengok gambaq aku dengan adik aku kat bawah nie.. ada sama ka?


Sama ka? tak kan.. kalau baju tu memang la jenis yang sama walaupon kaler tak sama.. tapi muka memang tak sama.. macammana la Cik Lin boleh kata muka aku sama dengan adik aku nie..gambaq kat bawah nie pulak gambaq yang Cik Lin kata muka aku sama dengan Baiti a.k.a Benton nie...

time nie kami gi menghadap burger GCB yang sedap setelah 2jam lebih berlegar-legar kat dalam dewan apantahkenamanya yang depa buat GLC OpenDay tu... (GLC vs GCB ok la kan..hehehehe)

kalau tak jelas jugak... sat-sat i close-up sikit muka kami nie walaupon keyakinan agak tak berapa banyak sebab nak close up muka dan menampakkan apa yang tak nampak sewaktu gambar bukan dalam mood close up..hohohoho...

klik kat burger GCB tu kang burger keluar sejibik kat depan u'olls... p/s: jangan percaya tau..

memang tak sama kan.. dia mata sepet aku mata tak sepet.. mana boleh sama... kan kan kan.. apa-apa pon burger GCB tu sedap.. heheheehe... disyorkan pada sapa yang pegi McD pastu blurrr sebab taktau nak makan apa.. mmmmmm.... maybe ada la sama sikit kot.. namapon adik-beradikkan.. satu MAK satu ABAH.. mestila samakan.. tapi i pon tak tau sama kat mana.. apa-apa pon i luv u MAK&ABAH forever n ever.. oklah.. sebelom u'olls suma nak chow.. layan la gambaq-gambaq kami kat GLC OpenDay tu.. ok bebeh sekalian i sudah mau chowcinchow dulu... daaaaaaaaaaaaaaaa suma... ma'asalammah...


Celah-Celah Pokok hiasan POn Jadi Kijo...
Renungan ke Masa Depan yang TakTau Macammana...hukhukhuk
Kereta TUAH yang bakal dikeluarkan oleh PROTON.. SMART SIOTTTT....
Timbalan PM pon datang memeriahkan majlis...
Cik Lin pegi melancong...
LUNCH time.. besh...
p/s: Selamat menyambut hari Israk & Mikraj suma.. hari ni ada ceramah kat surau opis pasal Israk & Mikraj.. buleh la i gi join.. oklah i chow dulu semua.... Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Friday 24 June 2011

BosaN - DaPaT Keja = Dah Tak Berapa Bosan

Salam semua... I Likeeee.... WHAT???? of course la... Hari Jumaat beb.. Hari Jumaat... Yahhhooooooo... tipulah kalau ada yang tak suka hari Jumaat... kan kan kannn...

Oklah.. takyah nak bebel panjang sangat pasal hari Jumaat nie.. akak tau la u suka sebab esok cuti kan.. back to the TITIK.. pagi-pagi lagi bos dah panggil aku dengan 4 orang lagi pegawai masuk bilik.. wah masuk bilik gitu... macam pelik la awal-awal dah kena panggilkan.. rupanya ada task baru yang dia nak kasi kat kami... bagus-bagus.. ada la benda aku nak buat.. memandang task yang lepas dah settle... takdak la membatu a.k.a mengkematu bontotku kat atas kerusi nie tak wat pape kan...

sebenarnya hari ni aku nak kongsi hasil keja aku kalau aku tengah bosan kat opis nie.. aku dah penah tulis kat entry yang lepas pasal aktiviti aku kalau aku tengah bosan tahap GABAN.. salah satunya aku melukis.. biaq la aku nie tak dak bakat melukis pon sebenaq-benaqnya kan... tapi aku suka jugak.. lantak la hasil nak jadi macammana pon kan.. contohnya aku nak lukis muka aku sebenarnya sekali dah macam muka Siti Nurhaliza kan.. ok akak mengaku siap-siap.. nie adalah contoh yang sangat dusta.. jangan percaya ok... so, biar la kan... akak tak kisah dek non oiii.. ada hampa semua kisah..? dak jugakkan... yang penting akak bahagia kalau lukis-melukis nie..

selain akak mengabiskan kertas-kertas kat opis nie.. aku pon selalu jugak lukis guna PAINT... so, boleh la aku nak upload kat blog aku nie.. kalau ada antara hampa termuntah sebab tengok gambaq yang aku lukis nie.. aku mintak maaf sesiap la erk... Ampunnnn... ok layan la gambaq-gambaq nie.. akak choww dulu.... daaaaaaaaaaaa semua... ma'asalammah (^_^)V...

time ni mood tengah ingat kat kampung halaman.. huhuhuhuhu... i luv u mak...

tak tau la apa motif aku lukis nie... ntahhh...

This one i dedicate to all My Friends... wahhh gituu...

aku test colours yang ada kat dalam PAINT... sah memang takdak keja kan aku  nie...

see kan aku dah cakap aku takdak keja.. huhuhuhu


-THe eND-
~~babai~~

Thursday 23 June 2011

APA PON TAK BOLEH

Salam semua... apa cerita geng sekalian hari nie? ada sihat ka? harap-harap semuanya sihat-sihat selalu... Insyaallah... Hari ni aku nak kongsi satu tabiat aku yang agak annoying... hahahaahaa... sendiri mengaku tu... bagus-bagus... ok jom layan sesama...

Situasi 1
Time aku tengah beli Papa Bun... cashier takdak duit kecik nak bagi balance duit aku.. so, dia pon pegi la nak tukar duit dekat kedai lain... sambil aku dok tunggu cashier tadi pegi tukar duit... aku dok melepak kat depan kedai tu pastu kat sebelah tu ada makcik nie jual donat... sekali aku tengok makcik tu tengah korek taik hidung dengan penuh nikmatnya sampai tak perasan aku tengah perhatikan dia... maybe besar sangat kot bijih tu... memang time tu aku rasa macam nak pi cakap kat dia "JGN LUPA BASUH TANGAN TAU SATGI"... dah la aku selalu kot beli donat tu.. nie yang buat aku takmo beli dah donat kat dia... huhuhuhu...

Situasi 2
Dalam train ada sekumpulan adik beradik nak pergi sekolah... ada kakak, adik lelaki, adik perempuan... ramai la jugak dalam 5-6 orang.. atas dasar baik hati ada sorang makcik yang tak berapa makcik sangat nie kasi tempat duduk kat adik depa yang paling kecik.. aku rasa dalam 6tahun kot budak tu... tapi tempat duduk tu agak jauh dari kakak-kakak dia yang tengah berdiri... aku rasa yang paling tua pon dalam 15-16 tahun kot... tak lama lepas dapat duduk, budak tu pon terlelap.. tinggal satu lagi stesen aku nak turun... aku rasa macam nak cakap kat kakak budak tu "JGN LUPA ADIK TU TAU.. DIA TENGAH TIDOQ TU.. KANG TERTINGGAI PULAK".. 

tu dua situasi sebagai contoh.. aku nie memang jenis yang tak boleh la tengok kalau ada yang tak kena dihati nie.. rasa nak teguq ja.. kalau orang tengah buang sampah sambil berjalan pon rasa nak teguq.. kalau potong barisan time nak beli tiket wayang rasa nak teguq.. kalau orang sembang-sembang dalam surau pastu pulak time tu orang tengah solat pon rasa nak tegur... kalau ada yang dok bertolak sakan time nak masuk train pon rasa nak teguq... mulut nie ringan ja nak meneguq orang itu dan ini... perfect sangat ka aku nie nak meneguq orang? huhuhuhuhu... dush dushh dushhhh... APA PON TAK BOLEH.... hahahahaha...

tapi semua tu aku cuma RASA jela.. belom aku pegi tegur betul-betul.. rasa-rasa la kan (larhhh rasa lagi.. bapa banyak rasa daaaaaa...)... kalau aku pi teguq betoi-betoi la.. ada dak aku kena bom macam Altantuya tu?... hahahaha... mesti depa yang kena teguq dengan aku tu akan rasa macam "Alah budak nie, macam la dia tu baik sangat kan.." takpon "Beb, aku tau la.. lepas buang bijih nie aku basuh ar tangan.. yang ko kecoh sangat nie apa hal???"... larrrriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.............. hohohohoho

~~the end~~ 
babai semua.... Ma'asalammah ('',)...

Tuesday 21 June 2011

Baik Sangatkah AKu?

Salam Semua... hari ni berbekalkan rasa bengang yang agak melampau.. aku nak update entry hari ni... benganggggggggggg bengannnngggggggggggggg dan bengannnnggggggggggggg........ wah emonya cik kak... ceciter-ceciter.....

kebengangang aku hari nie adalah berkisar post aku yang lepas.... yang kisah aku eksiden baru-baru nie... kalau geng suma nak tau... mamat yang mentabrak aku tu sekarang dalam proses melarikan diri... aku telepon tak angkat aku massage tak balas... nie yang buat aku rasa nak pegi buat report nie... tapi abang aku cakap kalau nak buat report kena dalam 24hours lepas eksiden... nie dah dekat seminggu kot... 

kenapa la aku nie baik sangat time tu? kenapa la aku lepaskan dia time tu dan percaya janji dia yang nak kontek aku balik lepas dia nak deal dengan workshop? kenapa la time tu aku tak betoi-betoi tegas dengan dia? kenapa aku tak tuntut time tu jugak? ish aku pon tak tau kenapa.... 

abang aku cakap try report kat cousin aku yang kerja polis trafik tu tanya macammana... tapi aku pulak rasa malas nak kecoh-kecoh... tapi bila fikirkan sakit hati kat budak tu memang aku rasa nak ngadu ja kat cousin aku tu.... tak pon aku nak cakap ja kat kawan aku yang keja polis tu.. huhuhuhuhu.... memang geram nie... geram geram dan geram-geram belaka... dah-dah orang dah tau kot hang tengah bengang + geram.. takyah nak kena taip banyak kali ok....

dan mulai sekarang aku akan pastikan aku takkan berlembut dah kalau jadi lagi macam nie... aku akan make sure aku settlekan time tu jugak... bagi sesiapa yang kenal dengan mamat yang bawak SAGA baru yang warna GREY bernombor plate BKT 307 yang tinggal area Subang Jaya... tolong kirim salam kat dia... kata kat dia terima kasih sangat sebab ajaq aku tak mudah nak percaya kat orang dah dan terima kasih jugak sebab dia dah bagitau aku yang tak semua orang baik macam apa yang kita rasa... terima kasih sangat-sangat...

oklah geng sekalian... aku dah nak kena pi sambung kerja balik nie... apa-apa pon aku doakan yang terbaik untuk mamat yang aniaya aku tu... dan aku harap ada hikmah sebalik kejadian nie... (ayat redha...huhuhuhu)... daaaaaaaaaa semua.... ma'asalammah (-_-')

Monday 20 June 2011

Saya Suka Saya Suka

Salam semua... Saya Suka Saya Suka Saya Suka.... 


Sekian Terima Kasih.....

Friday 17 June 2011

-Aku Tak Puas Hati-

Salam semua... apa khabar? harap-harap semuanya sihat-sihat belaka... wah tersenyum sakan nampak... tau la esok nak cuti kan... bagus-bagus.. semoga geng sekalian akan berbahagia weekend ni... hari ni aku nak mencarut mencoret pasal perkara yang selalu berlaku disekitar kita bernama manusia yang lemah lagi tak sempurna nie.. aiwahhhh... jom sesama kita layaannnnn...

kata-kata yang menyatakan "kita tak boleh nak puaskan hati semua orang" memang tepat sekali... kadang-kadang kita rasa apa yang kita buat tu dah memadai dan akan memuaskan hati semua pihak.. sebenarnya tidak sama sekali.. mesti ada yang akan tak puas hati.. kalau tak banyak pon.. maybe sikit...

sebagai contoh.. kita nak buat persiapan kenduri perkahwinan abang kita... pastu mak cakap "takyah bagi apa-apa lah kat orang yang mai kenduri.. sedia makan cukup la".. pastu kita rasa macam tak best la kalau tak sedia apa-apa pon kan.. kita pon ambik inisiatif pegi beli kerepek ubi 2 plastik besaq pastu packing dalam beg plastik kecik-kecik untuk edarkan kat orang yang datang kenduri... maybe waktu tu kita dah rasa macam "ok la tu ada kerepek ubi ni dari tak dak apa-apa kan".. tetiba bila hari kenduri tu.. ada salah seorang tetamu datang cakap kat kita "hang nie, dah la kenduri makan daging kambing, pastu bagi kerepek ubi pulak.. kembung la akak pasni.. akak dah la baru lepas pantang nie"... see... dah ada salah sorang dari tetamu kita rasa tak puas hati...

tu tak termasuk lagi yang tak meluahkan apa yang depa rasa... mesti ada yang cakap ..."la bagi kerepek ja?"... "dah la bagi kerepek ja, kerepek liat pulak tu"... "ish tak penah aku pi rumah kenduri yang bagi kerepek semata-mata"... dan mungkin banyak lagi yang depa dok sokseksoksek bila tengok tuan rumah hanya sediakan kerepek ubi tu kat depa.. walhal pada awalnya mak kita tadi tak mau bagi apa-apa pon.. kerepek ubi tu adalah inisiatif kita sendiri yang nak rai orang yang mai kenduri kawin abang kita tu... 

so, moral of the story.. kalau kita pi rumah kenduri yang bagi kerepek ubi tu.. kita jangan la nak kata apa-apa.. just take it and say thank you... eh ehh bukan-bukan.. sebenaq-benaqnya moral of the corat-caret aku kat atas nie adalah kita memang tak boleh nak puaskan hati semua orang tapi atleast kita cuba buat apa yang terbaik dan apa yang kita mampu.. asalkan jangan sampai melanggar syariat agama kita sudah.. ye tak kengkawan sekali?

ok itu jelah coretan saya dihari jumaat yang mulia nie... nanti kita jumpa lagi ok bebeh sekalian... daaaaaaaaaaaaaaaaa........ ma'asalamammah...

p/s: kepada akak yang baru lepas pantang tu, kalau pegi kenduri pastu dapat kerepek ubi .. kasi la kat husband akak yang hensem tu.. takyah la akak nak susah-susah kembong dek kerana akak makan kerepek ubi.. hehehehe (^_^)V

Wednesday 15 June 2011

%&!?#AGaiN#?!&%

Salam semua... apa khabar? khabar aa hari ni tak berapa baik.. sebab tadi aa accident time nak hantar anak menakan pegi sekolah... nasib baik sumanya ok..cuma kereta ada kemek sikit... kalau ikotkan yang pagi tadi dah 3 kali aa accident.. dan suma accident tu berlaku bukan salah aa sepenuhnya dan maybe jugak  berlaku sebab careless kedua belah pihak la kot... So, arini aa nak kongsi kisah-kisah accident yang penah aa alami...

1st Time
First time aku rasa dalam 3 tahun lepas.. time nie aku ekseden dengan pakcik tua bawak moto.. alkisahnya..aku nak keluar simpang ke kanan.. aku dah tengok dah kiri-kanan..tetiba time nak keluaq tu pakcik tu muncul.. jalan tu selekoh.. dia laju memecut dan maybe tak perasan aku sebab selekoh jalan tu sangat tajam... apa lagi.. melambung la pakcik tu.. nasib baik kat jalan kampung ja.. so, pakcik tu jatuh kat atas rumput yang ada kat bahu jalan.. kalau kat jalan besar mau dia jatuh kat atas jalan raya dan maybe lagi teruk la dia punya luka.. 

Time tu yang ada dalam kereta, aku + adik aku 2 orang + 3 orang anak menakan.. mula-mula kena tu.. aku terkejut la jugak.. adik-adik aku yang keluaq pi tolong pakcik tu dulu.. pastu aku bawak dia pi hospital yang berdekatan.. aku tunggu sampai dia abis terima rawatan dan anak dia pon sampai.. aku pon bayaq duit motor pakcik tu yang rosak.. rasanya dalam 500++ gak..

Mungkin aku salah sebab aku yang keluaq simpang kan.. tapi aku dah tengok sebelom keluaq.. pakcik tu pon laju sangat time kat selekoh kan.. tapi aku bersyukur la takda apa-apa sangat.. pakcik tu pon luka sikit ja..

2nd Time
Yang second time nie.. jadi raya tahun lepas.. time nie aku tengah nak pi beraya kat umah salah sorang member aku.. kami konvoi 3 kereta.. tapi aku naik sorang ja time tu.. kisahnya yang kali kedua ni.. aku nak masuk kanan.. jalan tu besaq.. ada 3 lane dalam satu hala.. dan keadaan trafik agak padat sebab musim raya kan.. so, jem la sikit.. tempat yang aku nak masuk kanan tu memang tempat orang masuk kanan dan untuk tempat U-Turn sekali.. nak jadi kan cerita, kereta yang dari jalan sebelah tu dah berenti untuk kasi aku jalan.. aku pon perlahan-lahan la masuk kanan kan.. tetiba datang motor mentabrak kereta aku... aku rasa budak lelaki yang bawak motor tu dalam awal 20-han kot..

Pastu ada orang datang tolong angkat budak yang bawak motor tu ketepi.. takut kang datang kereta ke lori ke langgar dia pulak.. pastu aku pon berenti la kat tepi jalan.. 2 lagi kereta member aku memang ada kat belakang aku time kami dok beratuq nak masuk kanan.. depa memang nampak real la apa yang terjadi.. pastu bila aku dengan kawan-kawan aku dah berenti kat tepi.. aku dengan geng-geng aku nie pon keluaq gi bincang dengan budak tu.. dia macam luka kat kaki.. aku ajak gi hospital dulu dia tak mau.. aku ajak pegi balai pon dia tak mau.. yang dia nak aku bagi duit kat dia.. time tu aku memang bengang jugak la.. salah aku ka? aku pon tak tau nak pikiaq time tu.. member-member aku la yang dok cakap kat dia apa yang depa nampak.. last-last aku tepon abang aku datang settle dengan budak tu..

aku pon tak tau la apa yang abang aku deal dengan dia.. yang aku tau.. abang aku bagi RM50 kat dia.. pastu kami settle sendiri.. dan dia kol kawan dia datang ambik dia.. sebab moto dia memang teruk dan tak boleh nak jalan dah.. kereta aku pulak.. kena tempat yang sama macam kat tempat yang 1st time kena dulu...

aku pon taktau la aku ka yang salah..aku dah bagi signal untuk masuk kanan.. pastu kereta dari lane sebelah pon dah berenti sebab kat simpang tu lane kuning yang putus-putus tu.. so, aku pon masuk perlahan-lahan sambil tengok kiri.. tetiba ja dia mai tabrak aku.. aku rasa dia kena aware jugak la.. kan situ tempat orang selalu masuk kanan dan tempat orang U-Turn.. pastu dia dah nampak kan ada kereta berhenti.. so, dia kena la alert semua benda tu.. jangan nak melulu laju jakan.. takkan aku nak kena tunggu sampai jalan tu betoi-betoi kosong baru nak masuk kanan kan.. dah kereta-kereta tu berhenti dan bagi jalan kat aku..mesti la aku masuk perlahan-lahan kan..

3rd Time
yang latest nie..jadi pagi tadi.. aku hari ni masuk opis lewat dari biasa.. sebab aku nak hantar anak menakan aku pegi sekolah.. pastu ondaway nak pergi hantar depa pi sekolah tadi.. dalam kereta ada aku then kat depan anak manakan aku, najmi dok khusyuk main game dan kat belakang najla  tengah tengok najmi main game dari belakang.. time nak kena tu aku bawak dalam kelajuan yang perlahan..sebab ada lori yang tengah nak masuk kanan.. selalunya kalau lori yang nak masuk simpang mesti akan agak makan ruang.. so, aku kat sebelah kiri nie ambik la langkah berhati-hati dengan memperlahankan kereta.. sekali muncul pulakk kereta kat depan aku.. kereta tu buat U-Turn dari jalan sebelah sana untuk masuk kesebelah jalan aku.. memang tak sempat nak break.. apa lagi tersepit la aku diantara kereta dia dengan bahu jalan.. nasib baik la kerb bahu jalan tu tak tinggi sangat.. kalau tak mau jadi sardin aku kat tengah-tengah tu..

bila dah terhenti aku kat tepi tu.. aku pon tekan la hon yang agak panjang.. poooooooooooooooooooooonnnnnnnnnnnnnnn.. macam tu la lebey kurang.. bukan apa.. aku takot mamat kat dalam kereta tu blah dan cuba untuk larikan diri dari tanggungjawabkan.. wah begitu dramatik jadinya... pastu dia pon berenti tepi dan keluar dari kereta.. tetapi dia ajak aku bawak kereta masuk ke simpang sebelah kiri.. maybe dia tak mau settle kat tepi jalan untuk mengelakkan dari menganggu kereta lain yang nak masuk simpang kan.. so, aku pon ikot dia masuk simpang tu dan kami parking kat kawasan yang lapang depan shops lot...

first sekali dia terus datang bukak pintu kereta aku depan belah kiri.. sebab dia nak tengok anak menakan aku najmi ok ke tak.. dia pon tanya 'anak akak ok tak? saya takot betul tadi kalau-kalau anak akak ada apa-apa' aku pon cakap la 'diorang OK'.. pastu aku pon keluar untuk settle hal tu kat luar... kita pon discuss itu dan ini.. ini dan itu.. last-last dia cakap nanti dia tanya kedai macammana then dia kol aku..  aku pikir , pikir , pikir dan pikir lagi.. dan disebabkan dia pon nak pergi opis.. aku pon nak kena hantar najla ngan najmi pegi sekolah.. pastu aku pon dah lambat nak masuk opis... aku pon terima cadangan dia tu.. aku rasa dia jujur la kot.. aku ambik number hanset dia then No Plate kereta.. then kami pon bersurai... nasib baik kereta aku boleh jalan lagi.. anak-anak menakan aku pon ok... 

Bila dah settle hantar anak buah aku pergi sekolah.. aku pon decide nak pergi opis dengan train.. sebab kalau bawak kereta memang jem tahap melekat la kalau masuk KL waktu macam nie.. aku pon pegi la stesen komuter.. sambil tunggu train tu, aku text a massage kat abang aku soh tolong kol mamat tadi.. kalau lelaki deal sesama lelaki nie senang sikit.. lagipon aku selalunya memang macam tu.. kalau ada hal pasal kereta nie, memang aku akan contact abang aku untuk settlekan.. kalau abang-abang aku ada, depa mai la.. kalau tak dak depa cakap kat telepon je la... kita gunakan abang-abang kita sebaiknya ya kengkawan sekalian...

so, kalau yang kes nie.. aku pon taktau jugak... aku ka yang bersalah? actually tempat yang mamat tu U-Turn tempat yang ada sign NO U-TURN... dan takkan aku nak kena berhenti macam kat trafic light kalau lampu merah untuk tengok dia dan kasi dia jalan kan.. lagipon memang aku tak nampak dia sebab ada lori kat sebelah kanan aku.. mesti aku gerak macam biasa kan.. tu pon nasib baik aku tengah bawak perlahan sebab aku nampak ada lori kat sebalah kanan aku nak masuk kanan.. kalau tak mesti lagi teruk agaknya...

entah la.. aku pon tak tau nak kategorikan semua pengalaman accident aku tu salah siapa... maybe salah aku yang kurang berhati-hati.. tapi aku rasa macam aku dah berhati-hati time tu... kalau aku cakap kat member-member rapat aku.. contohnya macam nie la "beb, aku accident la tadi"... kebanyakkan akan cakap balik macam nie "nie mesti ko/hang bawak laju kan?"... aku akui kadang-kadang tu aku memang bawak laju.. ya ka kadang-kadang bawak laju or yang kadang-kadang tu bawak perlahan.. yang lain tu hang bantai memecut... shuuuddd.... jangan la pecah tembelang aku... tapi seriusly, time aku ditabrak or mentabrak nie.. aku dalam kelajuan yang sangat perlahan... 

so, kadang-kadang bawak perlahan nie pon tak menjamin keselamatan jugakkan.. bukan i nak sarankan u'ollss suma bawak laju.. tapi disamping kita memandu dengan kelajuan yang releven tu.. kita pon kena extra berhati-hati.. supaya pisang tak berbuah 2,3 dan 4 kali.. even sekali pon jangan biarkan pisang tu berbuah.. maksud i.. kalau boleh bagi yang tak pernah tu jangan biarkan sekali pon terlibat dengan accident nie.. dan bagi yang dah pernah sekali tu jangan nak biarkan jadi 2,3 kali lagi.. so we have to extra careful..

itu jelah untuk hari ni.. petang kang nak kol mamat tu tanya macammana.. kalau dibiarkan kang takot dia buat-buat lupa pulakkan... semoga Allah mempermudahkan segala urusan.. amin.. ok la geng sekalian.. Insyaallah.. nanti kita jumpa lagi... daaaaaaaaaaaaaa suma... ma'asalammah...

Tuesday 14 June 2011

B.O.S.A.N

Salam semua…rindu i tak? takpa-takpa aku anggap ja hampa semua rindu kat aku la ye…sori la lama tak update new entry kat blog aku nie…ada beberapa kekangan yang menyebabkan beberapa hari aku tak boleh nak mencorat-coret kat sini…ok sebelom aku melalut dengan lebih jitu baik aku just tegak kepada titik aka straight to the point…

BOSAN bermula bila seseorang itu berasa seakan putaran jam pada hari tu sangat lambat..rasa macam petang tu lambat ja nak sampai…tak tau nak buat apa…kadang-kadang asyik buat benda yang sama, makan benda yang sama hari-hari selama 366 hari pon akan menyebabkan kita jadi BOSAN…

BOSAN nie pulak ada beberapa kategori…mula-mula kita akan rasa BOSAN yang biasa-biasa ja…dan kalau perasaan BOSAN tu terus-menerus akan masuk ke stage BOSAN yang agak melampau…dan tahap yang teratas kategori BOSAN nie adalah BOSAN TAHAP CIPANZI…dan sekarang aku dah masuk BOSAN TAHAP CIPANZI dah….arrghhhhhh…bosan siot…rasa macam nak pecah kepala ja…wah hyperbola nampak..shuuudddd..diam la..saja ja nak melebih-lebih sikit….

Bila dah namanya tengah bosan nie kan..aku pon buat la sedikit research..research tuuuu..kenapa kita rasa BOSAN?..dan aku cuba keluarkan maksud BOSAN dari perkataan BOSAN tu sendiri..jom kita tengok:

B = Badan Rasa Tak Boleh Adapt Dengan Persekitaran
O = Otak Dah Terlalu Tepu Mengadap Benda Yang Sama
S = Suasana Persekitaran Yang Tidak Mencapai Tahap Keinginan Hati
A = Akal Tidak Boleh Berfikir Secara Kreatif Dan Kritis
N = Naluri Sentiasa Memberontak Untuk Keluar Dari Keadaan Sekarang But Don’t
       Know How

So, untuk menghilangkan rasa BOSAN yang kita alami tu..kita cuba elak segala kemungkinan yang akan menyebabkan kita akan rasa BOSAN atau sebab-musabab yang akan meningkat level keBOSANan kita tu…jom layan antara perkara yang aku buat time aku BOSAN:

Kat Office:
  1. Melukis
  2. Menulis Kata-Kata Yang Memotivasikan Aku
  3. Ber ‘Blog Walking’
  4. Cari Kerja Kosong
  5. Baca NewsPaper Setiap Page
  6. Planning dan Schedulekan Aktiviti Weekend
  7. Tengok Kalender Pastu Arrange Cuti
  8. Pergi Library Cari Buku-Buku Yang Boleh Layan (nie memang poyo)
 
Kat Rumah:
  1. Tengok TV
  2. Susun Balik Baju-Baju yang ada dalam Almari
  3. Keluarkan Stock CD lama pastu layan sampai muntah...
  4. Main Sudoku..
  5. Kol member ajak keluar abiskan duit..
  6. Korek-Korek apa yang ada dalam peti ais tu pastu masak ikot resepi sendiri..
  7. Kacau anak menakan yang tengah aman bermain..
  8. Tidoq..ZzzZZzzZZzz (nie yang paling best)

Itulah antara beberapa perkara yang aku buat untuk menghilangkan perasaan BOSAN yang aku alami…harap-harap geng sekalian ada cara tersendiri untuk mengelakkan dari perasaan BOSAN menyelumbungi hampa..bahaya kalau kita biarkan hidup kita sentiasa BOSAN..kita akan mengalami kemurungan dan akan menyebabkan kita menjadi seorang yang pasif dan tidak proaktif…

Selain tu, orang yang terlalu membiarkan perasaan BOSAN nie terus-menerus tanpa mencuba untuk mengurangkan perasaan tu akan menyebabkan individu tu mengalami STRESS yang teruk dan kemungkinan akan menyebabkan tekanan perasaan yang serius…bila tekanan tu memberontak untuk mencari jalan keluar…mula la timbul isu amukan, cubaan bunuh diri, kewarasan tidak stabil dan membuat perkara yang diluar kewarasan manusia biasa…seperti bunuh anak, simbah asid kat orang lain, bakar rumah sendiri dan macam-macam lagi..

BOSAN memang perkara remeh kalau kita nak fikirkan..tapi perkara remeh nie akan menjadi perkara yang serius kalau kita tak cuba kawal sejak dari awal…so, jom sesama kita cuba kawal sebaiknya perasaan BOSAN kita nie dari terus menguasai diri kita…chayookkk aa!!! Chayokkk Semua!!!

Ok..itu dulu untuk hari ni..Insyaallah nanti kita jumpa lagi k..daaaaaaaaaaaaaaa suma….Maasalammah (^.^)V

Thursday 2 June 2011

@JoDoH@

Salam semua.. apa khabar geng sekalian? moga-moga semuanya sihat-sihat belaka.. Insyaallah.. wah boleh tahan tajuk entri hari ni... nak cerita pasal JoDoH yerrr... jom kita tengok sesama apa yang aa nak cerita..

Semalam ada sorang kawan yang aku dah lama tak dengaq khabaq berita pasai dia tetiba msg kat aku.. selain dari dia bertanya khabaq ada jugak soalan maut yang dia tanya kat aku... macam nie la lebey kurang soalan dia "Kak Aa, bila nak makan nasik minyak kenduri Kak Aa nie?"... again?? 

Soalan jenis nie la yang selalu muncul kat aku kalau aku jumpa dengan orang.. tambah-tambah lagi bila musim kenduri-kendara nie.. jumpa ja orang  kat majlis kenduri mesti nak tanya soalan pasal hal kawen nie ataupon bila musim cuti pastu balik kampong jumpa dengan saudara-mara ka orang-orang kat kampong ka... mesti soalan-soalan standard macam nie yang akan selalu berkumandang:-

-bila nak kenduri?
jawapan : mungkin bulan 6 kot..tapi tahun taktau lagi bila..hehhehee
-awat tak kawen lagi nie? dok tunggu apa?
jawapan: dok tunggu anak tokey minyak dari Brunei..
-orang len dah anak berderet-deret dah, awak tu bila lagi?
jawapan: ehh i pon anak berderet-deret apa.. tengok anak-anak menakan i nie..dah ada 14orang dah ni.. hohohoho...
-agak-agaknya Nisah nie dok tunggu sapa la agaknya kan?
jawapan: kan dah cakap tadi ..i tunggu anak tokey minyak dari Brunei kan...hihihihi
-tak pikiaq nak kawen lagi ka cik kak oiii?
jawapan: aiishhhhh... mana boleh tak pikiaq... dalam jamban pon dok pikiaq jugak apa.. hehehehe
-takkan tak dak sapa-sapa lagi kot..bila nak langsung nie?
jawapan: bukan takdak.. masalahnya ramai sangat.. hahahahahaha
-nak aku tolong carikan sorang ka baru nak kawen?
jawapan: boleh jugak.. boleh tambah spare-part lagi sorang..

macam-macam lagilah pattern soalan yang aku terima.. ada dak diantara geng semua penah kena tanya soalan macam nie? tambah-tambah kalau u'olls yang masih bujang pastu umur dah 25 tahun ke atas pastu dah bekerjaya.. mesti ada kan.. kalau nak guna jawapan i tu ambik la..free of charge... dan bagi aku soalan-soalan macam nie lagi susah kot aku nak jawab dari soalan final exam time ambik degree dulu..kalau soalan final exam tu aku boleh cari dalam buku atau nota kawan-kawan aku or aku boleh search kat dalam Mr. Google sampai dapat jawapan kan.. tapi kalau soalan macam nie.. aku cari la kat buku tebal mana pon yang ada kat perpustakaan negara tu or aku search la kat laman web apa-apa pon mesti tak akan dapat jawapan.. dan aku memang tak boleh nak jawab.. mungkin sebab tak dak jawapan la kot yang membuatkan aku susah nak jawab...kan kan kan...

Soal rezeki, JODOH, ajal, maut nie suma kat tangan Allah.. so, macammana aku nak jawab.. memang kita boley rancang.. tapi kalau tak dak keizinan dari DIA pon tak boley jugakkan.. macam ada kes bercinta dah 7-8 tahun tup-tup time nak kawen putus pulak, ada jugak kes yang persiapan kawen siap dah semua tetiba salah sorang dari bakal pengantin nie meninggal dunia kan tak terlangsung apa yang kita rancang tu, dan ada jugak kes macam bercinta lama pastu bila berkawen tak sampai setahun dah bercerai... tu la namanya jodoh dan maut tu memang ada di tangan Allah.. kita ni sekadar boleh rancang, usaha dan tawakkal.. yang lain tu kita kena serah kat DIA.. betul tak?

Aku tak salahkan atau rasa nak marah or geram kalau orang nak tanya kat aku pasal hal jodoh nie.. aku jawab ja... itu menandakan depa nie ambik berat pasal kita.. cuma apa yang aku nak tekankan kat sini yang aku memang tak dak jawapan untuk soalan tu... apa yang aku selalu berdoa agar lelaki yang akan aku kahwini tu seorang lelaki yang beriman, sayang aku, hormat mak dan family aku, terima kawan-kawan aku dan sama-sama susah atau senang dengan aku...and where the only right man tu.. hanya Allah ja yang tau.. kan kan kan...

dan bagi kawan-kawan aku yang nak langsungkan hari bahagia dalam musim cuti sekolah ni, aku doakan hampa semua bahagia dan mulakan hidup baru dengan status yang baru dengan azam yang baru dengan semangat yang baru dengan perkongsian yang baru dengan harapan yang baru... insyaallah... aku doakan yang terbaek untuk kalian semua...

so, itu jelah kot untuk hari nie.. nanti kalau ada cerita lagi i akan update ok.. daaaaaaaaa suma... adiosss... ma'asalammah (>.<)V...